Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

December 2, 2010

Aku bukan anak yang baik

Jauh aku merenung diri ni...sugul di pagi hari..aku rindukan mak dan ayah aku..alhamdulillah,mereka masih lagi hidup di dunia ni...

Mak..
Demi Allah..takkan terbayar segala pengorbanan mak pada anakmu ini
sekalipun anakmu ini punya harta berjuta,tapi anakmu ini takkan mampu membayarnya

Mak..
Tiada satu pun yang kurang pada anakmu ini
Tiada satu pun cacat cela didikanmu pada anakmu ini
Tiada satu pun sifat keibuanmu yang boleh anakmu ini nafikan

Mak..
Demi Allah,tidak terlintas dalam hati ni
untuk melawan kata-katamu
apatah lagi untuk meninggikan suara kepadamu
percayalah mak..
anakmu ini mengakui azab Allah pada anak yang derhaka

Ayah..
sifat ketegasanmu mendidik anakmu ini menjadi manusia
ada juga sebahagian sifat dan caramu ada pada anakmu ini
berapa ribu sudah dikau  laburkan untuk anakmu ini

November 12, 2010

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. 

Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

November 11, 2010

Yamaha 135LC


Introducing the New Malaysia Yamaha 135LC, equipped with a unique 135cc liquid-cooled engine for amazing power. Other revolutionary specifications include: a lighter forged piston for a smoother ride and a patented DiaSil cylinder for efficient heat diffusion. This ensures a continual delivery of excellent performance with smooth acceleration whether at high or low speeds.

Turn up the style with its striking aerodynamic-shaped body and innovative 5 lamp front. Get equipped. The 135 LC is guaranteed to be all killer, no filler. An unbeatable combination that makes the most sense.

Price: RM 6619



Modenas GT 128


For those more concerned with substance over style, rest assured that its 130cc 4-stroke SOHC engine packs 7.18kW horsepower at 7500 revs per minute and a torque of 10.7N.m at 5500 rpm to guarantee you smooth, powerful acceleration

Price: RM 4931

November 10, 2010

Survey motor

Yamaha FZ150i


Price
Model
FZ150i
Engine Capacity
150 cc
Sum Insured
8,000.00
Nett Selling Price
6,735.60
Excise Duty
1,252.40
Sales Tax
-
BASIC PRICE
7,988.00


Inovasi. Kuasa.  
Dihasilkan daripada teknologi kuasa dan inovasi Yamaha yang cemerlang, FZ150i merupakan motosikal 150cc, 4 injap sejukan cecair yang pertama di Malaysia dengan sistem 'Fuel Injection'. Ia menghasilkan penghantaran kuasa yang sungguh lancar daripada campuran udara dan bahan api yang optimum. 
Motor ni aku rasa paling sesuai dengan aku sebab aku lasak dan berat! boleh jalan jauh..pasni balik johor naik motor je..amcam?

November 2, 2010

Praktikal...oh praktikal...

Tanpa disedari sudah 3tahun saya berada di UiTM Shah Alam. Macam baru semalam masuk. Hanya tinggal 3 baki semester sebelum saya melangkah keluar sebagai jurutera. Insyallah...

Sekarang saya berada di semester ke-5. Sem hadapan yang bakal tiba awal januari 2011 merupakan masa untuk saya menjalani latihan Industri. Saya telah pun memulakan gerak kerja dengan menghantar resume dan segala dokumen yang perlu diserahkan kepada syarikat yang dimohon.

Tapi...

October 28, 2010

Sayangilah kami..

Cukuplah dengan peningkatan kadar jenayah yang berlaku, kelahiran anak luar nikah yang meningkat, dan keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang semakin serius..

"Terima kasih kerana berjaya menghancurkan rakyat" -Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma'amor Osman 

October 27, 2010

Mantapkan Aqidah kita

Aqidah merupakan simpulan atau ikatan hubungan seorang hamba dengan Tuhannya. Sebagaimana lafaz akad nikah yang diucapkan oleh si pengantin untuk membuktikan mereka suami isteri yang sah. Juga lafaz akad jual beli yang membuktikan sesuatu jual beli itu dilakukan.


