Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

December 6, 2009

FAHAM..JELAS..MOGA KITA DIPERMUDAHKAN

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan-perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

(Surah Al-Ahzab ayat 59)


Peringatan demi peringatan Allah s.w.t kepada kita. Bukti kasih sayang Allah kepada kita sebagaimana peringatan seorang ayah kepada anaknya untuk melihat anaknya menjadi insan yang berguna kepada negara,bangsa dan agama. Bahkan Allah jualah yang mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Al Quran dan Al Sunnah menjadi pegangan dan panduan kita sampai mati. Namun ada dikalangan kita masih tidak tahu membacanya (Alquran), ada juga yang mengimaninya separuh-separuh, bahkan ada juga yang menjadikan ayat-ayat Allah sebagaimana menutupi kejahatan yang dilakukan.


"Dan di antara mereka ada Yang mendengarkanmu (membaca Al-Quran), pada hal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, Yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak); dan kalaupun mereka melihat tiap-tiap keterangan (dan mukjizat Yang membuktikan kebenaran Rasul), mereka tidak juga akan beriman kepada keterangan itu; sehingga apabila mereka datang kepadaMu, sambil membantahmu, berkatalah orang-orang Yang kafir itu: "Ini tidak lain hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu".
(Surah Al An'am:ayat 25)


Saya tidak mampu mengatasi kuasa Tuhan..apatah untuk membantah firman-firmanNya. Dialah yang menciptakan kita maka tidak layak bagi saya melawannya. Sebagaimana taatnya hamba kepada Tuannya..saya hamba kepada Tuan saya. Maka Allah s.w.t adalah Tuan saya.Tuan dan Tuhan kita semua.

Melihat gari tari seorang perempuan, lentok tubuh badannya yang lembut, hentakkan kakinya diringi alunan lagu yang mengasyikkan mengingatkan saya akan ayat-ayat Allah yang menjadi suruhanNya mahupun tegahanNya. Barangkali kita mahu menunjukkan kecantikan yang Allah anugerahkan kepada kita sedangkan ianya mendapat kemurkaan disisi Allah. Barangkali kita mahu menunjukkan kelebihan yang Allah berikan kepada kita sedangkan cara kita dilaknat oleh Allah s.w.t

Perhatikan saja rancangan realiti hari ini...bermula dari anak kecil seterusnya golongan remaja dan akhirnya kepada suami isteri.

Nyanyian..
Tari Menari..


Tidak perlulah bagi saya menyenarai hitamkan rancangan realiti yang ada di kaca mata kita. Bahkan kita sendiri maklum dengan pertumbuhannya bagaikan cendawan selepas hujan.Saya percaya..inilah doktrin yang memberikan impak yang besar kepada kita khususnya umat Islam supaya kita terus lalai dan leka akhirnya sanggup ketepikan agama. Inilah bukti kejayaan Yahudi dan Nasrani.

Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w:

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka". (HR MUSLIM)

Bukanlah Islam itu jumud, tiada keterbukaan..bahkan kitalah yang menjadikan ianya jumud dan kolot. Kita yang dijadikan Allah, Kita yang menganuti agamaNya..kini kita pula yang memperbetulkan agamaNya..kita pula yang mengaturnya..Siapa kita?

ada yang mengatakan..
"apa kita ni...itu tak boleh.ini tak boleh."

Siapa kata tak boleh menyanyi?siapa kata tak boleh menari?boleh. Tapi ada panduannya. Itulah Islam. Menjaga dan mengingatkan kita agar tidak tersesat dan jauh menyimpang..Maka Al Quran dan Al Sunnah itu panduannya.

Seperti kita berada di jalan raya. Ingin menuju
ke suatu destinasi. Maka sepanjang perjalanank
ita akan melalui bonggol, lampu isyarat, "
tidak melebihi 5okm/jam", "awas! kanak-kanak melintas"
dan pelbagai lagi signboard yang akan kita jumpa.
Semua itu adalah untuk memberi petunjuk dan
peringatan kepada kita agar kita berhati-hati
dan akhirnya menuju ke destinasi dengan selamat.


