Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

April 26, 2012

DOA CINTA


Bagi yang mengharapkan cinta sejati, kebahagiaan dan kedamaian hati, bacalah doa ini secara istiqamah:
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
Bismillâhir Rahmânir Rahîm
Allâhumma shalli ‘alâ Muhammad wa âli Muhammad

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

اَللَّهُمَّ اِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ، وَحُبَّ كُلِّ عَمَلٍ يُوْصِلُنِي اِلَى قُرْبِكَ، وَاَنْ تَجْعَلَكَ أَحَبَّ اِلَيَّ مِمَّاسِوَاكَ، وَاَنْ تَجْعَلَ حُبِّي إِيَّاكَ قَائِدًا اِلَى رِضْوَانِكَ، وَشَوْقِي اِلَيْكَ ذَآئِدًا عَنْ عِصْيَانِكَ، وَامْنُنْ بِالنَّظَرِ اِلَيْكَ عَلَيَّ، وَانْظُرْ بِعَيْنِ الْوُدِّ وَالْعَطْفِ إِلَيَّ، وَلاَتَصْرِفْ عَنِّي وَجْهَكَ، وَاجْعَلْنِي مِنْ اَهْلِ اْلإِسْعَادِ وَالْخُظْوَةِ عِنْدَكَ يَامُجِيْبُ يَااَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

Allâhumma innî as-aluka hubbaka wa hubba man yu-hibbuk, wa hubba kulli ‘amalin yûshi-lunî ilâ qurbik, wa an taj’alaka ahab-ba ilayya mimâ siwâk, wa an taj’ala hubbî iyyâka qâidan ilâ ridhwânik, wa syawqî ilayka dzâidzan ‘an ‘ishyânik, wamnun binna-zhari ilayka ‘alayya, wanzhur bi’aynil wuddi wal 'athfi ilayy, walâ tashrif ‘annî wajhak, waj’al-nî  min ahlil is’âdi wal khuzhwati ‘indaka yâ Mujîbu yâ Arhamar râ-himîn.

Ya Allah, aku memohon cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu, dan cinta amal yang membawaku ke samping-Mu. Jadikan Engkau lebih aku cintai daripada selain-Mu. Jadikan cintaku pada-Mu membimbingku pada ridha-Mu. Jadikan kerinduanku pada-Mu mencegahku dari maksiat atas-Mu. Anugerahkan padaku memandang-Mu.Tataplah diriku dengan tatapan kasih sayang. Jangan palingkan wajah-Mu dariku. Jadikan aku di antara penerima anugerah dan karunia-Mu wahai Pemberi Ijabah ya Arhamar rahimin. (Doa Imam Ali Zainal Abidin sa, Mafâtihul Jinân, bab 1: 125)

April 24, 2012

Ke Syurga dengan Rahmat Allah

 Kuliah Maghrib di Surau Seroja...Selamat mendengar


April 22, 2012

Berakhir dengan gembira atau berdukacita..

Tiba disurau, ada jasad terbujur kaku menanti untuk disolatkan. Aku solat dua rakaat di sebelah jenazah selepas azan dilaungkan..


Dihadapanku hadir dua pemuda turut solat..Aku perhatikan pergerakan mereka di dalam solat terlalu banyak seperti resah sesuatu. Solat yang aku perhatikan seperti orang yang tidak melazimi solat harian. Hatiku yakin mengatakan ini mesti anak si mati.

Sangkaanku tepat bila mana si anak di panggil untuk mengimamkan jenazah yang merupakan ayah mereka. Tapi ditolaknya lembut memberi laluan kepada Imam Surau mengimami jenazah..

Usai solat jenazah, si anak membuat ucapan dalam keadaan teresak-esak meminta dosa jenazah diampunkan dan segala hutang piutang minta dihalalkan atau dituntut seadanya.

Aku mengiringi jenazah diusung ke van jenazah.

Sangkaanku sekali lagi tepat bilamana melihat 'culture keluarga si mati'...aku beristighfar agar membuang segala sangkaan buruk pada mereka. Namun yang dilihat secara zahirnya begitulah..

