Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

April 26, 2012

DOA CINTA


Bagi yang mengharapkan cinta sejati, kebahagiaan dan kedamaian hati, bacalah doa ini secara istiqamah:
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
Bismillâhir Rahmânir Rahîm
Allâhumma shalli ‘alâ Muhammad wa âli Muhammad

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

اَللَّهُمَّ اِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ، وَحُبَّ كُلِّ عَمَلٍ يُوْصِلُنِي اِلَى قُرْبِكَ، وَاَنْ تَجْعَلَكَ أَحَبَّ اِلَيَّ مِمَّاسِوَاكَ، وَاَنْ تَجْعَلَ حُبِّي إِيَّاكَ قَائِدًا اِلَى رِضْوَانِكَ، وَشَوْقِي اِلَيْكَ ذَآئِدًا عَنْ عِصْيَانِكَ، وَامْنُنْ بِالنَّظَرِ اِلَيْكَ عَلَيَّ، وَانْظُرْ بِعَيْنِ الْوُدِّ وَالْعَطْفِ إِلَيَّ، وَلاَتَصْرِفْ عَنِّي وَجْهَكَ، وَاجْعَلْنِي مِنْ اَهْلِ اْلإِسْعَادِ وَالْخُظْوَةِ عِنْدَكَ يَامُجِيْبُ يَااَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

Allâhumma innî as-aluka hubbaka wa hubba man yu-hibbuk, wa hubba kulli ‘amalin yûshi-lunî ilâ qurbik, wa an taj’alaka ahab-ba ilayya mimâ siwâk, wa an taj’ala hubbî iyyâka qâidan ilâ ridhwânik, wa syawqî ilayka dzâidzan ‘an ‘ishyânik, wamnun binna-zhari ilayka ‘alayya, wanzhur bi’aynil wuddi wal 'athfi ilayy, walâ tashrif ‘annî wajhak, waj’al-nî  min ahlil is’âdi wal khuzhwati ‘indaka yâ Mujîbu yâ Arhamar râ-himîn.

Ya Allah, aku memohon cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu, dan cinta amal yang membawaku ke samping-Mu. Jadikan Engkau lebih aku cintai daripada selain-Mu. Jadikan cintaku pada-Mu membimbingku pada ridha-Mu. Jadikan kerinduanku pada-Mu mencegahku dari maksiat atas-Mu. Anugerahkan padaku memandang-Mu.Tataplah diriku dengan tatapan kasih sayang. Jangan palingkan wajah-Mu dariku. Jadikan aku di antara penerima anugerah dan karunia-Mu wahai Pemberi Ijabah ya Arhamar rahimin. (Doa Imam Ali Zainal Abidin sa, Mafâtihul Jinân, bab 1: 125)

April 24, 2012

Ke Syurga dengan Rahmat Allah

 Kuliah Maghrib di Surau Seroja...Selamat mendengar

video

April 22, 2012

Berakhir dengan gembira atau berdukacita..

Tiba disurau, ada jasad terbujur kaku menanti untuk disolatkan. Aku solat dua rakaat di sebelah jenazah selepas azan dilaungkan..


Dihadapanku hadir dua pemuda turut solat..Aku perhatikan pergerakan mereka di dalam solat terlalu banyak seperti resah sesuatu. Solat yang aku perhatikan seperti orang yang tidak melazimi solat harian. Hatiku yakin mengatakan ini mesti anak si mati.

Sangkaanku tepat bila mana si anak di panggil untuk mengimamkan jenazah yang merupakan ayah mereka. Tapi ditolaknya lembut memberi laluan kepada Imam Surau mengimami jenazah..

Usai solat jenazah, si anak membuat ucapan dalam keadaan teresak-esak meminta dosa jenazah diampunkan dan segala hutang piutang minta dihalalkan atau dituntut seadanya.

Aku mengiringi jenazah diusung ke van jenazah.

Sangkaanku sekali lagi tepat bilamana melihat 'culture keluarga si mati'...aku beristighfar agar membuang segala sangkaan buruk pada mereka. Namun yang dilihat secara zahirnya begitulah..

Berpakaian hitam dan tudung ala-ala datin sehingga menampakkan warna keemasan dan bahasa inggeris menjadi bahasa pengantaraan.

Aku berpesan kepada diriku dan juga semua..

Apa yang kita harapkan di akhir kehidupan kita?mati kita tetap sama,dikafankan dengan kain putih dan disolatkan. Samada miskin atau kaya, semuanya sama. Samada berpangkat atau tidak...semuanya sama.

Yang membezakan adalah taqwa dan amalan kita semasa hidup.

Bagaimana tangunggjawab kita kepada mereka yang berada di bawah kita?isteri,anak,adik beradik...adakah kita mengingatkan mereka agar bertaqwa kepada Allah?menutup aurat, menjaga solat, menjaga batas pergaulan dan segala perbuatan yang menuju KPI Allah?

Amatlah rugi disaat kematian kita, mereka masih lagi meneruskan kehidupan jahiliah..tidak menutup aurat dan tidak menjaga solat..

Bukankah bila matinya anak adam akan terputus segala amalannya kecuali sedekah jariah, doa anak yang soleh dan ilmu yang bermunafaat.

Bagaimana hendak disalurkan pahala sedekah jariah jika mereka dididik dengan hidup bermewah. Berkira-kira dalam membantu fakir miskin. Mengekalkan sifat bakhil dan tamak dalam diri..

Bagaimana hendak disalurkan doa dari anak yang soleh, andai diabaikan tanggungjawab mengingatkan mereka akan solat?Bukankah solat itu doa?bahkan doa ibu bapa tidak mampu dibaca...maka,jangan lah bersedih andai jenazah kita tidak dimamkan oleh anak dan mereka yang kita sayangi. Semua itu disebabkan kecuaian tanggungjawab kita.

Bagaimana hendak dimanfaatkan ilmu andai kehidupan jauh dari pengetahuan agama. Tidak diendahkan akan pengetahuan mereka tentang solat,puasa, dan segala macam ibadah. Kita hanya membiarkan mereka dengan dunia mereka. Memaksa berjaya dalam duniawi tapi tidak sekali untuk berjaya ukhrawi. Bagaimana bacaan al quran mereka, solat mereka...tepuk dada tanya iman.

Semua itu adalah amalan yang menjadi saluran pahala buat si mati...rebutlah ia sebelum terlambat.

Tanggungjawab berada di pundak kita bagi seorang lelaki. Sebagai ketua dalam keluarga. Usah berbangga dengan kemewahan yang kita ada, pangkat yang dianugerahkan, pujian yang melambung tinggi, tetapi kita fakir dan gagal dalam mendidik keluarga ke arah taqwa.

Sebagai seorang anak, berusahalah dalam menjadi anak yang soleh dan solehah. Jangan menyalahkan kedua orang tua dalam keadaan mereka gagal mendidik kita. Barangkali mereka di uji Allah. Sebaliknya, kita perlu sedar akan tanggungjawab sebagai seorang anak. Mendoakan mereka, Menegur mereka, mengingatkan mereka..bukan kerana kamu pandai dan bijak tapi kamu kasih dan sayangkan mereka kerana Allah. Tidakkah kita sebagai anak mengimpikan untuk menjadi imam kepada mereka suatu hari nanti?

Sebagai seorang isteri, taatilah suamimu selagimana mereka tidak syirik kepada Allah. Sekalipun mereka jarang mengingatkanmu supaya menutup aurat, jaga batas pergaulan..sesungguhnya itu menjadi kewajipan kepadamu sekalipun kalian tidak bergelar seorang isteri tetapi sebagai seorang muslimah..Kalian menjadi penarik bagi si suami untuk masuk ke neraka Allah. Kalian juga menjadikan si suami seorang yang muflis di akhirat nanti kerana dosa yang kamu lakukan. Berusahalah menjadi wanita dan isteri yang solehah. Bukan hanya azam yang dipasang setiap tahun tapi mesti diterjemahkan dan dizahirkan. Moga kalian diberi kekuatan..

Sama-samalah kita merenung akan akhir  kehidupan kita...moga kita mati dalam keadaan khusnul khatimah..amin.

Sungguh mati itu tidak awal sesaat dan tidak lewat sesaat..




Mak dan Arif datang Shah ALam

Cadang nak beli makanan..sekali mak call.

"Mak dalam perjalanan ke rumah kak ngah. Dah sampai eco park"

Ada 15minit lagi sebelum sampai rumah kak ngah.huhu...memang suprise. Aku pun ambil keputusan terus ke rumah kak ngah dengan berjubah dan berkain je. Al maklumlah,baru lepas solat maghrib.

Esok pagi bersarapan di warong basikal di rantau panjang. Pakai baju yang sama..tapi mandi ea..hehe..

Cuti semester ni aku tak balik,so bila mak datang ambil kesempatan untuk jumpa la..walaupun sekejap tapi perjumpaan amat bermakna=)

rizqin nak karaoke




nasi lemak penghalang diet

nasi ayam pembuka selera

soto orang lama

mee rebus elak ayam

muka kenyang


April 21, 2012

Imam muda dan dakwah (sambungan)


Saya faham dan saya sedar,tapi saya tidak berani..
Iniliah persoalan yang sering timbul dikalangan kita ketika mana ingin memulakan langkah sebagai pendakwah...kita hendaklah bersama dengan satu kelompok yang senantiasa menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar. Kelompok itulah dipanggil Gerakan Islam.

Firman Allah swt:

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya"(Ali Imran:104)


Sirah Nabi SAW menunjukkan kepada kita, dakwah Nabi SAW tidak berseorangan. Baginda senantiasa bersama para sahabat dalam berdakwah dan berperang. Boleh sahaja Nabi SAW berdoa dan meminta kemenangan, tapi itulah sunnah terbesar yang ditunjukkan oleh baginda yang perlu kita rebut.

Baginda yang maksum dan dijanjikan syurga Allah pun berdakwah, inikan pula kita manusia yang banyak dosa dan tidak tercatat nama disyurga. Apa lagi yang kita harapkan melainkan mati dalam keredhaan Allah dan dimasukkan ke dalam syurga.

Apa bukti keimanan kita kepada Allah?apa yang akan kita bentangkan kepada Allah dengan amalan kita?

Malulah kepada Rasulullah yang kekasih Allah,tetap merintih kepada Allah dan berjuang. Kita hanya goyang kaki tapi bersungguh nak Islam menang dan masuk syurga.MUSTAHIL...

Keberadaan kita di dalam Gerakan Islam, melengkapi diri kita yang serba kekurangan. Kekurangan kita ditampung diantara satu sama lain. Ibarat penyapu lidi yang diikat bersama tidak kira pendek atau panjang. Walaupun berlainan saiz,masing-masing memainkan peranannya dalam memastikan ianya terikat kuat dan bermanfaat kepada kita.

Itulah dalam kehidupan seharian,apatah lagi dalam nak menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar..mustahil kita boleh bergerak berseorangan.

Sesungguhhnya peranan Gerakan Islam ini lebih besar daripada parti politik. Parti menjadi wasilah dalam menyampaikan dakwah yang tidak dapat tidak perlu bersama dalam konsep kenegeraan. Tetapi peranan Gerakan Islam lebih besar daripada itu yang senantiasa menekankan aspek tarbiyah, dakwah dan siasah seterusnya memastikan tertegaknya daulah Islamiyah.

Imam Muda hanyalah platform dan wasilah dalam memastikan Islam itu dapat disebarkan lagi. sekalipun tidak bergelar Imam Muda @ Ustaz, tanggungjawab berdakwah itu senantiasa berada di pundak kita.

Sedar atau tidak, kita adalah "khaira Umat" yang dikatakan Allah TAPI dengan bersyarat sebagaimana firman Allah swt:

"Kamu adalah Ummah yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyeru kepada yang  ma‘ruf dan mencegah mdari yang munkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasiq" (Ali Imran:110)

Wallahualam

April 20, 2012

Imam muda dan dakwah

"dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." 
(Al Baqarah;186)

Aku mulakan dengan memujiMu Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Penantian Imam Muda berakhir. Secara realitinya aku gagal kerana tidak dapat ke peringkat seterusnya. Tetapi hakikatnya aku mengetahui ada sesuatu yang Allah rancang untuk hambanNya.

Aku dimaklumkan ahad ini, top 25 calon Imam Muda akan berkampung di astro selama seminggu untuk pemilihan 10 calon Imam Muda. Selamat berjuang bakal Imam Muda.

Merenung jauh dalam kehidupan ini, aku yakin dengan perencanaan Allah. Bila ditanya kepadaku, kepada aku nak masuk Imam Muda? Jawapanku sudah pasti ingin menjadikan skop dakwah aku lebih luas pada masa yang sama mengasah lagi skill seorang daie.

Pertanyaan demi pertanyaan aku cuba jelaskan..
Apa ruang yang ada sekarang tak mampu untuk aku berdakwah?
Bukan begitu,apalah sangat ruang yang aku ada sekadar lulusan mekanikal yang tidak layak berbicara tentang agama. Apa salahnya untuk aku jadikan Imam Muda sebagai batu loncatan berada di medan dakwah.

Dakwah ini tidak diiringi kesenangan. Adakah aku mengambil langkah mudah dalam berdakwah dengan menyertai Imam Muda?
Sunnatullahnya begitu. Malu dengan perjuangan Rasululullah yang padanya dihina dan difitnah segala macam. Jauh sekali aku ingin mengambil jalan mudah. Cuma keberadaan aku dalam Imam Muda itu nanti mampu membawa aku bersama dengan masyarakat. Bukankah posisi Rasululullah sebagai Ketua negara Islam memudahkan dakwah beliau menyebarkan Islam pada waktu itu. "Mudah" maksudku sebagai pembuka jalan...sekalipun Rasulullah sebagai Ketua Negara tetapi tetap juga diuji dalam perjuangan.

Lantas ditanya, masuk Imam Muda ni nak populariti ke?dan penting ke popular ni?
Sesiapa yang melakukan sesuatu dengan mengharapkan sesuatu selain Allah,maka amalannya tertolak. Sifat seorang daie seharusnya ikhlas kerana Allah dan tidak mengharapkan balasan. Populariti itu kita boleh katakan keberadaan kita di medan dakwah di angkat darjatnya dan disukai Allah dan Manusia. Namun, tidak dinafikan element popular itu menjadi kepentingan pada masa kini kerana ikon atau model seorang daie itu perlu diangkat dan dihebahkan agarnya ianya menjadi contoh kepada masyarakat. Sebagaimana, Islam itu diterjemahkan oleh Rasulullah saw di dalam kehidupan baginda. Maka masyarakat dapat melihat Islam melalui cantiknya kehidupan dan peribadi Rasulullah. Lantas kita melaung-laungkan bahawa Rasulullah adalah contoh terbaik dan perlu diwar-warkan kebaikan baginda.


Aku bersyukur kerana kehidupan aku berada di kampus menjadikan aku manusia yang kenal erit "khaira Ummat". Kampus yang didalamnya tiada fakulti Agama, bahkan silibus agama yang menjadi minoriti dalam pembelajaran menjadikan aku semakin cenderung untuk mendalami agama. Inilah nikmat terbesar yang patut aku syukuri. Menghadiri majlis ilmu, amar makruf nahi mungkar dan segalanya aku praktikalkan dalam memastikan diri menjadi khaira ummat.

Keberadaan aku berada di dalam Persatuan Mahasiswa Hadhari sebenarnya telah mengajar aku menjadi seorang daie. Persatuan inilah yang membawa aku ke dunia sebenar sebagai seorang muslim. Menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar. Bergerak sebagai agen Islam, dari seorang ke seorang, dari meja ke meja, mengedar risalah demi memastikan kesedaran tentang Islam dapat dikecapi bersama dengan masyarakat kampus.

Bukan suatu perkara yang mudah dalam nak berdakwah. Secara teorinya nampak mudah, tetapi praktikalnya sangat berat dihati dan perasaan. Takut, janggal dan malu. Semua itu aku atasi dengan keberadaan aku berada di dalam Skuad Penyayang PMH. Jarang pada kita untuk memberi peringatan atau teguran kepada teman untuk bersama-sama mengamalkan cara hidup Islam. Membesarkan Allah dan mengecilkan makhluk. Element yang sangat penting dalam berdakwah.


Berada di lapangan dakwah ini,bukanlah pekerjaan part time. Berbanggalah kerana kita sedang mewarisi kerja Rasulullah saw. Sekalipun kita berada di bidang kejuruteraan, akaun, sains dan sebagainya,ia bukanlah alasan untuk kita lari dari medan dakwah. Tanggungjawab ini berada di pundak setiap individu muslim.

Saya faham dan saya sedar,tapi saya tidak berani..
Iniliah persoalan yang sering timbul dikalangan kita ketika mana ingin memulakan langkah sebagai pendakwah...kita hendaklah......

bersambung

April 8, 2012

Bermotivasi di SK Cherana Puteh, Alor Gajah


Pada 7hb April yang lepas, aku dijemput untuk memberi motivasi di Sekolah Kebangsaan Cherana Puteh. Bertempat di Alor Gajah Melaka. Pelajar seramai 63 orang terdiri daripada pelajar darjah 4,5 dan 6. Ada juga dikalangan mereka adalah orang asli dan tidak tahu membaca dan menulis..

Sebagai motivator aku menyahut cabaran ini sebagai mematangkan lagi dalam pengalaman motivasi ini. 

Perjalanan dari johor ke melaka mengambil masa 1jam setengah. Aku tiba sejam awal untuk memastikan lokasi sekolah. Ceramah dimulakan pada jam 2ptg dan berakhir 4ptg..


Dalam ceramah, aku menyentuh beberapa perkara:

1. Persiapan Minda
-Sebagai permulaan mengingatkan kepada pelajar bahawa setiap dikalangan kita mempunyai ketakutan yang streotaip dan terakam dalam kotak fikiran. Dan ketakutan itu sekaligus perlu di pecahkan terlebih dahulu untuk menjadi orang yang cemerlang.

2. Hapuskan halangan Minda
-Slot ini menerangkan bagaimana untuk kita menghapuskan ketakutan itu tadi. Melihat kepada sejarah dan perkembangannya menjadikan kita berfikir bahawa sesuatu itu boleh diubah bila kita belajar dari sejarah. Sbg contoh, sukan lumba lari dahulu hanya mencatat masa 10saat dalam 100meter. Tetapi Hussain Bolt dari Jamaica telah mebuktikan dengan hanya 9.58saat dia mampu menjadi orang terpantas di dunia. Bagaimana?

3. Mencipta Kemenangan atau Matlamat
-Matlamat perlu jelas. Tidak terlalu umum..Itu yang ditekankan.Ingin menjadi orang yang cemerlang perlu ada ciri pelajar cemerlang. Terutama gaya belajar. Kepada mereka yang menulis tangan menggunakan tangan kanan, cuba anda menulis dengan tangan kiri. Mesti hodoh tulisan kita. maka begitulah dalam belajar. Gaya yang kita gunakan mestilah sesuai dengan diri kita agar ia tidak jadi hodoh pada keputusan peperiksaan nanti.

4. Berfikiran Positif
-Melatih diri bagaimana untuk menjadi orang yang sentiasa berfikiran positif..ada caranya...


Sepanjang pengalaman aku dalam memberi ceramah, pelajar di sekolah ini sangat berani untuk mencuba berbanding pelajar yang tinggal di bandar. Barangkali kehidupan mereka membezakan cara mereka di dalam bilik darjah. Mereka bersemangat walaupun mereka tidak tahu jawapannya. Itu lebih baik dari tahu tapi berdiam diri..


-Menjadi lebih baik-

















April 7, 2012

Ujibakat Imam Muda 3

sesi menunggu jam 8pg
Tarikh 6hb April 2012 menjadi saksi bahawa aku menyertai ujibakat Imam Muda 3. Ujibakat sahaja..Bertempat di Institut Professional Baitulmal yang terletak di Jalan Perkasa Kuala Lumpur.

Aku memulakan perjalanan seawal jam 7pagi dan tiba di tempat kejadian jam 7.50pagi. Sesat juga. Tapi masih terkawal.hehe...

Setibanya disana,aku diantara yang terawal..dan dimaklumkan hanya 35org sahaja yang terpilih untuk ujibakat ini.

dipendekkan cerita,aku memulakan sesi ujibakat selepas solat jumaat..tuhhh diaa..lama tunggu.


Stage Pertama:
Melalui ujibakat online. Kena upload video. Diterima dan terus ke stage dua


Stage dua:
Ujian bertulis. Soalan mengenai perkara fardhu ain dan hukum hakam agama.


Stage ketiga:
Ujian pengucapan awam. Aku diminta perkenalkan diri,bernasyid,menterjemahkan bahasa arab kepada bahasa melayu,memberi motivasi dan menjawab soalan berkaitan fiqh dan hukum tajwid. Alhamdulillah lancar.


antara tajuk public speaking
Stage keempat:
Ujian Personaliti. Perlu menjawab soalan mengenai diri sebanyak 14 helai muka surat. Sampai jem tangan aku..hehe...


Selesai sudah...
Selepas ini nama aku akan dibahaskan dengan semua calon. Samada layak atau tidak itulah keputusannya.


Aku bertolak ke shah alam pada jam 6ptg.
Insyallah,moga semuanya lancar...amin..





bilik menunggu





bersama imam hizbur


peminat imam muda


April 2, 2012

Tahniah anda layak

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Sykur pada Allah hari ini nikmat yang telah Kau berikan pada hambaMu meskipun dosaku menggunung tinggi.

Petang tadi aku melihat papan notis di fakulti akan ada perjumpaan "finishing school" untuk pelajar sem akhir pada 6 dan 7 April ni. Kehadiran diwajibkan.

Aku mula risau.

Pada 7 April aku diminta untuk bagi motivasi di Melaka. Sebulan lebih janji dengan penganjur. Aku terus meluru ke pejabat fakulti meminta pandangan atau mudahnye meminta keizinan untuk tidak hadir. Aku diminta berjumpa dengan kaunselor.

Aku tak buang masa. Terus menuju ke bilik kaunselor.Oh, muda lagi orangnya.hehe...

Setelah aku menerangkan apa yang berlaku..
kaunselor pun berkata "untuk  finishing school ini kita nak ajar student soft skill macamane nak dapat pekerjaan,so kalau awak dah ada kerja dan motivator itu sendiri punyai skill dalam comunication tak perlu awak pergi. Just tunjuk kan surat dari company atau penganjur"

Lega aku bila dengar macam tu. "Baiklah,saya akan hantar surat tu nanti"..Aku pilih motivasi ni sebab sebulan lebih aku siapkan slide presentation..huhu.berdepan dengan pelajar-pelajar orang asli..aku jawa!

Selesai masalah..

Sampai kelas. Lectrer pun masuk..eh ada calling..
"Saya *** dari astro. Lepas sesi penilaian ujibakat online awak terpilih untuk ke peringkat seterusnya.."

ALLAHUAKBAR!!

Apa lagi yang perlu aku ucapkan melainkan syukur kepada Allah..Alhamdulillah...

"Jadi awak diminta datang pada hari Jumaat ini jam 8pg"

Alamak..aku ada kelas waktu tu..."saya final sem skrg,jadi pagi tu saya ada kelas. Sebaiknya ada official letter dari astro untuk saya serahkan pada pensyarah saya"

"Baiklah..jadi awak boleh datang ya nanti"
"Insyallah.."

Sepanjang kelas aku tersenyum dan nak nangis...walupun subjek tu susah..hehe...Alhamdulillah..

Ada lagi..masalahnya Jummat tu ada perjumpaan student engineering dengan VC, Dato Sahol. Ah sudah....
Takpe, aku tunjukkan surat tu jugak nanti..selesai.

Hari ini..Allah swt memberikan nikmat kepada hambaNya tanpa disedari..Sesungguhnya nikmat dari Allah itu adalah rezeki yang hanya Allah layak memberinya...

Jangan jadikan aku manusia yang kufur nikmatmu dan jangan jadikan ianya istidraj bagiku..

Doakan kejayaanku nanti...Amin

Taujihad