Maka Allah menggariskan beberapa panduan kepada kita bagaimana untuk kita berhibur. Tidak salah tapi biar kena caranya. Barulah apa yang kita lakukan diberkati Allah..Kita melakukan sesuatu yang tidak kena pada tempatnya pada masa yang sama kita menderma. Jangan sampai MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. Untuk menderma kita melacur,menari dikhalayak ramai, berjudi dan sebagainya..memang niat itu murni tapi cara kita salah.

Sampai satu tahap saya muak dengan rancangan realiti ni. Suami isteri menari di khalayak ramai. Semata-mata ingin meraih undi lalu didermakan sebahagiannya.
Si isteri melentokkan tubuh badannya..menggetarkan punggungnya..menghayunkan kakinya..dan si suami menyambut dari jauh..mempersembahkan si isteri kepada orang ramai dalam keadaan si isteri berpakaian ketat, mendedahkan segala aurat..
Maka adakah ini yang menjadi tuntutan kepada kita?jauhkan keluargaku ya Allah..

"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan."

(Surah An-Nur:ayat 31)

Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.(Tafsir)


"dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya."

(Surah An Nur:ayat 31)


Bukan tidak boleh menari..boleh.menarilah dirumah..nak pakai apa pun pakailah.sebab tiada aurat di antara suami dan isteri.


Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Juga peringatan buatmu kaum Adam..

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan-perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

(Surah Al-Ahzab ayat 59)

Nahhh...apa lagi yang kita nak?bukankah Allah sudah berfirman..Siapa Allah?pemain bola?penyanyi?Dialah Allah s.w.t. Rabbulalamin. Tuhan yang kita sembah siang dan malam.

Wahai umat Nabi Muhammad s.a.w,
Celikkanlah hatimu dengan ayat-ayat Allah..Celikkan hatimu dengan kesyumulan Islam. Celikkan hatimu dengan janji-janji Allah. Disaat kita penuh dengan kekurangan kita tambahkan dengan kemurkaan Allah.

Larilah kemana saja..kita tetap berpijak di bumi Allah. Kalau kita mampu cipta sendiri dunia kita maka ciptalah. Tapi jangan berpijak di bumi Allah. Sedangkan diri kita Allah yang cipta. Tapi kita ni mendabik dada dengan cara kita. Berlagak dengan cara kita tapi buat di bumi Allah. Kalau orang masuk rumah kita buat cari depa..mau tak naik marah kita?mesti la marah..

Pernah kita mendengar kisah si buta dengan seekor gajah?
Diceritakan sekumpulan orang buta bertemu dengan seekor gajah lalu mereka ingin mengenalinya, salah seorang daripada mereka terpegang kaki gajah lalu dia mengatakan bahawa gajah ini seperti batang pokok kayu. Seorang lagi memegang telinga gajah lalu mengatakan bahawa ia adalah seperti kipas. Seorang lagi memegang ekor gajah lalu mengatakan bahawa ia adalah seperti tali. Mereka terus berselisih sehinggalah datang seorang lelaki yang celik dan berkata:"Wahai saudaraku sekalian, Sebenarnya gajah itu adalah sebahgian daripada apa yang kamu sebutkan dan terdapat juga bahagian yang kamu tidak sebutkan. Setiap anggota itu berada pada satu objek yang lengkap. Setiap satu anggota berada di tempatnya yang sesuai dan mempunyai peranan yang tersendiri untuk kebaikan objek itu seluruhnya."

Begitulah Islam yang merangkumi aspek kehidupan. "Islam the way of Life". Di sana terdapat muamalatnya, jenayat, munakahat, ibadat, tauhid, dan pelbagai lagi. Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara. Maka saya menyeru diri saya dan umat Islam khususnya, kembali kepada cara hidup yang sebenar. Moga kita terselamat dari menjadi bahan bakar api neraka Allah s.w.t.

"Biar kita buta daripada melihat kemungkaran yang berlaku di depan mata daripada kita buta hati sehingga tidak dapat merasai keagungan Tuhan"

2 comments:

pemerhati said...

macam dah dpt tangkap..sehati berdansa ke?ermm..suami merelakan isterinya 'dipersembahkan' di khalayak ramai..jawablah dgn Allah akhirat nanti

Anonymous said...

dunia dh akhir zmn tp msh ramai yg xsedar2 gi..

Taujihad