Berpakaian hitam dan tudung ala-ala datin sehingga menampakkan warna keemasan dan bahasa inggeris menjadi bahasa pengantaraan.

Aku berpesan kepada diriku dan juga semua..

Apa yang kita harapkan di akhir kehidupan kita?mati kita tetap sama,dikafankan dengan kain putih dan disolatkan. Samada miskin atau kaya, semuanya sama. Samada berpangkat atau tidak...semuanya sama.

Yang membezakan adalah taqwa dan amalan kita semasa hidup.

Bagaimana tangunggjawab kita kepada mereka yang berada di bawah kita?isteri,anak,adik beradik...adakah kita mengingatkan mereka agar bertaqwa kepada Allah?menutup aurat, menjaga solat, menjaga batas pergaulan dan segala perbuatan yang menuju KPI Allah?

Amatlah rugi disaat kematian kita, mereka masih lagi meneruskan kehidupan jahiliah..tidak menutup aurat dan tidak menjaga solat..

Bukankah bila matinya anak adam akan terputus segala amalannya kecuali sedekah jariah, doa anak yang soleh dan ilmu yang bermunafaat.

Bagaimana hendak disalurkan pahala sedekah jariah jika mereka dididik dengan hidup bermewah. Berkira-kira dalam membantu fakir miskin. Mengekalkan sifat bakhil dan tamak dalam diri..

Bagaimana hendak disalurkan doa dari anak yang soleh, andai diabaikan tanggungjawab mengingatkan mereka akan solat?Bukankah solat itu doa?bahkan doa ibu bapa tidak mampu dibaca...maka,jangan lah bersedih andai jenazah kita tidak dimamkan oleh anak dan mereka yang kita sayangi. Semua itu disebabkan kecuaian tanggungjawab kita.

Bagaimana hendak dimanfaatkan ilmu andai kehidupan jauh dari pengetahuan agama. Tidak diendahkan akan pengetahuan mereka tentang solat,puasa, dan segala macam ibadah. Kita hanya membiarkan mereka dengan dunia mereka. Memaksa berjaya dalam duniawi tapi tidak sekali untuk berjaya ukhrawi. Bagaimana bacaan al quran mereka, solat mereka...tepuk dada tanya iman.

Semua itu adalah amalan yang menjadi saluran pahala buat si mati...rebutlah ia sebelum terlambat.

Tanggungjawab berada di pundak kita bagi seorang lelaki. Sebagai ketua dalam keluarga. Usah berbangga dengan kemewahan yang kita ada, pangkat yang dianugerahkan, pujian yang melambung tinggi, tetapi kita fakir dan gagal dalam mendidik keluarga ke arah taqwa.

Sebagai seorang anak, berusahalah dalam menjadi anak yang soleh dan solehah. Jangan menyalahkan kedua orang tua dalam keadaan mereka gagal mendidik kita. Barangkali mereka di uji Allah. Sebaliknya, kita perlu sedar akan tanggungjawab sebagai seorang anak. Mendoakan mereka, Menegur mereka, mengingatkan mereka..bukan kerana kamu pandai dan bijak tapi kamu kasih dan sayangkan mereka kerana Allah. Tidakkah kita sebagai anak mengimpikan untuk menjadi imam kepada mereka suatu hari nanti?

Sebagai seorang isteri, taatilah suamimu selagimana mereka tidak syirik kepada Allah. Sekalipun mereka jarang mengingatkanmu supaya menutup aurat, jaga batas pergaulan..sesungguhnya itu menjadi kewajipan kepadamu sekalipun kalian tidak bergelar seorang isteri tetapi sebagai seorang muslimah..Kalian menjadi penarik bagi si suami untuk masuk ke neraka Allah. Kalian juga menjadikan si suami seorang yang muflis di akhirat nanti kerana dosa yang kamu lakukan. Berusahalah menjadi wanita dan isteri yang solehah. Bukan hanya azam yang dipasang setiap tahun tapi mesti diterjemahkan dan dizahirkan. Moga kalian diberi kekuatan..

