Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

July 2, 2010

HIJRAH itu satu pengorbanan

Hijrah itu satu pengorbanan...sebahagian lirik lagu Maal Hijrah yang sering kita dengarkan. Hijrah membawa erti yang cukup luas. Begitulah yang berlaku pada saya.

Secara kasarnya saya berhijrah dari seksyen 7 ke seksyen 17..saya pindah rumah sewa. Dahulunya di U12 Taman Desa Alam. Tapi kini di seksyen 17. Dahulunya rumah yang besar tapi kini agak kecil sedikit. Sewanya juga sedkit murah berbanding sebelum ini..itu hijrah secara kasarnya yang saya lakukan.

Secara hakikatnya saya berhijrah dengan berazam ingin memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Duduk bersama rakan seperjuangan berbeza dengan mereka yang lebih suka mementingkan diri dan pasif. Bagi kita yang tidak mempunyai kekuatan ingin lakukan perubahan,kawan adalah sebaik-baik cara untuk kita berubah. Kawan yang baik akan mendorong kita ke arah kebaikan dan kawan yang jahat akan membawa kita ke arah kebinasaan.

Bukan bermakna kawan saya sebelum ini tidak baik. Mungkin saya yang tidak baik bagi mereka..Perlu saya lakukan sesuatu. Bagaima Nabi SAW berhijrah ke Madinah kerana penduduk Mekah sendiri tidak menerima dakwah Nabi SAW. Setelah punyai kekuatan barulah baginda kembali semula ke Madinah meneruskan misinya.

Hijrah itu satu pengorbanan. Ya, saya bersetuju dengan ayat tersebut. Selamanya tidak akan berubah sesuatu perkara itu jika kita hanya berdiam diri. Perlu ada desakan dalam diri untuk merobohkan sikap mazmumah semata-mata ingin mencapai kejayaan yang hakiki.

Sewaktu nak berpindah,seribu satu macam perasaan yang ada dalam diri. berpisah dengan kawan yang mengenali diri kita. makan bersama,ke kelas bersama..tapi ada juga perkara yang kita berselisih pendapat. Matlamat kita berbeza..inilah pengorbanan yang aku lakukan. Berpisah dengan orang yang kita sayang..kawan-kawanku.

Jarak dari rumah sewa ke Uitm juga agak jauh sedikit. Namun itu tidaklah menjadi sebab yang utama untuk aku berhijrah..hanya masalah kecil.

Segalanya bermula pada hari ini..langkahku yang baru..

All the best!!

June 1, 2010

Kepada PENGGUNA FACEBOOK




Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca’ dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin’ dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.


2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran’ nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina’.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend’ seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah’ difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa’ yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan …’DOSA’. Simpan sahajalah gambar-gambar ‘kiut’ (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke’kiut’an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend’ menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di’tag’, akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid’, tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di’tanda’ boleh dengan segera delete ‘tag’ itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged’ nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang’ yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem’, ‘zaman solehah’, ‘waktu innocent‘, zaman-zaman suci’, ‘itu zaman kuno dulu’, ‘itu masa duduk bawah tempurung’ dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.



KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama ‘ukhuwah’ untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian

Sumber : Weblog Ustaz Zaharuddin

May 27, 2010

Jangan dibiarkan mereka...


Saya memandang sekumpulan pelajar sekolah sebaris meja makan saya. Asyik mengeluarkan asap dari mulut dan hidung. Hebat!! seperti naga tasik chini. Mereka tak tahu yang saya cukup meluat dengan sikap mereka.





Waktu itu sekitar jam 1.30ptg. Pelajar sekolah baru merdeka dari leteran cikgu-cikgu mereka. Food court seksyen 2 menjadi port bagi mereka beristirehat dengan rokok-rokok mereka. Saya memandang kepada salah seorang mereka. Dia juga memerhatikan saya. Kami saling bertentang mata. Tanganku ringan ingin menghayun sesuatu. Nasib kau baik hari ini.

