Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

December 31, 2009

ketika itu..

Ketika itu...
Jam menunjukkan pukul 11.00 pagi
kehadirannya juga tidak muncul tiba
katanya 10.oo pagi
aku tetap sabar menanti

ketika itu..
terbayang difikiranku
wajah mak dan ayah
riak wajah yang sedang menunggu kehadiran anaknya
berbuka puasa bersama
suatu kenangan terindah

ketika itu..
kepalaku berpinar
dadaku sakit
badanku kurang selesa
barangkali kesannya tidur lewat

ketika itu..
hadir juga kakakku,uda
bersama suaminya dengan saga BKF****
sepakat pulang ke kampung halaman
tunggu kehadiranku,Yong Peng

ketika itu..
perjalanan yang jauh
sunyi tapi dihiburkan dengan halwa telinga yang
kadangkala mengasyikkan
adkalanya memboringkan
sambil memerhatikan lukisan alam

ketika itu..
keresahan mula melanda diriku
gelisah tidak menentu
kakiku sejuk..panas..serba tak kena
mula merasakan aku ditimpa musibah
demam..

ketika itu..
bangun dan tidur silih berganti
arghhh...kondisiku tidak stabil
bila agaknya boleh sampai ke rumah

ketika itu..
menunggu saat berbuka bersama
mak masak bubur lambuk
sedapnye

ketika itu..
aku tidak selera untuk menelan apa yang terhidang
hanya memerhati
nafsu seleraku mati
hanya meneguk air masak
mereka asyik menjamu selera
aku terlantar baring
terawikh pun tak pergi

ketika itu..
keadaan seperti separuh gila
seperti putus cinta
ada juga seperti orang yang tidak kenal identiti sendiri
tidur malamku terganggu
terasa tidur lama tapi hakikatnya hanya 1jam aku tidur

ketika itu..
mak membawaku ke klinik
suhu mencecah 39 darjah celcisus
gile...
doktor hanya suruh makan ubat

ketika itu..
keadaanku semakin kusut
akhirnya aku dibawa ke hospital

ketika itu..
"awak makan ubat ni..lepas dua hari datang balik.kita tengok platlet awak"
seperti biasa..ambil ubat dan balik.

ketika itu..
takde kesan!!
ayah bawaku ke hospital putra
jalani saringan H1N1
"ubat yang doktor bagi awak sebelum ni ubat H1N1..tapi awak takde simptom H1N1"
barangkali denggi

ketika itu..
aku terbaring di katil
gelisah dan terus gelisah
darahku di ambil
aku di tahan di wad
hanya aku seorng di wad itu ditemani tv
"kita tak dapat kesan lagi sakit awak apa.kene tunggu ujian H1N1. kemungkinan ada..sebagai langkah berjaga-jaga kena asingkan awak"
terasa diri ini menyusahkan ayah
mewahhh...berapa agaknya

ketika itu..
aku hanya tidur
ayah dan emak silih berganti datang
makanan yang kumakan ku muntahkan semula

ketika itu..
harian doktor check aku
like always..platlet xturun
demam tak stabil..38.5..37 darjah celcius..
3kali sehari jarum menusuk tubuhku
darahku diambil

ketika itu..
"cuba awak gerakkan tangan awak..susah la nak ambil darah"
jam menunujkkan jam 5.00pagi
"susahnya..awak tahan ea.."
jarum menyucuk ke kakiku..pertama kali dalam sejarah.
aku hanya memerhati.tidak mampu melawan..

ketika itu..
tanpa disedari sudah 4hari aku berada di wad
hanya ditemani tv..
demamku sudah kebah tapi..platlet belum juga naik
mak datang bawa sup ketam
terima kasih mak..

ketika itu..


bersambung..

p/s:kesedihan melanda diriku tatkala mengarang cerita ini..hanya Allah lebih mengetahui

December 29, 2009

Teruskan usaha..

Bukan mudah nak jadi yang terbaik. Kita selalu impikan yang terbaik bukan? Tapi kadang-kadang kita rasa tak mampu. kita cuba dan terus cuba. Ada masanya juga kita berputus asa. Fitrah manusia itu adalah jawapannya.

Jatuh bangun menghiasi kehidupan. perkara yang berlaku disekeliling kita menjadi guru yang cukup berharga buat kita. Kita memerhatikan satu persatu..ada masanya kita menangis kerana peristiwa itu menyentuh hati. gelak tawa juga menjadi hiburan bila mereka cuba menghiburkan hatimu.

Kehidupan..saya teringat cerita isra' mikraj yang ustaz saya sampaikan..perjalanan nabi bertemu Allah diperlihatkan balasan yang diterima kepada mereka yang melakukan dosa..aduhhh...sakit!!takut!! peringatan itu untuk kita..tapi susah untuk sedar. dan terhantuk baru ternadah!...masa tu baru nak kenal tuhan..baru nak belajar mengaji..

kita ni Allah jadikan fitrah mentauhidkan Allah..tapi dek nafsu ni yang bawak kita pergi jauh dari hidup bertuhan..kita di ajar hidup bernafsu..semata-mata nafsu..susah nak didik nafsu ni..kalau dan berakar umbi nak buang bukan mudah. Tapi semuanya tak mustahil kan...Allah kalau nak buat sesuatu tak perlu minta pertolongan kita..kun fayakun...maka jadilah ia.

Sekarang ini tiada apa yang mustahil. Kita usaha,Allah akan berikan kejayaan..Jangan putus asa. terus dan terus mengharap pada Allah..jangan dan jangan berputus asa..biar kita mati ketika berusaha dari mati tak buat apa-apa..

renungan bersama..

December 25, 2009

TERIMA KASIH


Assalamualaikum semua..

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah mengucapkan "Selamat Hari Lahir" buat saya.
Pertama dan selamanya,Alhamdulillah, bersyukur pada Allah, sekali lagi Allah memberi keizinan untuk berada di muka bumiNya untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba Allah...

Di awal tahun dan umur yang baru,maka saya berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan mengikhlaskan diri dalam kerja dakwah..

Terima kasih juga pada mak dan ayah..yang selama ini menjaga saya dan membesarkan saya. Moga Allah dapat membalasnya. Anakmu ini hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan hidupmu dunia dan akhirat..

Terima kasih juga kepada adik beradikku yang sentiasa memberi sokongan dalam apa jua keadaan...moga hidup kalian juga di rahmati Allah..

Terima kasih kepada kawan-kawanku yang turur sama dalam meneruskan ikatan sesama kita dan menjaga hati budi kawanmu ini..moga kalian juga dirahmati Allah.

Doa anda semua amat saya harapkan..
terima kasih sekali lagi..

#Dalam masa terdekat ini,kehidupan agak sibuk sedikit dengan program-program dan juga sesi kuliah bermula...

Siiru ala barakatillah..

December 20, 2009

Ada sedikit kealpaan..

Ingatlah Allah setiap saat,kerana setiap saat juga kita memerlukannya..amat memerlukan..di saat kite leka..Allah tidak lupa kepada kita..mintalah dengan penuh harapan..moga DIA memperkenankan..

December 17, 2009

Muharram menjelang lagi..

Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari yang ke-10 atau dikenali sebagai Hari Assyura.

"Sesiapa yang ingin berpuasa sunat 10 Muharram maka bolehlah dia berpuasa dan sesiapa yang tidak ingin berpuasa maka boleh dia meninggalkannya"
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

KELEBIHAN


Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.


DOA AKHIR TAHUN
"Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam,selawat dan salam keatas junjugan kami,Muhammad saw ahli keluarga dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah,apa jua yang kami lakukan pada tahun ini yang Engkau larang tetapi kami tidak bertaubat daripadanya sedang Engkau tidak meredhainya dan tidak melupakannya, namun Engkau masih berlembut terhadap kami padahal Engkau berkuasa menyeksa kami sampailah kami bertaubat daripadanya setelah dengan beraninya kami menderhakaiMu, maka sesungguhnya kami memohon keampunanMu,maka ampunkanlah kami. Dan apa jua yang kami lakukan pada tahun ini yang Engkau redha dan Engkau janjikan kami ganjaran pahala maka kami pohonkan Ya Allah,Wahai Tuhan yang Maha Pemurah,wahai empunya kebesaran dan kemuliaan agar Engkau terimalah kami terhadapMu. Wahai Tuhan yang Maha Pemurah semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas junjungan kami Muhammad saw,ahli keluarganya dan sahabatnya dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan semesta alam.."Amin..

DOA AWAL TAHUN

"Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam,selawat dan salam keatas junjugan kami,Muhammad saw ahli keluarga dan para sahabatnya sekalian.Ya Allah,Engkaulah yang abadi,yang qadim dan yang awal. Dengan limpah kurniaMu yang besar dan sifat PemurahMu yang sejati tahun yang baru ini tiba kepada kami. Maka kami pohon kepadaMu kepeliharaan kami daripada syaitan yang direjam,para penolongnya dan tentera-tenteranya. dan kami pohonkan pertolongan menghadapi nafsu yang sentiasa menyuruh ke arah kejahatan dan pertolongan untuk bergiat dalam amalan yang dapat menghampirkan kami kepadaMu sehampir-hampirnya. Wahai Tuhan empunya kebesaran dan kemuliaan, wahai yang paling mengasihi diantara yang mengasihani. moga Allah mencucuri Rahmat ke atas junjungan kami Muhammad saw,ahli keluarganya dan sahabatnya dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan semesta alam.."Amin..

December 16, 2009

WELCOME HOME

Esok, Khamis hari yang paling best sebab semua ahli keluarga aku berkumpul..dari abg long sampai la ke ucu..hehe...dan kita akan adakan doa selamat sebabnya abg n akak aku akan dapat baby lagi..insyallah..lepas tu sempena besday aku..ahakss dan anniversary mak ayah..yahoo..moga bahagia selalu...welcome home ini dituju kepada;

Inilah abg long aku, Azam dan isteri tersayang, Rashidah..
Paling ditunggu..hero kita,Muhammad Iman..yeahh..pak andak tunggu iman..
Iman dah 6 bulan.dan iman akan jadi abg.yeaa..balik main janggut pak andak ea..kuikui


Ini pulak kak ngah aku,Nurulhuda dan suaminya,Banny..
kak ngah bawak lagi sorang..tapi xnampak sbb dalam perut..
she pregnant!!!! wahhhh..hehe


dan ini abg ude,ariff..orang yang memang selalu aku gaduh dulu..haha
dia jadi cikgu sekarang..sekrang kat Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka..
Tapi abg aku ni bukan perempuan..hehe..maktab je perempuan..jgn jadi aww sudah..


yang ni anjang..memang selalu jadi mangsa aku masa kecik,Fitri aka wahab..
Wahab ni panggilan kuarga sebab ada sejarah sendiri..tanya dia nak tahu lebih lanjut
dia baru habis SPM..bawar (nama manje aku) doakan yang terbaik utk kau wahab!

Kami semua menunggu di rumah..hehe..

December 13, 2009

Kes ragut: Sudah tiba masanya hukum hudud dilaksanakan



Negara kita Malaysia nampaknya hak rakyat untuk hidup aman sejahtera dah semakin pupus akibat aktiviti jenayah yang semakin hari semakin meningkat.

Pihak polis dengan mudah mengatakan semua kejadian tersebut adalah disebabkan kerana pengaruh dadah, apa pun jawab mereka rakyat semakin sengsara, bini kematian suami dan sebaliknya, anak kehilangan penjaga, semua ini masaalah ini dipikul oleh rakyat jelata, pemimpin masih macam biasa, hidup mereka dikawal selia, mereka tak perlu risau bab ini semua, yang dok risau rakyat.

DI dalam berita sebelum ini memaparkan mangsa ragut yang kematian suaminya akibat jatuh dari motor menerima sumbangan khairat kematian dari socso, dan seterusnya mangsa dan anaknya layak dapat pencen socso sebanyak RM330.oo sebulan, untuk anak sehingga umur 21 tahun jika belajar hingga ke IPT. Ok lah itu yang ada perlindungan socso, bagaimana yang tak ada perlindungan seperti bekerja sendiri, peniaga atau pemandu teksi, sapa nak sara walau pun RM300.00.

Kemudian Pengerusi Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye mencadang hukuman yang lebih keras buat pesalah ragut iaitu hukuman mati bagi membendung kes ragut.

Pemberita pun pergi tanya kepada orang ramai yang bukan ahli hukum agama, apa jawab mereka! semuanya setuju.. senang sungguh menjawab kerana nak melepas geram kepada penjenayah tersebut,

Tetapi sedarkah mereka hukum Islam (Hudud) yang telah sedia ada kenapa tidak dilaksana, apakah dengan hukuman mati jenayah ragut dapat dikurangkan, kita boleh lihat bagaimana hukuman keatas pengedar dadah, walaupun hukuman mati dilaksanakan, kes pengedar tetap tak berkurangan, manusia yang ada tak akan takut dan gerun dengan hukuman ciptaan manusia melainkan hukuman Allah.

Peragut yang melakukan kerja-kerja ragut apa yang mereka ingat sebelum mereka membuat kerja tersebut hanyalah hidup atau mati, jadi kalau tertangkap kena hukuman mati, bagi mereka tak ada apa-apa hal bagi mereka, yang malangnya ialah mangsa ragut, jikalau hukuman hudud potong tangan, sekurang-kurangnya menjadi pengajaran terhadap peragut, selain dari itu hukuman yang diterima didunia dapat melepaskan hukuman Allah di akhirat, jikalau hukuman mati, diakhirat nanti pesalah itu akan menerima lagi hukuman atas kesalahan yang dilakukan, bukankan ini berlakunya tindakan zalim.

Dalam waktu beginilah pihak yang berautority seperti majlis Fatwa, Jakim mengambil kata sepakat bahawa hukuman hudud sesuai dilaksanakan keatas pesalah ragut, Seminar, simposium mengenai hukuman hudud boleh diwarwarkan, dengan secara tidak langsung rakyat dapat memahami hukuman Islam.

Renung-renungkan..
selamat beramal

December 12, 2009

BILA HILANGNYA PERANAN...

Inilah Masjid Yong Peng..besarkan. Tapi dua saff je..

Hari ini saya solat di Masjid Yong Peng kerana ingin mendengar kuliah maghrib. Selalunya saya hanya solat di surau taman saya, tapi kali ini hajat nak dengar kuliah. so, ke masjid la.Kalau-kalau ada. Kalau tiada saya akan luangkan masa untuk koreksi diri selepas maghrib sementara menunggu isyak.

Ketika hendak menunaikan solat maghrib,sedikit terkejut kerana imamnya adalah imam di surau taman saya. Jadi, siapa yang imam di surau taman?mungkin bilalnya ada.Selepas menunaikan solat sunat ba'diah, keadaan seperti biasa. Tiada kuliah. Ermmm...sedikit kecewa. Susah nak dengar kuliah agama kat yong peng ni. Terpaksa la dengar kat laptop. Jadinya,seperti yang dijanjikan saya buat solat rawatib,berzikir dan sedikit hafazan sementara menunggu azan Isyak.

Setibanya di rumah..
"Bawar,tadi kat surau takde imam. Sume tolak-tolak. orang indon tu tolak kite."kata adikku syafiq yang berumur 14tahun. Bawar adalah panggilan bagiku dirumah (abg+anwar=nama manje)hehe.

"pakcik ali dengan pak cik jaapar takde ke?"soalku. Mereka adalah bilal di surauku,surau taman seri aman.

"takde. Ada orang indon je.4 orang je tadi. Last-last orang indon yang azan tu jadi imam.boleh ke ek?"katanya yang diakhiri persoalan.

"boleh je. dah takde orang yang jadi imam."kataku.

Atas sebab inilah saya mencatatkannya di sini. Mengajak anda semua berfikir. Khususnya golongan lelaki yang diutamakan untuk mengimarahkan rumah Allah.

Kadang-kadang saya hairan juga apa yang berlaku. Di taman saya yang sedia maklum kekurangan imam dan bilal tapi kenapa boleh menjadi imam di masjid? Mana imam masjid? yang dibayar elaun. Kalau takde imam 1, mana penggantinya. Imam 2,Imam 3..ermm..

Malah di surau dan masjid juga kurang pengisiannya, kadang kala takde langsung..kalau di surau saya ada kuliah, confirm saya tak pergi masjid. Tapi..takde orang nak bagi.Ermm...Saya bagi?boleh..tapi nanti kena tangkap sebab takde tauliah.huhu..
Benarlah sabda nabi Muhammad s.a.w bahawa akhir zaman nanti masjid-masjid akan banyak di bina tetapi hanya sebagai kemegahan..seperti masjid dhirar yang dibina pada zaman nabi.

Kalau kita perhatikan pada zaman nabi, masjidlah tempat segala urusan. Yang menjadikan lambang kekuatan umat Islam. Lambang perpaduan. macam 1 Malaysia. Tapi sekarang..masjid hanya tempat persinggahan untuk membuang air kecil..huhu..sadisnya. Di dalamnya dipenuhi tahi cicak dan deretan Al quran yang berhabuk..

Maka saya menyeru diri saya dan anda semua khususnya golongan lelaki untuk memakmurkan masjid/surau yang berada berdekatan dengan anda. Kerana diakhirat kelak akan disoal, kenapa kita tidak memakmurkannya sedangkan kita paling hampir dengannya..

"Hanyasanya Yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan Yang mendapat petunjuk."( Surah At Taubah:ayat 18)

Saya suka berada di shah alam kerana masjid dan suraunya subur dengan kuliah agama. tapi bila balik johor..sebaliknya..sudah masanya johor perlukan 'transformasi'..perubahan di tangan anda!

p/s:tengah cuba berjemaah waktu subuh

KENAPA KAU MENANGIS?

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan- jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.


Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?" Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."


Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa." Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti."


Renung-renungkan

Selamat Beramal

Taujihad