Sama-samalah kita merenung akan akhir  kehidupan kita...moga kita mati dalam keadaan khusnul khatimah..amin.

Sungguh mati itu tidak awal sesaat dan tidak lewat sesaat..




Mak dan Arif datang Shah ALam

Cadang nak beli makanan..sekali mak call.

"Mak dalam perjalanan ke rumah kak ngah. Dah sampai eco park"

Ada 15minit lagi sebelum sampai rumah kak ngah.huhu...memang suprise. Aku pun ambil keputusan terus ke rumah kak ngah dengan berjubah dan berkain je. Al maklumlah,baru lepas solat maghrib.

Esok pagi bersarapan di warong basikal di rantau panjang. Pakai baju yang sama..tapi mandi ea..hehe..

Cuti semester ni aku tak balik,so bila mak datang ambil kesempatan untuk jumpa la..walaupun sekejap tapi perjumpaan amat bermakna=)

rizqin nak karaoke




nasi lemak penghalang diet

nasi ayam pembuka selera

soto orang lama

mee rebus elak ayam

muka kenyang


April 21, 2012

Imam muda dan dakwah (sambungan)


Saya faham dan saya sedar,tapi saya tidak berani..
Iniliah persoalan yang sering timbul dikalangan kita ketika mana ingin memulakan langkah sebagai pendakwah...kita hendaklah bersama dengan satu kelompok yang senantiasa menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar. Kelompok itulah dipanggil Gerakan Islam.

Firman Allah swt:

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya"(Ali Imran:104)


Sirah Nabi SAW menunjukkan kepada kita, dakwah Nabi SAW tidak berseorangan. Baginda senantiasa bersama para sahabat dalam berdakwah dan berperang. Boleh sahaja Nabi SAW berdoa dan meminta kemenangan, tapi itulah sunnah terbesar yang ditunjukkan oleh baginda yang perlu kita rebut.

Baginda yang maksum dan dijanjikan syurga Allah pun berdakwah, inikan pula kita manusia yang banyak dosa dan tidak tercatat nama disyurga. Apa lagi yang kita harapkan melainkan mati dalam keredhaan Allah dan dimasukkan ke dalam syurga.

Apa bukti keimanan kita kepada Allah?apa yang akan kita bentangkan kepada Allah dengan amalan kita?

Malulah kepada Rasulullah yang kekasih Allah,tetap merintih kepada Allah dan berjuang. Kita hanya goyang kaki tapi bersungguh nak Islam menang dan masuk syurga.MUSTAHIL...

Keberadaan kita di dalam Gerakan Islam, melengkapi diri kita yang serba kekurangan. Kekurangan kita ditampung diantara satu sama lain. Ibarat penyapu lidi yang diikat bersama tidak kira pendek atau panjang. Walaupun berlainan saiz,masing-masing memainkan peranannya dalam memastikan ianya terikat kuat dan bermanfaat kepada kita.

Itulah dalam kehidupan seharian,apatah lagi dalam nak menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar..mustahil kita boleh bergerak berseorangan.

Sesungguhhnya peranan Gerakan Islam ini lebih besar daripada parti politik. Parti menjadi wasilah dalam menyampaikan dakwah yang tidak dapat tidak perlu bersama dalam konsep kenegeraan. Tetapi peranan Gerakan Islam lebih besar daripada itu yang senantiasa menekankan aspek tarbiyah, dakwah dan siasah seterusnya memastikan tertegaknya daulah Islamiyah.

Imam Muda hanyalah platform dan wasilah dalam memastikan Islam itu dapat disebarkan lagi. sekalipun tidak bergelar Imam Muda @ Ustaz, tanggungjawab berdakwah itu senantiasa berada di pundak kita.

Sedar atau tidak, kita adalah "khaira Umat" yang dikatakan Allah TAPI dengan bersyarat sebagaimana firman Allah swt:

"Kamu adalah Ummah yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyeru kepada yang  ma‘ruf dan mencegah mdari yang munkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasiq" (Ali Imran:110)

Wallahualam

Taujihad