(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
KELEBIHAN
Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI
Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.
Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.
SEJARAH 10 MUHARRAM
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
"Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam,selawat dan salam keatas junjugan kami,Muhammad saw ahli keluarga dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah,apa jua yang kami lakukan pada tahun ini yang Engkau larang tetapi kami tidak bertaubat daripadanya sedang Engkau tidak meredhainya dan tidak melupakannya, namun Engkau masih berlembut terhadap kami padahal Engkau berkuasa menyeksa kami sampailah kami bertaubat daripadanya setelah dengan beraninya kami menderhakaiMu, maka sesungguhnya kami memohon keampunanMu,maka ampunkanlah kami. Dan apa jua yang kami lakukan pada tahun ini yang Engkau redha dan Engkau janjikan kami ganjaran pahala maka kami pohonkan Ya Allah,Wahai Tuhan yang Maha Pemurah,wahai empunya kebesaran dan kemuliaan agar Engkau terimalah kami terhadapMu. Wahai Tuhan yang Maha Pemurah semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas junjungan kami Muhammad saw,ahli keluarganya dan sahabatnya dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan semesta alam.."Amin..
DOA AWAL TAHUN
"Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam,selawat dan salam keatas junjugan kami,Muhammad saw ahli keluarga dan para sahabatnya sekalian.Ya Allah,Engkaulah yang abadi,yang qadim dan yang awal. Dengan limpah kurniaMu yang besar dan sifat PemurahMu yang sejati tahun yang baru ini tiba kepada kami. Maka kami pohon kepadaMu kepeliharaan kami daripada syaitan yang direjam,para penolongnya dan tentera-tenteranya. dan kami pohonkan pertolongan menghadapi nafsu yang sentiasa menyuruh ke arah kejahatan dan pertolongan untuk bergiat dalam amalan yang dapat menghampirkan kami kepadaMu sehampir-hampirnya. Wahai Tuhan empunya kebesaran dan kemuliaan, wahai yang paling mengasihi diantara yang mengasihani. moga Allah mencucuri Rahmat ke atas junjungan kami Muhammad saw,ahli keluarganya dan sahabatnya dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan semesta alam.."Amin..
1 comments:
SELAMAT MENYAMBUT BULAN MUHARRAM...
Post a Comment