Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

December 3, 2009

"Masih Ada Waktu.."

BAB 4

Telah menjadi kebiasaan aku akan berkumpul dengan kawan-kawan pada hujung minggu. Destinasinya Tasik Cendana. Menikmati pemandangan yang indah pada waktu pagi sambil menikmati kesegaran udara. Lantas memikirkan zat Allah yang tiada tandingnya..mana mampu untukku lakukan semua itu. Menjadikan bumi dengan hamparan rumput yang terbentang luas..mendirikan langit tanpa tiang..mustahil untuk aku lakukan semua itu..Maka atas sebab itu perlu aku sujud kepada Tuhanku Rabbulalamin.

Walaupun belajar di tempat yang sama, tinggal di rumah yang sama tapi masa untuk kami amat sedikit. Masing-masing sibuk dengan waktu kuliah dan urusan masing-masing. Yang jadi pengerusi persatuan, naqib, program sana sini, meting siang malam..menjadikan kami orang yang peka dengan kepentingan masa. Namun ada juga kealpaan di situ..

Atas sebab itu kami meletakkan wajib sesama kami berjumpa sekurang-kurangnya satu hari dalam seminggu. Demi mencapai objektif 'wehdatul fikr' dan 'wehdatul amal' selari dengan ukhwah islamiyyah..

"Barangkali kita boleh mengatakan kita hebat dalam mengatur strategi, hebat dalam menguruskan organisasi..Tapi bagaimana bila 'kita' yang hebat ini bergabung dan bersatu? Pastinya akan melahirkan satu keputusan yang mantap bersandarkan kepada akidah yang sohih."-kata naqibku yang masih aku pegang hingga sekarang.

Bagaimana pula andai keputusan itu tidak berjaya?

"Maka perlu diketahui disitu adanya keberkatan. Nah..ini yang perlu kita pegang. Kebergantungan kita kepada Allah itu yang utama. Hebat mana pun perancangan kita, kalau Allah kata gagal tetap gagal."

"Alhamdulillah..hari ni kita dapat berkumpul kerana kasih sayang..mengikat hati-hati kerana Allah s.w.t. Moga antum semua sihat.."kata Ustaz Hakim.

"antum semua ni dah study belum apa yang ana suruh baca?"

Masing-masing berpandangan. Senyum kambing..

"Ha..tak payah cakap. Dah tahu jawapannya."

"Sham..apa yang enta pernah korbankan sebelum ni?"

Alamak..kenapa la aku juga yang ditanya. soalan mencabar pula tu..

"ermm..korban ye. ana korbankan duit ana untuk derma kat masjid."

"berapa ringgit?"

"satu ringgit je."

Aduii...jawapan yang memalukan diri sendiri. Masa ni baru aku sedar sikitnya pengorbanan aku untuk Islam. Itu pun satu ringgit seminggu. Hati aku bengkak sendiri kerana memikirkan jawapan sendiri. Sebenarnya aku nak sampaikan yang aku korbankan perasaan aku pada seseorang. Tapi yang pastinya akan digelakkan. Aku tunduk dan malu.

Apa yang aku maksudkan dengan pengorbanan ialah
berkorban jiwa, harta, masa, kehidupan dan segalanya untuk
mencapai matlamat. Tiada jihad di dunia tanpa pengorbanan
dan tidak akan lenyap pengorbanan demi memperjuangkan
fikrah kita, bahkan ada ganjaran besar dan pahalanya.
Sesiapa yang duduk enggan berkorban bersama kami mereka
telah berdosa. Allah s.w.t berfirman maksudnya:" Sesungguhnya Allah membeli orang-orang mukmin jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka." dan firmanNya lagi:"Katakanlah sekiranya bapa-bapa kamu,anak-anak kamu." Dan firman Allah lagi:" Yang sedemikian itu adalah kerana mereka tidak pernah ditimpa bahagia dan keletihan." Dan firman Allah lagi:" Jika kamu taat Allah akan mengurniakan kepada kamu balasan yang baik." -Imam Hasan Al-Banna-

"Sesiapa yang mahukan kebaikan dan Islah (pembaik-pulih),kegemilangan dan izzah tanpa jihad dan pengorbanan ia adalah orang bermimpi dan berkhayal" jelas ustaz Hakim.

"biarpun hanya seringgit.tetapi untuk Islam dan ikhlas kerana Allah,maka ianya dinilai disisi Allah." jelasnya lagi sambil memandang ke arah ku.

Aku tersenyum. Ustaz Hakim cuba menjelaskan sesuatu.

"Usah bermimpi kalau tiadanya kesungguhan dan pengorbanan. Mana mungkin untuk menjadi manusia yang muttaqin tidak mampu mengorbankan rasa cinta pada makhluk..Kini aku mengerti hakikatnya. Mana mungkin untuk mendapat syurga Allah tiadanya rintangan dan ujian. sesungguhya itulah kemanisan di dalam perjuangan. "

Kami saling berpandangan. Seakan masing-masing mengerti amanah yang dipikul. Kejadian aku di muka bumi ini bukan suatu yang sia-sia. Bukanlah mainan semata-mata. Penuh makna yang tersirat dan tersurat.

Ya. Aku mengerti. Memandangkan semester ini adalah semester akhir bagiku, maka banyak yang perlu aku perjuangkan. Akademik, persatuan, diri sendiri...Tidak mudah untuk aku perjuangankan semua. Pasti ada yang aku akan korbankan. Duit..rasanya mampu untuk aku hulurkan. Tapi memadai la seadanya. Tenaga..sanggup aku kerahkan. Perasaan..ini yang sukar sebenarnya sebagai manusia. Kadangkala dimulut kita manis saja, tapi di hati siapa tahu. Amat payah dalam mengikhlaskan diri...ermm...aku merenung jauh..

Setiap manusia yang meredhai Allah menjadi Tuhan mereka dan Islam menjadi agama mereka, Muhammad menjadi Nabi dan Rasul mereka maka mereka dituntut memberi sumbangan dan pengorbanan.

Setiap orang yang bernazar kepada dirinya, berjanji kepada Tuhannya untuk bekerja dan berjihad untuk Islam ia adalah dituntut memberi sumbangan dan mengorbankan sesuatu yang berharga.

Ini suatu hakikat yang perlu jelas pada setiap individu muslim, dan mereka juga perlu mempersiakan diri mereka untuk melakukan pengorbanan tersebut. Apakah pengorbanan yang dituntut itu?

Maka pengorbanan, harta, masa, kehidupan dan segalanya untuk mencapai kerdhaan Allah s.w.t. Ya! inilah dia pengorbanan yang dituntut ke atas kita sebagai muslim. Firman Allah s.w.t:
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar.
(Al-Taubah: ayat 111)


Pagi itu aku merasakan masih banyak yang perlu aku pelajari. Masih banyak yang perlu aku perjuangkan..Perjumpaan yang hanya seketika tetapi cukup bermakna bagi aku. Inilah manisnya dalam perjuangan. Punyai sahabat yang mampu mengingatkan di saat kita leka. Masing-masing saling menampung atas kekurangan diri masing-masing. Tidak mudah bagi aku menghadapi kehidupan realiti yang penuh dengan keseronokan, dugaan, ujian tanpa kekuatan. Maka inilah kekuatanku. Inilah nadiku. Inilah mata-mata rantai perjuangan. Tiada awal dan tiada akhir.

Perjumpaan pagi itu kami akhiri dengan doa rabitah. Pengikat ukhwah antara kami. Mengikat hati-hati kami kerana agamaNya, Islam yang tercinta. Moga tsabat dan istiqamah di dalam perjuangan. Kami bersalaman dan berpelukan..pelukan yang erat. Seakan merasai roh perjuangan..

0 comments:

Taujihad