Sedang saya menunggu makan yang di tempah sampai,saya melihat gelagat mereka. Langsung tidak ada rasa malu pada orang ramai. Berpakaian sekolah,berlencana sekolah,melayu,ala-ala samseng masyuk dengan sedutan asap rokok mereka. Salah seorang dari mereka melintas dihadapan saya menuju ke gerai ABC.

Rupa-rupanya itu TOKAN dia..yang suplly rokok. Bangsatt!!..Melayu yang memperbodohkan melayu. Mereka lebih memikirkan keuntungan dari memikirkan masa depan bangsa mereka sendiri.

Selesai dari menjamu selera,saya beredar dari situ dan mereka?masih lagi dengan rokok-rokok mereka. Mereka sedang asyik dibuai mimpi. Namun begitu,saya juga kecewa dengan diri saya yang tidak ada kekuatan untuk menegur remaja itu. Kufikirkan pasti tokan itu akan campur tangan. Mungkin ada cara lain. Saya akan berjumpa dengan guru besar disitu untuk mengadu masalah itu.

Sebagai rakyat@ibu bapa@guru-guru@kerajaan dan seangkatan dengannya,kita perlu sedar akan situasi yang berlaku hari ini. Mereka adalah pewaris generasi kepimpinan. Mereka yang akan bertanggungjawab bangun dan jatuhnya Agama,Nusa dan bangsa satu hari nanti. Perlu ada tindakan yang segera bagi menangani masalah ini.

Saya berfikir sejenak:

1. Apakah didikan yang diberikan oleh guru-guru sehinggakan pelajar mereka tidak dapat mengaplikasikan apa yang mereka belajar disekolah. Agama Islam,Moral,sivik...adakah semua itu retorik semata-mata atau sekadar mahu melepaskan batuk ditangga? Dimana kesannya hasil didikan itu kepada pelajar?

2.Atau mata pelajaran bagi menyedarkan pelajar sekolah tidak cukup?perlu ditambah lagi? Lagi bingung guru-guru disekolah mahu mengajar. Adakah sistem pendidikan yang kita gunakan sekarang menepati kehendak Islam. Pastinya Islam itu mempunyai garis panduan dalam mendidik manusia tidak mengira peringkat usia. Kementerian perlu mengkaji masalah ini..

3. Atau didikan ibu bapa yang sambil lewa dengan melepaskan tanggungjawab mereka kepada guru-guru di sekolah? Ibu bapa keluar bekerja, dan balik malam tanpa mengambil berat tentang perkembangan anak mereka. Hanya apabila diberi surat untuk menghadiri Hari Terbuka sekolah. Ketika itu barulah tahu.."Kenapa teruk sangat akademik ko ni!!!"

4. Atau pengaruh kawan sekeliling?"kenapa aku yang salah?"si kawan menafikan. Kawan yang baik,mengajak pada kebaikan. Kawan yang jahat mengajak pada kejahatan. Barangkali boleh diguna pakai.

Lantas..pada siapa harus dipersalahkan?Bukan masanya untuk kita menuding jari mempersalahkan sesiapa. Kini masanya kita bersama dalam mengatasi masalah ini.

"Mencegah lebih baik dari merawat"

May 21, 2010

Kesedaran yang mendesak perubahan

Lama rasanya saya tidak mencoretkan sesuatu di "Sebaik-baik Cahaya" ini. Seakan-akan gelap tanpa "Cahaya" yang sememangnya menerangi. Sambil mendengar bacaan Al Quran,surah Al Waqiah by Mohamed Taha Al-Junaid. Bacaan yang menenangkan jiwa-jiwa yang resah. Mendapatkan mood untuk mengarang sesuatu..

Barangkali tiada post yang khusus yang ingin saya karangkan. Mungkin ulasan apa yang berlaku disekeliling saya.

