September 28, 2009
TAKZIAH BUAT KAWANKU
"Baru nak buka buku mak.kenapa?kataku ringkas sambil memerhatikan jam yang menunjukkan pukul 10.30mlm.
"Ni mak nak bagitahu,kawan ko tu wan,anak cikgu jamaliah..ayah dia meninggal dah.maghrib tadi.accident dekat temehel."kataku emak dalam nada yang rendah.
"innalillah...nuar baru jumpa wan semalam.nanti nuar contact dia.k.terima kasih."kataku ringkas yang agak terkejut dengan berita itu.
Berita kematian ayahnnya membuatkan aku terdiam.Lain dari yang lain. Pernah juga saya mendapat khabar tentang kematian orang lain. Tapi kali ni agak sedih sedikit..ayahnya, En Mohd Nor merupakan seorang pegawai polis. Saya dan keluarganya saling mengenali memandangkan ibunya seorang cikgu juga kenalan baik kepada emak saya. dan anaknya,MK Ridwan merupakan kawan baik saya sejak dibagku sekolah. Cuma dia nakal lebih dari saya..
Raya ke5 yang lepas saya baru berjumpa dengannya..beraya bersama. agak terkejut juga dengan penampilannya yang sedikit brutal..masa telah berlalu,dunia sudah berubah.Takpe dia tetap kawan saya.Hari sabtu lepas,dia membuat panggilan 3G dengan saya..terkejut jugak.biasanya memang susah lelaki nak buat 3G dengan lelaki.hehe..Dia berhasrat nak berjumpa dengan saya semalam.nak berbincang sesuatu seperti ada masalah..semalam,saya tunggu paggilan darinya..tapi xde.
Tapi semalam emak saya call mengatakan ayahnya meninggal dunia..So,memang xdapat jumpa malam tu..Saya pun terus call dia.
"assalamualaikum..wan,ko ktne?sapaku ringkas.
"aku nak balik ni.."katanya seperti mengejar sesuatu.
"Wan,takziah.Ok,ko balik naik pe?hati-hati kalau drive."sedikit peringatan dari saya memandangkan jam menunjukkan pukul 11mlm.Mungkin dia dalam perjalanan..
Saya merasakan sesuatu sebab saya sedih memerhatikan dirinya..usahlah bercerita disini untuk menjaga aibnya. Cuma saya memikirkan bagaimana dia menghadapi dan menerima kematian ayahnya...
Saya berpesan kepada diri saya dan kita semua,pertama sekali janganlah derhaka pada ibu dan ayah kita. Yang keduanya,pelajarilah ilmu dalam menguruskan jenazah dari awal hingga akhir supaya kita sebagai anak dapat menguruskannya..xdelah terpinga-pinga bila nak solatkan jenazah..walaupun ianya fardu kifayah,tetapi ia menjadi tuntutan kepada kita semua..
Mati itu tidak awal sesaat dan tidak lewat sesaat..
Sama-sama kita renungkan...
September 27, 2009
ALAHAI MOTOR
September 24, 2009
TEMAN LAMA
Semalam saya berjumpa teman-teman lama semasa menuntut di SMK Jalan Kolam Air. Sekarang sudah bertukar nama yang saya xingat namanya. Kami menuntut sama-sama dari form 1-form 3. Banyak kenangan bersama. Maklumlah nakal-nakal semuanya. Tapi yang xboleh tahan kawan-kawan saya ramai yang jadi cikgu.hehe..nak tergelak pun ada. dulu bukan main gengster. jadi cikgu dah..haha..credit utk diorang.
Tapi semalam xdapat berkumpul semua.memang muka yang sama tiap-tiap tahun. Tapi ada juga yang last jumpa masa form3 la..ada la 5tahun xjumpa..Yang dah kawen pun ada. So,memang best!
Moga raya akan datang kita akan berjumpa lagi and bertambah lagi yang akan join.
Moga bertambah ikatan persaudaraan antara kita..
duduk (dari kiri): amin@gemuk,saya@ateng,Hamdi@Dr,Izudindiri (dari kiri):ridwan@wan jak,Imran@merak,agoes,fikri@dot
SabaRia
Bulan Ramadhan yang lalu bulan yang menguji kesabaran kita semua. Sabar dalam menempuh kehidupan harian ketika diri menahan lapar dan dahaga..
