Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

July 30, 2011

Ahsraf gagal jadi Aleesha meninggal dunia

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Ahsraf nak jadi Aleesha meninggal duniaKatanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

July 28, 2011

Aku tertarik dakwahnya...


Renung-renungkan dan selamat beramal...

Hati-hati berpakaian

Macam-macam fesyen hari ini..bahkan aku melihatnya sebagai melampau..Syaitan senantiasa akan menyesatkan anak Adam bermula kita mencelikkan mata sehinggalah kita memejamkan mata. Syaitan akan selalu berusaha membawa kita jauh dengan Allah..untuk memurtadkan umat Islam bagi syaitan tidak perlu,CUKUP dengan menjadikan manusia itu kufur dan hati mereka jauh dengan Islam...

Kita perlu tahu dalam protokol yahudi yang ke-10 di dalam The Protocols of Learned Elders of Zion’ ,ada 8 perancangan yang dibawa yahudi setelah diterjemahkan:

  1. Sport
  2. Sex
  3. Smoke
  4. Song
  5. Female
  6. Food
  7. Fun
  8. Fesyen
Rasanya tak perlu untuk aku ulas kesemuanya, cuma hari ni aku nak ulas tentang fesyen sebab yang buat,jual dan pakai tudung ni orang Islam sendiri.

Aku nak ulas tentang fesyen tudung yang orang pakai hari ini. Tudung Sanggul..Fesyen tudung terlalu pantas berubah..tidak sempat mecuba fesyen yang sedia ada,sudah ada fesyen yang baru..




Rasulullah s.a.w bersabda:
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-


“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” – hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

kita menganggap tudung hanyalah fesyen,bukan satu tuntutan dan syariat dari Allah yang ada 'piawaian' yang perlu dijaga.
peringatan kepada si penjual dan si pembeli..

Janganlah campakkan diri kamu ke neraka Allah...Usahkan masuk ke syurga,bau syurga pun tidak akan dapat..

Ingatkanlah sesama kita,sebagai ahli keluarga.

July 25, 2011

Kalaulah Rasulullah ada disisimu...apa yang kamu harapkan?

Pernah kita terfikir untuk berjumpa dengan Rasulullah?

Kalau tidak pernah...sama-samalah kita istighfar.

Orang yang beriman,senantiasa berharap dapat berjumpa dengan Rasulullah..Kekasih Allah.
Walaupun kita tahu mustahil untuk berjumpa dengan Baginda SAW.

Namun...terlintas difikiranku. Kalaulah Rasulullah ada disisi kita..apa yang kita minta?

Pernah kalian terfikir?

Aku tertarik bila mana melihat rancangan tv di arab yang menyedarkan orang ramai khususnya orang Islam tentang sikap kita...bagaimana kalau nabi melihat tindakan kita ketika itu...

dengar lagunya sahaja mampu menitiskan air mata aku..
terlalu sedikit aku mengingati Kekasih Allah...Muhammad SAW..


Selamat ber ' KURSUS' di bulan Ramadhan

" Apabila datangnya Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga 
dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan" (Bukhari Muslim)

Marilah kita bersyukur dengan kedatangan Ramadhan kali ini. Namun belum pasti untuk kita sampai kepadanya. Sungguh ajal dan maut di tangan Tuhan. Mohonlah pada Allah moga kita dapat merasai Ramadhan kali ini.


Sekadar renungan dan muhasabah kita menjelang Ramadhan yang mulia nanti. Buat diriku yang hina juga buat umat Nabi SAW yang dimuliakan..


Jika sebelum Ramadhan
Sibuk kita dengan kursus dan seminar
Maka datangnya Ramadhan
Sibukkan kita berkursus dengaNYA..