October 19, 2010

Inilah realitinya...

the Islamic Fashion Festival (IFF) Gala Dinner and Fashion Show, at the Monaco Sporting Club in Monte Carlo Monday

KUALA LUMPUR, Aug 10 (Bernama) -- Islamic fashion is fast becoming a lucrative business with the current market estimated to be worth more than US$96 billion (RM302 billion) a year, said Datin Seri Rosmah Mansor.

p/s:  semuanya nampak dengan duit. Bukan nampak dosa dan pahala.

"The Islamic Fashion Festival is precisely intended to end the myth that a Muslim woman cannot posses a sense of style. On the contrary, Islamic dressing is a style of its own, and today it is beginning to attract more and more attention, as mainstream trends become increasingly bold, sensual and provocative which is unappealing to the more conservative consumers," she said.

p/s: Islam tidak menghalang perubahan. Tetapi syariat perlu diutamakan. Teringat bagaimana Kamal Artatuk membawa perubahan di Turki,akhirnya mayatnya tidak diterima dengan bumi...nauzubillah..

Siapakah di sebalik tabir/tulang belakang (penasihat @ penaung) program 'fesyen Islam' (sukular) ini..jawapannya ialah pada gambar di bawah....

October 17, 2010

Ujian Allah ada di mana-mana

Jumaat,15hb October 2010: Seorang pelajar lewat hadir ke ujian akhir bagi subjek Numerical. Motorsikal yang beliau naiki telah rosak di pertengahan jalan semasa menuju ke fakulti.Beliau adalah saya sendiri yang bernama, Khairul Anwar Bin Ateh.

Integrated Product Design

Sampai tak tidur malam...ini saja ungkapan yang aku boleh keluarkan..setelah menyiapkan projek Water Based Vehicle ni...inilah hasilnya...

September 16, 2010

Belajar dari Acheh...

SEKARANG....
SEORANG anggota polis pencegah maksiat (kanan) memberi nasihat kepada beberapa wanita (dua dari kiri) kerana memakai pakaian ketat di Banda Aceh pada Disember lalu.
BANDA ACEH - Seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Yuli berjanji akan memakai pakaian bercirikan keislaman selepas dia ditahan oleh polis pencegah maksiat di sini baru-baru ini.

"Saya berjanji akan membeli pakaian yang lebih bercirikan keislaman," katanya yang ditahan ketika sedang menunggang motosikal.

Biarkan Ramadhan pergi..aku rela begini..

Ramadhan dah lama berlalu..
Raya la masa nak tayang baju baru (^_^)
Macam-macam fesyen sekarang..
Aku jadi pelik...pelik tapi benar..

Duduk di rumah saja

Raya kali ini aku lebih banyak duduk di rumah....
study...naik ni ada test..huhu

September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA...

dari
KHAIRUL ANWAR BIN ATEH dan isteri.............(^_^)

September 6, 2010

Jangan AMBIL!! HARAM...


“Dan Kami datang kepada amalan yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang beterbangan.”
(Q.S. Al-Furqan: 23)
Festive cheer: A group photo of all the invited guests with their goodies.
In conjunction with the coming Hari Raya celebrations, Sports Toto reached out to about 300 people on separate occasions to spread the festive cheer.
An entourage of Sports Toto staff made a goodwill visit to the paediatric wards of Hospital Tengku Ampuan Rahimah in Klang and Hospital Sungai Buloh recently.
They had a light-hearted moment mingling with about 150 children in both hospitals and handed duit raya and gift packs to them. The children were visibly brightened up by the surprises despite being unwell.

TV3 tarik balik iklan Aidilfitri

Iklan TV3 yang menyesatkan...

Berikut aku sertakan hujah yang aku perolehi dari sahabat facebook yang bernama Yusrizal Usop berkaitan Iklan Promo Aidilfitri TV3 ini. Namun, entri aku ini disertakan sekali babak-babak iklan yang telah aku print screen.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhZAf1dauktLD_Obg6ZOebuDNj9vdjpvYyzYUZmwl39Y0N5erA7Im_iRxyNwvxDXX19la9BOPg8wcMHPIlVEorxoXfPKFhWSKIY8LRJY3CcqRk8ucMF0eT_2ATygtrwmULw6ONmjAcF6EYI/s1600/scene+1.PNG
Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

August 25, 2010

Ramadhan dua zaman





"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Al Baqarah:ayat 183)

Telah menjadi syariat,ibadah puasa suatu kefardhuan kepada umat Islam untuk melaksanakannya. Semenjak beratus tahun dahulu sehingga pada hari ini. Berlaku dalam bulan Ramadhan. Umat Islam menunaikan ibadah puasa. Namun Allah swt mengingatkan kita,ibadah puasa ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga,bukan sekadar merasai kepenatan di siang hari tetapi ibadah puasa disyariatkan untuk melihat ragam manusia sejauh mana beriman dan bertaqwa kepada Allah swt.