Tetapi,bulan syawal juga tidak diketepikan dalam bulan yang menguji kesabaran kita semua. Mana taknye, jalan yang penuh sesak, kemalangan, org potong line, hilang beg duit, tertukar baju melayu(hehe)..dan mugkin banyak lagi yang boleh anda senaraikan.
“ish..ni jem sampai yong peng ni.”kata kwnku . Ketika ini baru tiba di parit yaani. Perjalanan yang biasanya memakan masa 15minit,tetapi kerana kereta yang terlalu banyak menyebabkan perjalanan mengambil masa selama satu jam lebih.
Masa ni, jalan yang selorong boleh jadi tiga lorong. Last-last jadi selorong balik. Itu yang punca sesak sebenarnya. Sebabnya sifat sabar semakin berkurangan dalam diri kita..masing-masing nak cepat . kena ikut turn la..beradab sikit.
Bila sabar pun dah hilang..jangan pula nanti nangis kehilangan nyawa. Masa ni menyesal pun dah xberguna.
Tapi bila kita bercakap soal SABAR ni memang payah. SABAR ni bukan macam benda yang boleh kita nampak secara zahirnya. Bukan benda yang boleh kita keluarkan dan simpan. Tapi ianya bersifat batiniah yang letaknya di hati. Dan ianya berkait rapat dengan ketaqwaan kita kepada Allah..sebab itu nabi saw bersabda,”Sabar itu sebahagian daripada iman.” Bukan iman anak buah saya, tapi iman yang menjadikan kita semakin dekat dengan Allah swt dan menjadi penghalang dari kita melakukan kesilapan.
Saya berbincang tentang benda ini sebab kata-kata mak saya masih terngiang di telinga saya. Tentang SABAR.Menyebabkan saya selalu bermuhasabah diri sendiri. Terima kasih mak..
Semasa saya di wad akibat denggi, satu tahap saya mengalami tension yang amat sangat. Kepala rasa nak pecah. Suhu badan 39 darjah celcius. Saya nak mengamuk je kejenya. Serba tak kena. Menangis..Bila mak saya datang melawat, saya merungut dengan mak..lepas tu mak cakap,”Kau kan selalu cakap,bila kita sakit ni kan ujian Allah. Mesti ada hikmahnya. Tanda Allah sayang kita.”Zuuuuppppp...terus masuk dalam diri saya. Tersentak saya..terdiam.”betul mak....”kata hati saya. Masa nilah saya dapat mengontrol diri. Lebih tenang..
YA. Kita sering berpesan kepada orang lain bila mana mereka diuji dan kita berpesan,”sabarlah..”Lepas tu kawan pun cakap,”boleh la ko cakap sabar,ko tak rasa apa yang aku rasa.”Kita balas balik,”mesti ada hikmahkan..”
Tapi bila kena batang hidung sendiri?amek kau sekali!.huhu..perkara ni yang selalu bermain di fikiran saya dan sentiasa bermuhasabah.
Maka..apa yang kita cakap kena fikirkan. Bukan main cakap je. Kawan saya selalu cakap,”ko ni cakap macam xde otak.”maksudnya ikut sedap mulut. Sebenarnya dengan percakapan kita bermuhasabah.
Allah swt berfirman:
“Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.”
(As-saff:2-3)
Keadaan hamba ini hanya ada empat macam: Nikmat, bala,
taat dan maksiat. Maka jika ada di dalam nikmat, kewajipan
hamba adalah bersyukur kepada Allah dan jika menerima bala
harus sabar. Dan jika dapat melakukan ketaatan harus merasa
mendapat taufik hidayat dari Allah. Dan bila tergelincir dalam
dosa maksiat, maka harus membaca istighfar
-Abul -Abbas Al
SABAR ya,bukan SABARiah..
Selamat beramal dan renung-renungkan
Anda buat anda dapat.ahakss
September 20, 2009
RAYA ITU IBADAH..NAMUN..
Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-
1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.Biasa nampak bila ada rumah terbuka.2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.
3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.
4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai. 5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)
7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat pengumpulan semula maksiat .Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.
Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat.
OLEH : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman








