Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

August 29, 2011

Bertemu dan berpisah kerana Allah


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.” 
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Berat pada awalnya untuk aku pergi. Tapi bila memikirkan hadis di atas ku gagahi juga...

Petang tadi aku berbuka bersama kawan-kawan UITM di restoran Pokok Sena. Betul-betul di bawah pokok Sena yang rendang. Sahabatku,Amin yang belanja kami berbuka puasa. Alhamdulillah,dpt makan nasi beriani kambing..fuhhhh...menyengat!!

Perjumpaan kami bermula seawal jam 4ptg. Menunggu ketibaan kawan-kawan. Selepas Asar di isi dengan tazkirah dan juga perkembangan semasa masing-masing. Jam 6ptg kami pun bergerak ke Restoran Pokok Sena..bukan Pokok Sena Keda..jauh tu...ni kat Batu Pahat je..

Sebelum berbuka,kami buat tazkirah berantai. setiap orang 5minit..Firman Allah swt"Sesungguhnya peringatan itu amat bermanfaat kepada orang mukmin." Selepas itu kami solat maghrib di Masjid Tun Ismail di Batu Pahat. Usai solat kami pun pulang membawa kenangan bersama.


























1 comments:

Delisha Qaisyy said...

bila bace blog awak ni..hati sy rase mahu lebih dekat ngn Allah.... terpaut dgn hadith xd...thanx for sharing

Taujihad