Jika sebelum Ramadhan
Sibuk kita dengan ucapan dan pidato
Maka datangya Ramadhan
Sibukkan kita dengan zikrullah

Jika sebelum Ramadhan
Sibuk kita dengan membaca nota dan buku
Maka datangnya Ramadhan
Sibukkan kita dengan membaca Al Qurannul Karim

Jika sebelum Ramadhan
Sibuk kita dengan ke sana sini
Maka datangnya Ramadhan
Sibukkan kaki kita untuk melangkah ke masjid dan majlis ilmu

Jika sebelum Ramadhan
Sibuk kita dengan merehatkan badan dan melelapkan mata
Maka datangnya Ramadhan
Sibukkan diri di hamparan sejadah dan berqiamullail

Jika sebelum Ramadhan
Sibuk kita dengan manusia
Maka datangnya Ramadhan
Sibukkan kita dengan Allah

Jagalah masa kita dengan Allah
Takut-takut Allah tiada masa untuk kita

Selamat berpuasa semua!!


July 21, 2011

Kalian pernah terfikir?


mari kita renung-renungkan bersama
fikir-fikirkan bersama
...jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..

dan

selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu

tetapi..sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?
lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..

macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya

tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita

cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat

tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankanpeliharalah keluargamu dari api neraka
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu

moga Allah redha dengan perkongsian ini
amin~




July 20, 2011

Tilawah Al Quran peringkat UiTM SeMalaysia..

Tarikh: 20 Julai 2011/Rabu
Masa: 9.00pg
Tempat: Pusat Islam UiTM Shah Alam
Giliran: 10/13
Surah: Al Baqarah: 216

Ketika kejadian saya telah kehilangan suara..saya telah membeli 4 botol air asam jawa...Tp Alhamdulillah masa baca tu suara all out...tak brp nampak sgt suara rosak..cuma mungkin lagu taranum yang tidak berapa mantap...apa pun tunggu esok untuk tahu keputusan...

video








July 12, 2011

Kita dah di bulan Syaaban...

Apa itu Syaaban?

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).


Kelebihan Syaaban

Allah swt mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Allah juga banyak mengurniakan  rahmat kepada hambaNya. Rasullah bersabda yang bermaksud: “Allah mengangkat amalan-amalan semua hambaNya pada bulan ini.”  
                                                                                                           
Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara dari maksiat. Taubatnya diterima juga terselamat dari mara bencana pada tahun berkenaan. Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang membesarkan Syaaban dan bertakwa kepada Allah swt  serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkannya daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit.”

Kasih dan ketaatan orang yang beribadat pada tahun itu terhadap Allah akan kekal. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hariraya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Saidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang bermaksud: Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak  dari puasanya di bulan Syaaban.”

Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud: “ Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”


MALAM NISFU SYAABAN:
 Malam 15 Syaaban lebih dikenali  sebagai malam  Nisfu Syaaban.
Pada malam ini umat Islam sangat-sangat disarankan untuk memanfaatkannya kerana  malam ini penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab.
 Justeru umat Islam disaran untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yassin sebanyak tiga kali selepas solat maghrib.

July 11, 2011

Aku ingin mati sepertinya..

Aku hanya inginkan 
Apa yang aku inginkan
Hormatilah keputusanku
Jiwa aku memberontak
dek kezaliman dan kerakusan manusia
yang buta hatinya
Kemana perlu aku luahkan
Kemana untuk aku leburkan

Ya Allah..
Sedikit amalanku padaMu
Apatah lagi berbakti pada agamaMu..
Matikanlah aku
disaat aku khusyuk dan leka mengabdikan diri padaMu

Segala apa yang aku dapat didunia ini hanyalah pinjamanMu kepadaku
Tidaklah layak aku memilikinya melainkan izinMu
Sungguh aku yakin..
Engkaulah Tuhan yang menguasai dan mengatur hidupku
maka Engkau aturkanlah
agar aturanMu menuju syurgaMu
Amin.....



Mati dia dalam menuntut keadilan..bagaimana matiku nanti..


lagu yang menyentuh emosiku....

Taujihad