Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

October 30, 2011

Pertama kali

Inilah pertama kali dalam hidup aku selama 4tahun di shah alam menjejakkan kaki di stadium shah alam. Selama ini aku hanya melintasinya atau memerhatikan dari jauh. Apatah lagi kehadiran aku untuk menyaksikan perlawanan Harimau Malay,Malaysia bertemu Vietnam. Sekalipun dalam perlawanan persahabatan,tetapi saat dan ketika itu sangat-sangat menggembirakan dalam hidupku.

Aku bersama dengan teman-teman lain menuju ke stadium pada jam 5ptg. Alhamdulillah,cuaca agak tenang tetapi agak kemuraman seperti biasa. Setibanya di stadium tidak tergambar perasaanku. gembira...hehe. Teringat pada adik-adikku..mungkin mereka sepertiku. Insyallah ada masa akan ku bawa bersama.

Hujan mula turun dengan lebat pada separuh masa kedua. Tetapi perlawanana diteruskan. Sekali lihat seperti budak yang berkubang bersama kerbau..hehe..kelakar pula rasanya.

Tahniah buat Malaysia yang menang 4-0 terhadap Laos. Moga kejayaan ini diteruskan pada perlawanan akan datang.








October 29, 2011

Berceramah di SK Shah Alam Sek16

Aku dijemput Pegawai Pendidikan Daerah,PPD untuk bagi kuliah kepada pelajar darjah enam SK Shah Alam di Sek 16. Tidak jauh dengan rumahku. Kebetulan Pegawai Pendidikan Daerah tu,imam di kawasan perumahan tempat aku sewa sebelum ni. Baru-baru ini aku bertemu dengannya.Selepas dari itu,dia telefon aku mintak ganti tempatnya berceramah di sekolah tersebut. Terima kasih En Sabirin.

Gaya sempoi
 Pada mulanya aku diberitahu hanya beri kuliah dalam tempoh masa sejam. Aku berandaian ianya dilakukan di surau. Jadi aku berpakaian seperti pergi ke surau. Nasib baik tak pakai kain.hehe...Cuma berselipar..sebab memikrkan masuk surau mana pakai selipar!! kebetulan juga hujan...al kisah....

Sampai sahaja di sekolah tersebut aku mengimamkan solat isyak. Selepas itu,aku ngeteh dulu dengan cikgu Rashid dan Saiful. Orang jawa!! tapi aku tak reti omongan jawe =( Masa tu aku baru dimaklumkan tentang tajuk sebenar dan tempoh masa aku bagi pengisian.Sudah la slide aku sikit sahaja(agak untuk temph satu jam atau kurang dari itu).rupanya, Ceramah beb..bukan kuliah!

Aku pun selawat banyak-banyak...insyallah..boleh!! cuma pakaian tidak seberapa mengurangkan sedikit keyakinan. Apa pun teruskan usaha!

Masuk ke dewan aku berasa yakin dan mampu lakukannya. Berhadapan dengan pelajar seramai 68orang tidak memberi getaran pada kakiku. Apatah lagi ada guru-guru dan ibu bapa yang melihat dan mendengar(sambil tutup mata).




 Aku memberi ceramah pada malam itu bertajuk Wasiat Luqman Al Hakim yang Allah swt sebut dalam surah Luqman dari ayat 12-19. Di dalam ayat tersebut terkandung 10wasiat Luqman Al Hakim kepada puteranya. Tetapi aku hanya membicarakan 3 daripadanya sahaja. Jangan syirikkan Allah, Hormat pada ibu ayah dan Jangan tinggalkan solat.

Objektif ceramah aku yang diberikan pihak sekolah adalah memberi peringatan kepada adik-adik yang akan melangkah ke alam remaja dan sekolah menengah. Dunia yang penuh pancaroba. Sedikit pengalaman dan nasihat diberikan dariku.

berzikir di awal slot


memppularkan diri
 Alhamdulillah walaupun asalnya diberitahu hanya satu jam setengah,tapi aku terus sehingga dua jam atas permintaan cikgu dan pelajar..hehe..seronok rasanya.




melayani lawak burukku

guru-guru dan ibu-ibu yang  memerhati




"bunyi kucing gatal.."