Hari ini kita melihat kedai makanan ditutup di siang hari,walaupun kedai non muslim. Orang ramai yang membanjiri bazar Ramadhan pada waktu petangnya dan malamnya menunaikan solat terawikh. Demikianlah tanda-tanda berlakunya Ramadhan. Namun, kesemua itu dapat dilihat dengan mata kasar manusia. Dapat dinilai oleh kita. Tetapi yang kita tidak nampak adalah ketaqwaan kita disisi Allah.

Sebab itu Allah swt mengingatkan kepada kita bahawa umat Islam sebelum kita terlebih dahulu menyambut Ramadhan. Tetapi Ramadhan mereka penuh dengan ketaqwaan disisi Allah. Bahkan di bulan Ramadhan telah berlaku peperangan Badar Al Kubra. Bagaimana mereka berperang dalam menegakkan Islam walaupun ketika itu mereka berpuasa. Malah ketika itu, bilangan mereka terlalu sedikit berbanding tentera kuffar. AKhirnya kemenangan berpihak pada mereka.
Tetapi bagaimana puasa kita hari ini? Merasa diri kita dekat dengan Allah atau semakin jauh?
Lihat saja di bazar Ramadhan, mereka bersemangat membeli juadah berbuka puasa. Baik lelaki mahupun perempuan. Tapi....yang perempuan hadir ke bazar dengan pakaian yang menjolok mata,seksi,terdedah sana sini,tidak bertudung,pakaian yang sendat dan secara ringkasnya tidak menutup aurat. Adakah ini yang menjadikan puasa kita dekat dengan Allah swt?
Solat sunat terawikh kita yang awal Ramadhan tidak pernah tertinggal tetapi disaat akhirnya Ramadhan kita 'pencen' untuk hadir ke masjid dan solat sunat terawikh. BAgaimana Ramadhan kita?
Marilah sama-sama kita menjadikan ibadah puasa kita sebenar-benar puasa. Puasa yang menjadikan kita orang yang bertaqwa disisi Allah swt. Yang tidak memilih dalam melaksanakan hukum Allah. Hanya mengambil sebahagian yang terdapat di dalam AlQuran dan meninggalkan sebahagian besarnya..Jadilah umat Islam yang mengambil Islam secara menyeluruh.Tanpa meninggalkan sedikit pun suruhan Allah.
Moga Ramadhan kita menjadi Ramadhan yang cemerlang dan gemilang...

August 20, 2010

Balik kampung...ooo..balik kampung..





Balik kampung...yeahhh!!!! perkara yang setiap orang suka. Berjumpa keluarga dan orang yang tersayang. Aku turut berkongsi perasaan ini sebab aku akan balik cuti raya nanti. hehe..Baru tadi beli tiket..

August 18, 2010

Ahlan Ya Ramadhan


﴿يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴾

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Al Baqarah:ayat 183)



اِذََا جاَءَ رَمَضَانَُ فُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجَنّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِيْنُ

Apabila datang Romadhon maka dibukalah pintu surga dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu syetan-syetan.

( HR. Bukhori Muslim).


1) Persiapan dalam menyambut bulan Ramadhan

a) Persiapan Fikriah (pemahaman)

b) Persiapan Maknawiah (ruhiah)

c) Persiapan Jasadiah (fisikal)

d) Persiapan Maaliah (harta)


2) Pengukuhan Diri Seorang Mukmin;

a) Kukuh Ruhiah

b) Kukuh Fikriah

c) KukuhJasadiah


July 28, 2010

Back to the BASIC




Forum "Back to the Basic"
Dataran Kolej Mawar,UITM Shah Alam
8.30mlm-10.30mlm
bersama Ust Zamri Mantop dan Khairul Anwar Ateh

Saya membicarakan mengenai ideologi hedonisme/cara bagaimana menghadapi cabaran ideologi/ciri-ciri yang perlu ada pada mahasiswa kini


Taujihad