Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

December 12, 2009

BILA HILANGNYA PERANAN...

Inilah Masjid Yong Peng..besarkan. Tapi dua saff je..

Hari ini saya solat di Masjid Yong Peng kerana ingin mendengar kuliah maghrib. Selalunya saya hanya solat di surau taman saya, tapi kali ini hajat nak dengar kuliah. so, ke masjid la.Kalau-kalau ada. Kalau tiada saya akan luangkan masa untuk koreksi diri selepas maghrib sementara menunggu isyak.

Ketika hendak menunaikan solat maghrib,sedikit terkejut kerana imamnya adalah imam di surau taman saya. Jadi, siapa yang imam di surau taman?mungkin bilalnya ada.Selepas menunaikan solat sunat ba'diah, keadaan seperti biasa. Tiada kuliah. Ermmm...sedikit kecewa. Susah nak dengar kuliah agama kat yong peng ni. Terpaksa la dengar kat laptop. Jadinya,seperti yang dijanjikan saya buat solat rawatib,berzikir dan sedikit hafazan sementara menunggu azan Isyak.

Setibanya di rumah..
"Bawar,tadi kat surau takde imam. Sume tolak-tolak. orang indon tu tolak kite."kata adikku syafiq yang berumur 14tahun. Bawar adalah panggilan bagiku dirumah (abg+anwar=nama manje)hehe.

"pakcik ali dengan pak cik jaapar takde ke?"soalku. Mereka adalah bilal di surauku,surau taman seri aman.

"takde. Ada orang indon je.4 orang je tadi. Last-last orang indon yang azan tu jadi imam.boleh ke ek?"katanya yang diakhiri persoalan.

"boleh je. dah takde orang yang jadi imam."kataku.

Atas sebab inilah saya mencatatkannya di sini. Mengajak anda semua berfikir. Khususnya golongan lelaki yang diutamakan untuk mengimarahkan rumah Allah.

Kadang-kadang saya hairan juga apa yang berlaku. Di taman saya yang sedia maklum kekurangan imam dan bilal tapi kenapa boleh menjadi imam di masjid? Mana imam masjid? yang dibayar elaun. Kalau takde imam 1, mana penggantinya. Imam 2,Imam 3..ermm..

Malah di surau dan masjid juga kurang pengisiannya, kadang kala takde langsung..kalau di surau saya ada kuliah, confirm saya tak pergi masjid. Tapi..takde orang nak bagi.Ermm...Saya bagi?boleh..tapi nanti kena tangkap sebab takde tauliah.huhu..
Benarlah sabda nabi Muhammad s.a.w bahawa akhir zaman nanti masjid-masjid akan banyak di bina tetapi hanya sebagai kemegahan..seperti masjid dhirar yang dibina pada zaman nabi.

Kalau kita perhatikan pada zaman nabi, masjidlah tempat segala urusan. Yang menjadikan lambang kekuatan umat Islam. Lambang perpaduan. macam 1 Malaysia. Tapi sekarang..masjid hanya tempat persinggahan untuk membuang air kecil..huhu..sadisnya. Di dalamnya dipenuhi tahi cicak dan deretan Al quran yang berhabuk..

Maka saya menyeru diri saya dan anda semua khususnya golongan lelaki untuk memakmurkan masjid/surau yang berada berdekatan dengan anda. Kerana diakhirat kelak akan disoal, kenapa kita tidak memakmurkannya sedangkan kita paling hampir dengannya..

"Hanyasanya Yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan Yang mendapat petunjuk."( Surah At Taubah:ayat 18)

Saya suka berada di shah alam kerana masjid dan suraunya subur dengan kuliah agama. tapi bila balik johor..sebaliknya..sudah masanya johor perlukan 'transformasi'..perubahan di tangan anda!

p/s:tengah cuba berjemaah waktu subuh

2 comments:

saljuputih said...

2 la masalahnya bila course2x agama di universiti terutamanya dipandang lekeh oleh segelintir masyarakat kita. So kesannya macam ni lah. kt UIA pn kouta bdk2 course agama dikurangkan sebaliknya ditambah dengan bdk2 yg amek course sciences plak. I dun know WHY???

Ibnu Abas said...

Lagi sedih UiTM (i kecil kerana Islam tidak signifikan barangkali) yang majoritinya Muslim pun sama je suasananya. Lagi hairan kenapa UiTM tidak mahu buka fakulti syariah? Cuba fikir-fikirkan...

Taujihad