"bunyi harimau.."

dari atas pentas


pelajar perempuan yang sporting

muka yang khusyuk

menekankan pentingnya ibu bapa kepada kita

 Ketika aku membahaskan mengenai hormat ibu dan ayah,ada guru dan pelajar yang menangis. Aku bukan buat motivasi...Tapi itulah yang lahir dari hatiku. Aku juga anak yang tidak lari dari kesilapan. Bukan untuk kalian,tapi untuk aku. Itu yang dipesan guruku bilamana kita memberi pengisian.

sebahagian slide yang aku sediakan

mendendangkan lagu anak soleh

Alhamdulillah,tepat jam 11mlm aku berhenti. Kepuasan pada hatiku kerana adik-adik tidak tidur dan seronok. Sepanjang penglibatan aku dalam kerjaya motivator ini,aku mengalami banyak pengalaman dan di situlah aku belajar apa yang patut seorang motivator lakukan. Pengalaman yang mematangkan.

Moga ada masa kita jumpa lagi. Terima kasih kerana menjemput saya...=)

October 26, 2011

Berbanggalah dengan ISLAM

Kuliah Subuh
Surau Al Amin U12
Islam Agama Sempurna
oleh Khairul Anwar Ateh
-Selamat berkongsi-

video


video


October 24, 2011

Bersama adik SMTISP...

Hari Jumaat,21 Oktober yang lepas aku dijemput oleh pihak Sekolah Menengah Tahfiz Integrasi Sri Pintar untuk membawa slot muhasabah kepada pelajar tingkatan 2. Ini jemputan ke-2 selepas aku memberi motivasi pada tahun lepas. Cuma kali ini muhasabah pula.

Mereka semua dari golongan keluarga yang berpendapatan sederhana sehinggalah yang kaya. Kebanyakan ibu bapa mereka dari kalangan orang yang sibuk bekerja. Namun tindakan yang bijak dari ibu bapa menghantar anak ke sekolah tahfiz supaya lebih terjaga akhlak dan sahsiahnya.

Namun tidak dinafikan mereka juga seperti remaja yang lain. Punya hati dan perasaan. Punyai keinginan dan ingin mencuba sesuatu yang baru. Kesilapan yang dilakukan membuktikan bahawa tidak ada manusia yang maksum melainkan Rasulullah saw.

Sesi muhasabah yang dilakukan selama 1jam 30minit ini menyedarkan kepada adik-adik bahawa Islam adalah agama yang menjanjikan ketenangan dan kebahagian pada setiap insan. Hidup ini punyai Tuhan yang mencipta dan mentadbir segalanya. Ibu bapa yang wajib ditaati. Guru yang perlu dihormati. Kawan yang perlu senangi. Semuanya membuktikan adanya hubungan antara manusia sesama manusia dan manusia dengan Pencipta(Allah).

Moga slot ini memberi kesedaran buat aku dan mereka semua...amin.



















October 16, 2011

Kamera baru

Dah lama aku berhasrat nak beli kamera ni..cuma ada beberapa perkara yang aku kena decide betul-betul sebelum beli.antaranya:


  1. beli Hp yang mempunyai kamera sebesar 8MP...dan harganya sangat mahal.
  2. beli kamera saja...kamera DLSR yang ramai pakai skrg...pun mahal juga.
Keadaan semakin mendesak utk aku mempunya kamera kerana aku sekarang di tahun akhir. Penglibatan dalam projek,sangat-sangat memerlukan kamera yang boleh capture perkembangan projek aku.


Jadi hari khamis ak survey kamera di internet. Mencari yang sesuai bagi aku with reasonable price. Aku tak terfikir pun nak beli hp lain. Sbb aku dah ada hp skrg.

Tengah aku surf internet,housemate bgtau ada PC fair kat UiTM. Biasa PC fair kat U ni yang biasa-biasa je. Tapi aku pun dengan ringan badan terus g PC fair tu..

