Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

January 25, 2010

The Truth...

video



video

Terimalah..."The Truth"
Persembahan semasa Annual Grand Metting PMH 2009. So, the committe invite us to nasyid..hehe

January 18, 2010

Hari ini..

Kenapa Orang yang bagi Ilmu ni muka dia ketat sangat. Orang cakap dengan dia, dia boleh mengadap PC je...hanya jeling je...Tak boleh ke layan 5minit je?

Hari ini saya rasa cukup jelik pada seseorang yang selama ini saya kagumi. mereka adalah golongan pendidik. Bahkan ibu bapaku juga pendidik. Tapi bagiku tidak pada dia.

Waktu saya bercakap dengannya, langsung dia tidak memandang ke arah saya. tanya sepatah jawab sepatah. Adakah dia takut untuk melihat wajah saya yang hensem ini?

Macamana orang berprofile tinggi sepeti dia boleh berada dalam kelompok ini?

Kali ke dua saya berjumpa dengannya, dia bermain pula dengan handphonenya..apa ni?
"Puan, saya berpuasa hari ini. Maaf kalau ganggu puan." saya terus beredar. opss,sudah tahu jantinanya.

Soal dia punya masalah saya tidak perlu tahu. Tapi be a profesional. Sekali kita buat begini pada orang jangan salahkan sesiapa kalau ia juga berlaku pada anak kita.

Moga dirimu dalam jagaan Allah..

p/s: sampai sekarang masalah saya tak selesai lagi..huhu

January 13, 2010

Lututku..

Kali ni kali ketiga saya pergi berurut. sendi lutut saya teralih. Urat pun lari..nak solat pun susah. solat duduk je..sekarang ni rasa kurang.

Kejadian berlaku semasa menggelecek bola.pihak lawan menyadung kakiku..lalu aku pun...aduhhhh..sakit!sakit!...

Doakan la kesihatanku..

itu je.terima kasih=)

January 6, 2010

Islam itu yang Tertinggi...

Semasa mendengar kuliah maghrib yang mengupas tentang akidah, seorang jemaah bertanya,"boleh ustaz ulas sikit tentang isu penggunaan kalimah Allah.."

"ermm..maknanya ni kena buka kuliah lagi satu.hehe."kata penceramah spontan memandang waktu sudah menunjukkan 9.00mlm. Walaubagaimanapun beliau cuba mengulas:

1. Kalau penggunaan Allah itu mereka(nasrani) mengakui Allah adalah sekalian alam maka ia dibolehkan. kerana memang benar sebagaimana yang kita sebut di dalam Al Fatihah yang maksudnya "segala puji bagi tuhan sekalian alam". Dari sudut mereka mengatakan konsep trinity dan sebagainya itu sememangnya sifat orag kafir sebab mereka memang tidak beriman kepada Allah. Begitu juga yang terjadi kepada umat-umat terdahulu mengakui keEsaan Allah tetapi menyembah berhala dan sebagainya..

2. Kalau penggunaan Allah itu merujuk kepada sesuatu seperti mereka mengatakan jesus yang bersalib itu adalah Allah maka itu dilarang dan perlu ditentang..Allah itu tidak meyerupai sesuatu.Allah tidak beranak dan juga tidak diperanakkan..maka ini perlu jelas kepada umat Islam.

Tetapi apa yang ditekankan beliau ialah..sebenarnya hari ini umat Islam sendiri sedang meruntuhkan akidah Islam itu sendiri. tak percaya?jom kita selidik...

1. program hiburan hari ini melambak dan melampau!! dari budak kecil sampai ke bapak budak. Masih tak percaya lagi?celikkan sikit mata hati kita. kalau dari kecik dah ajar menyanyi lepas tu ajar pegang-pegang tangan..agama mana yang ajar?dari kecik kita dah rosakkan akidah mereka.patutnya dari kecik kita bina akidah mereka..yang dah jadi bapak budak,ligat menari sedansa..mak budak pakai ketat. agama mana yang ajar??mana yang kita katakan islam itu cantik dan indah. tapi kita duk tayang maksiat pada orang. Yang kita semua pun sama pakat tonton...meraikan sama-sama untuk menjatuhkan akidah. wa nauzubillah...Bila isu Allah dipermainkan kita melenting. Isu hiburan melampau tak melenting ke wahai manusia??

2. kalau kita ada tengok iklan,ada satu iklan ni tentang budak-budak berlainan agama duk main kawin-kawin...nampak simple kan?tapi seolah-olah menunjukkan islam itu sama dengan agama lain. Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi melainkan Islam.. nilah padahnya bila kita duk sebut 1 Malaysia..sume bangsa dan agama nak disamakan..sambut krismas aritu pun duk sume agama ada rai...adakah kita mengamalkan pluralisme? patut kita agungkan Islam itu sendiri supaya mereka (kafir) nampak Islam itu indah. Bukan menyamakan semua agama...

setakat ni bincang dua perkara je ni dulu..lepas ni sambung.nak maghrib dah.

January 4, 2010

ketika itu 2..

ketika itu..
"nuar tertekan la mak.."
Ya Allah..seolah-olah diri ini tidak boleh menerima ujianMu
"kau juga selalu cakap,ujian Allah ini kan tanda sayang Allah pada kita"
aku tersentak
kata emak menenangkan hatiku
betul-betul membuatkan aku kembali sedar
terima kasih emak

ketika itu..
aku teruskan berdoa kepada Allah
moga diteruskan hidup ini dan diberi kekuatan
solatku dalam keadaan duduk
air tidak putus-putus masuk ke dalam tubuhku
terasa payah
apa yang aku hadapi kini??

ketika itu..
kitabullah menjadi temanku
satu persatu ku alunkan
cuba merasai ke seluruh tubuhku
hanya yang aku harapakan
Ya Allah...berilah ketenangan padaku..
tenangkan aku dengan ujianMu

ketika itu..
Allah juga memberitahu aku
mengenali erti sahabat sebenar
aku bukan minta simpati
hanya mencari sahabat sejati
langsung tiada kabar
mungkin ini juga untuk aku yang selama ini tidak menghargai
erti sebuah persahabatan

ketika itu..
doktor kata"awak nak tukar bilik ea.."
aku mengangguk
kerisauan memikirkan kos bayaran yang pastinya tinggi
aku dipindah di dorm
bersamaku dua orang cina
katilku di sebelah tingkap
dapat juga aku memerhati keadaan di luar

ketika itu..
hari ke 5 aku berada di hospital putra
"doktor..bila saya boleh balik?"
"platlet awak tak naik..kita tengok macamane nanti ye.."
menjangkakan aku akan lebih lama di sini

ketika itu..
emak datang meminta untuk aku ditukarkan ke hospital kerajaan
doktor membenarkan
segala urusan di uruskan pihak hospital
bila akan berakhir semua ini??

ketika itu..
aku hanya menunggu masa untuk dipindahkan
dalam kepala ku memikirkan berapa agaknya bayaran
emak dan ayah menguruskan pembayaran di bawah

ketika itu..
"mak dah bayar nanti pindah hospital.."
"berapa mak?"
"RM 10 ribu.."
aku terdiam
bersalahnya aku rasakan
tak sudah-sudah menyusahkan emak dan ayah
aku menangis
sekali lagi ya Allah...besar ujianMU

ketika itu..
tiada apa yang aku fikirkan
mana nak dapat duit tu..
aku malu nak tanya
malu...sebab aku menyusahkan mereka
emak..ayah..
tidak terdaya aku membalasnya
doaku sentiasa buatmu
maafkan diriku ini

ketika itu..
aku..

bersambung lagi..

Taujihad