Baru sebentar tadi saya membaca keratan akhbar harian Metro."Calon Imam Muda mula berdebar". Ada di kalangan mereka(Abe Syara) yang terpilih pernah bersama dengan saya di stage ke-2. Selamat berjuang untuk kalian. Pakat-pakat tengok 28hb Mei ni.jam 9mlm dalam astro aosis.Satu-satunya program realiti yang saya pergi audition. Dan itulah pengalaman saya di'temuduga'. Terlalu banyak untuk saya pelajari.

Golongan muda perlu maju kehadapan dalam menyampaikan risalah dakwah walau di mana kita berada. Walau apa pun tugas dan tanggungjawab kita sememangnya amar makruf dan nahi mungkar itu menjadi kewajipan kepada kita sebagai hambaNya. Hatta diri bergelar sebagai seorang pelajar.

Saya membelek lagi keratan akhbar. Kes kematian semakin meningkat. Malah kematian yang adakalanya tidak boleh diterima oleh akal fikiran yang waras. Kanak-kanak berumur 9tahun mati dihempap sinki tandas. Pasangan suami isteri membunuh diri selepas membunuh anak mereka sendiri. Pelacur bertubuh sasa (Gay). Benarlah janji Allah. Mati itu tidak cepat sesaat dan tidak lewat sesaat. Kun fayakun....

Tidak lagi ditambah dengan kes-kes jenayah yang menakutkan. Mangsa "cinta terlarang" yang semakin meruncing. Judi dihalalkan .Kes pembunuhan dan banyak lagi yang boleh kita jangkakan pada setiap akhbar. Setiap hari. Setiap saat. Menakutkan. Seakan-akan tiada undang-undang di negara ini. Seakan-akan tiadanya pihak berkuasa. Kes jenayah meningkat. Hukuman Jel bertahun-tahun, Sebat berkali-kali, denda beribu ringgit. Tapi semua itu tidak memberi kesedaran kepada masyarakat kerana hukuman manusia hanya menyakitkan tapi hukuman Allah penuh dengan kasih sayang dan menyedarkan. Kita lebih agung dengan hukuman ciptaan manusia. Lihatlah kesannya sendiri..

Kejadian yang berlaku disekeliling kita sebenarnya adalah satu peringatan dari Allah swt kepada hambaNya. Sama ada sedar atau tidak inilah kehidupan mengikut acuan kita sendiri. Tidak mengikut acuan Tuhan Rabbul Alamin. Seseorang yang ingin menyampaikan risalah yang sohih, diwajibkan memiliki tauliah dan sebagainya. Tetapi orang yang ingin berjudi diberi lesen, Kelab-kelab malam, Pusat pelacuran seakan-akan kita menjadi buta dan pekak bila memperkatakannya.

Dalam diri yang penuh kelemahan ini, hanya mampu menyuarakan dengan pena penulisan. Moga dakwahku ini sampai kepada mereka semua. Moga ianya juga diterima Allah. Saya tidak mahu menjadi mereka yang tergolong dalam senarai ahli neraka Allah pabila ayat-ayat Allah dibaca. Hukum-hukum Allah diperingatkan. Ianya untuk peringatan saya bersama. moga dengan pena ini dapat meningkat iman saya yang semakin menurun ini.

Wallaualam.

May 1, 2010

IMAM MUDA..stage 2

Jam 7.00ptg:

Saya masih menunggu giliran untuk stage ke-2..rasa-rasanya mungkin selepas maghrib baru giliran saya.

Magrib pun sudah masuk. Solat maghrib dulu...

8.00mlm:

Berkumpul semula. Saya keletihan. Tengkuk sakit. seharian tidak mandi..hanya tinggal seorang lagi peserta untuk giliran saya.

Ketika ini kami berkumpul. Hanya ada 9orang.. Kami berkenalan. Ada yang imam masjid,ada yang masih belajar,ada yang baru 2bulan berkahwin...Disitulah letaknya Persaudaraan di dalam Islam. Walaupun tidak pernah berjumpa,berlainan usia,tetapi kerana sefikrah,seakidah,seperjuangan maka ianya menolak daripada bersikap assobiyah.