MEncari-mencaari.....akhirnya ketemua juga kedai kamera. Aku pun survey la...kriteria yang aku nak adalah mempunyai megapixel yang tinggi.berkualiti.tapi harga yang murah...hehe...nak murah saje.

lepas menilai,akhirnya aku memilih kamera jenis canon power shot A2200 HD. Cakap banyak pun xguna..ayuh kita layan gambar ni...



spesifikasinya belum la tengok di website....banyak nak cerita.hehe...aku beli dengan harga RM500..

malam bagitau kat mak, mak aku marah terus...huhu(aku dah agak)...selepas perjelaskan keperluannya baru la faham...huhu...oh emak....

aku perlu berjimat...membeli hanya perlu..

Anda boleh!!

October 3, 2011

Gelombang Hudud

Berani sangat ke aku ni nak respon isu hudud ni?

Isu yang hangat ini menyebabkan kita berasa takut untuk mengulas atau memberi pandangan berkaitan hudud. Inilah matlamat pihak tertentu yang mahu menjadikan masyarakat khususnya umat Islam jahil terhadap ilmu agama. Tanya la pada diri kita semua,adakah kita faham apa itu hudud,qisas dan ta'zir. Adakah hanya menjadi tanggungjawab para alim ulama' dan agamawan sahaja yang perlu memahami apakah itu hudud, qisas dan ta'zir?bahkan  isu yang melibatkan fardhu ain pun belum tentu kita mampu menjawabnya. Justeru, Ketahuilah menutut ilmu itu satu kefardhuan.

FITRAH

Fikirkan,undang-undang sistem badan kita tidak boleh menerima lebihan gula. Jika tidak,kencing manis jadinya. Garam juga perlu ada sukatannya. Darah tinggi nanti akibatnya...begitulah kejadian Allah. Bukankah Allah yang menciptakan segala apa di bumi ini. Sudah pasti DIA mempunyai aturannya sendiri.

Pada diri manusia itu sendiri Allah jadikan fitrah padanya. Itu sekecil-kecil perkara. Apatah lagi dalam soal undang-undang dan pentadbiran. Fitrahnya ada disitu...

ISLAM itu adil


Baiklah, cuba kita bayangkan hidup ini sekiranya tidak ada undang-undang. Sudah pasti haru biru jadinya. Si perogol akan terus merogol. Si pencuri akan terus mencuri habis-habisan. Penjenayah menjadi pekerjaan yang terhangat di pasaran kerana di sana tidak ada undang-undang. Maka sudah pasti semua bersetuju bahawa undang-undang perlu ada dalam menjaga keselamatan,kebajikan, keadilan dan kemananan.

Namun yang menjadi persoalan,adakah hukuman yang dikenakan ke atas pesalah setimpal dengan apa yang dilakukan? adakah berbaloi dengan kesedihan, keperitan dan kesusahan yang dialami si mangsa?

Adil Allah pada hambaNya tidak sama adil yang diletakkan oleh manusia. Adil Allah meletakkan si miskin dengan kebahagian, si kaya dengan keresahan dan kegelisahan. Sudah pasti keadilan yang diletakkan oleh Allah ada keberkatannya. Manusia sering mengutamakan nafsu sehingga mengetepikan keberkatan itu sendiri. Dalam menghukum manusia ditentukan oleh hukuman yang telah ditetapkan manusia sendiri. Yang difikirkan kepuasan hati tanpa memikirkan keberkatan dan keredhaan dari Allah swt.

Bayangkan ibu anda di bunuh,si penjenayah hanya dipenjara bertahun lamanya,diberi layanan percuma,makanan minum percuma dan segalanya terjaga. Si pencuri juga begitu. Di sumbat dalam penjara. Akhirnya bertemu 'kawan' mereka yang juga punya kemahiran dalam mencuri. Reunion pencuri. Mereka keluar dari penjara menubuhkan pasukan yang kuat untuk mencuri bank pula....

Undang-undang manusia berubah-ubah,tetapi undang-undang dari Allah tetap,kekal dan releven untuk sepanjang zaman.

TUAN segala tuan

Kalian punya harta benda?Bagaimana sekiranya harta benda anda dirampas dan dirosakkan sesuka hati oleh perosak yang durjana?sudah pasti sangat menyakitkan. "Kalau rosak kena ganti balik!! "begitulah biasanya sebab anda tuan kepada barang anda.

Begitulah kita. Manusia di dunia ini adalah ciptaan Allah. Kitalah barang itu. Kita milik TUAN kita. TUAN kita adalah ALLAH SWT. Allah jua yang berkuasa ke atas diri kita.

Sekiranya mesin-mesin di kilang mempunyai buku manual masing-masing. Manusia juga punyai manualnya iaitu Al Quran dan As Sunnah. Bagaimana agaknya jika mesin jahit digunakan untuk mengadun tepung. Sudah pasti tepung tak empuk,bahkan mesin jahit akan rosak. Manusia hidup dalam peraturan@undang-undang. Jika halal maka halal lah ia, jika haram maka haramlah ia. Ayam yang halal dimakan,kita mengharamkan pula...agak-agak kenduri kawen nak makan apa??

Percayalah, kita hidup bertuhan. DariNya kita datang, kepadaNya kita pergi. Dunia yang bersifat sementara menipu manusia yang lalai dan leka. Tapi tidak bagi orang beriman. Dunia dijadikan kebun bagi amalan-amalan mereka kerana mereka hanyalah hamba yang ditugaskan untuk menanam dan hasilnya akan diserahkan kepada TUAN mereka.

HUDUD MILIK ALLAH

Mendengar namanya saja sudah menakutkan. Pelbagai alasan untuk dilaksanakan. Ketakutan yang membelenggu diri sendiri. Bukankah hudud ini untuk pesalah. Sepatutnya mereka yang bersalah saja yang berhak untuk takut. Jika kita dikalangan orang yang benar,tidak melakukan kesalahan, untuk apa ditakutkan hudud ini. Bukankah ia menjanjikan keamanan dan keadilan?


Hakikat undang-undang dari Allah itu untuk menakutkan manusia. Itu baru hukuman di dunia,belum lagi di akhirat. Tapi bagaimana undang-undang kita hari ini? manusia tidak takut untuk melanggarnya. Undang-undang Allah pun pakai hentam je,inikan undang-undang manusia.

Kalau kita bekerja ada polisinya. Pekerja milik bos. Lambat datang boleh jadi kita dibuang. Surat 'Cinta' akan dikeluarkan.Kerana takut dibuang kerja kita pun terpaksa bangun awal sedikit untuk datang awal. Tapi dalam mengaplikasikannya dalam peraturan Allah jauh sekali. Kerana perasaan takut pada Allah itu sudah hilang. Bayangan firaun itu bersama kita. Firaun mengakui dialah tuhan. Matinya tidak diterima bumi. 

Di dalam Al Quran terkandung segalanya. Merangkumi kehidupan manusia. Tiada cacat celanya. Kenapa kita  mengamalkan hanya sebahagian daripadanya. Kita mengakui hudud itu suruhan dari Allah tapi berani kita menafikanya dalam perlaksanaan. Sekalipun kita tidak boleh menerimanya jangan sesekali berani untuk melafazkannya. Ia mampu membawa kita keluar dari Islam.

Tiada tuhan selain ALLAH


Aku mengharapkan kita semua benar-benar bersaksi dengan apa yang disuruh oleh Allah dan apa yang dilarang oleh Allah. Janganlah ada keraguan di hati kita dengan apa yang diturunkan oleh Allah swt. Tidak berhak ke atas manusia untuk menafikannya. Di akhirat nanti DIAlah tuhan yang kita akan merayu untuk diampunkan dosa-dosa yang dilakukan. Bertaubatlah sebelum terlambat.

Akhbar Malaysia yang berani menghina hukum Allah

Wallahualam.






Taujihad