"ok..giliran seterusnya..1688" suara yang mengejutkan aku.

saya masuk dengan memberi salam. senyuman yang manis dan berjabat tangan. Saya dipakaikan mikrofon dan berdiri ditempat yang ditetapkan. Sementara merekodkan pergerakanku...

Dalam stage ini ada beberapa memerlukan kepada confident level yang tingi dan komunikasi berkesan. Saya menggunakan pengalaman yang ada untuk mengatasi semua itu..

Soalan pertama yang diajukan oleh seorang artis(nama dirahsiakan):
"Ceritakan kelebihan dan kelemahan awak"

"Alhamdulillah saya diberi nikmat oleh Allah. Saya boleh.......(saya pun menggoreng. Tak perlu la bercerita disini). Kelemahan saya....(rahsia)"

Soalan kedua:
"awak pernah bercinta?ceritakan pengalaman awak dengan dia dalam bahasa inggeris"

"alamak..soalan ape ni"(aku bermonolog). Belasah saja...

"Apa yang awak cerita semuanya dalam present tense. Seolah-olah semuanya sedang berlaku. Bukan dalam past tense."Juri menyedarkan saya.

"aha...aku belasah je"(bermonolog)

Soalan seterusnya:
"Macamane awak nak ajak kami semua ni yang kaki lepak dan awak sebagai imam muda cuba untuk mengajak kami bersama awak. speaking la.."

"alahai....apalah nasib saya. Saya masa ni jadi gabra semacam. Kalau melayu boleh la..Walau apa pun saya cuba...tak perlu rasanya saya bercerita disini. Saya pun xingat dah apa nak cerita=)

Soalan terakhir:
"Bila awak jadi imam muda ni,awak akan dikenali orang ramai. berdepan dengan orang ramai. perlu x untuk awak merubah diri awak."

"bagi saya tidak perlu berubah.kerana orang lebih mengenali saya dengan diri saya sebenar.....dan bla..bla..bla.."

conclusion:
"Oklah anwar..saya rasa awak tidak lagi bersedia untuk berdepan dengan masyarakat. masa mula-mula awak masuk saya dah nampak awak "present" dgn baik. Cara awak dah tunjuk ade "sinar" didepan awak. Tapi bila bual dengan awak rasa macam kurang berminat. mungkin awak nervous atau terkejut dengan soalan kami. Tapi sebagai imam muda awak kene sentiasa bersedia...dan bla..bla..."

"So saya harap awak boleh usaha lagi untuk akan datang...dan bla..bla..."

Kata-kata juri itu sudah cukup untuk saya faham.GAGAL....

"Ok..terima kasih" saya pun berjabat tangan dan keluar dari bilik "kebuk asap" itu..huhu

Saya pulang ke Shah alam jam 9.30mlm...

Kesilapan yang saya jangkakan adalah penyampaian saya yang terlalu santai kerana terpengaruh dengan peserta yg sebelum saya berjaya dengan bawa secara santai...tapi rupanya,saya dapat baca yang juri nak saya formal....So,my mistake!!

Walaubagaimanapun,saya dapat banyak pengajaran dan pengalaman yang saya dapat,antaranya:

1. Bayangkan ada 357 peserta,kesemuanya di stage 1 diminta membaca Alfatehah...Maknanya Air yang juri minum itu telah disedekahkan sebanyak 357 kali..Kalaulah dapat agak benda ni,saya akan datang dengan bawa 1tong air=) buat ubat....

2. Saya dapat berkenalan dengan imam-imam masjid yang menjadi peserta. Maknanya saya dah ada kawan disekitar KL dan sewaktu dengannya...Senang la kalau nak mintak tolong nanti=)

3. Saya juga dapat mengenali diri secara mendalam bahawa diri kita perlu banyak bermuhasabah...

4. erti persahabatan yang mana kawan saya sanggup menunggu seharian untuk kawannya. terima kasih hamizan=)

IMAM MUDA...coming soon=)

Taujihad