Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

July 30, 2012

FATWA-DAJJAL-OLIMPIK

Nah..saksikan keasyikan agenda mereka dalam menyesatkan umat Islam.sehingga fatwa Malaysia membenarkan atlet umat islam tidak berpuasa...arghhhhh..terasa hinanya...




Telah dikhabarkan bahawa Dajjal laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olympic 2012. Mereka telah lama membuat persiapan untuk acara ini sejak dahulu lagi kerana melalui acara sukan antarabangsa inilah, mereka dengan mudahnya mengumpulkan penduduk seluruh dunia bagi menjayakan agenda mereka untuk menyihir seluruh dunia.


Bandar London telah dipilih kerana London merupakan pusat segala agenda jahat mereka dalam merosakkan dunia selama ini, manakala tahun 2012 pula adalah tahun yang sangat signifikan bagi mereka. Ia adalah tahun yang mana Dajjal laknatullah telah bebas daripada rantai yang mengikatnya selama ini. 2012 juga mempunyai maksud tersirat yang tersendiri. Kita tahu bahawa puak Illuminati, salah satu cabang pasukan Dajjal laknatullah sentiasa mempunyai kod-kod rahsia tersendiri bagi menjalankan agenda mereka. Kita tahu bahawa tulisan Arab dan Ibrani (Hebrew/ tulisan yahudi) ditulis dari sebelah kanan ke kiri. Jika 2012 itu diubah kepada huruf dan dibaca dari kanan ke kiri ia akan kelihatan seperti ZIOZ. Di dalam kod ini, huruf Z yang terakhir boleh diputar melawan arah jam menjadi huruf N. Dengan ini terbongkarlah dalang di sebalik Olimpik London 2012 atau Olimpik London ZION.

2012 = ZOIZ ZOIZ = ZIOZ ZIOZ =ZION



Zion sebagaimana yang kita tahu adalah sebuah bukit di Jerusalem, yang diidamkan oleh Yahudi untuk membina Haikal Sulaiman bagi membina tapak kezahiran Dajjal laknatullah atau Mosyaikh mereka ke dunia bagi menguasai dunia.

Bermula 27 Julai 2012 iaitu pada hari Jumaat ini, apabila api Majusi Olimpik London 2012 dinyalakan, maka Dajjal laknatullah beserta para wazirnya akan menyebarkan sihir berat ke seluruh penduduk dunia, lebih-lebih lagi yang melihatnya secara langsung di London , atau pun yang menontonnya melalui televisyen dan internet tidak akan terlepas daripada sihir-sihirnya. Dan sesiapa yang terkena sihirnya, hampir mustahil tidak akan menjadi pengikutnya ketika kezahirannya kelak. Bagi pendokong perjuangan Islam akhir zaman dan pejuang Kebenaran dan pengikut Imam Mahdi dan Fata At Tamimi, bersiap sedialah untuk serangan berterusan sihir berat ini ke atas anda. Pagarlah diri anda dengan kaedah masing-masing. Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua dengan berkat bulan Ramadhan ini.. 



Wallahu'alam~

July 26, 2012

Saya dah bekerjaya

Alhamdulillah,saya akan mula bekerja sebagai engineer bermula 30hb julai ni. Inilah kerjaya pertama saya. Moga ianya berjalan lancar..amin..



July 22, 2012

Dimana Standard PUASA kita

"Eh,kalau xpuasa xpe kan?"tanya Abu
"Ko gile ke?puasa tu kan wajib."jawab si Ali
"Kenapa ko nak marah...sedangkan...."

Sebagaimana Firman Allah swt:

“ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Mari sama-sama kita mentadabur firman Allah ini.moga kita mengetahui standard puasa kita.

Terlebih dahulu,perlu kita mengetahui bahawa ayat ini merupakan ayat yang terkandung di dalam surah madaniah yang diturunkan di madinah.

Ayat Madaniah

Surah Madaniah menceritakan tentang jihad fi Sabilillah, hukum hakam dalam sistem Perundangan dan Kekeluargaan Islam. Selain daripada itu Surah Madaniah menekankan aspek persaudaraan di dalam Islam serta cara berhadapan dengan golongan Munafik dan Yahudi di Madinah.

Cara pemakaian dalam Islam dan Hukum Hudud bagi kesalahan Zina, Fitnah serta mencuri ada disebut didalam Surah Madaniah.Surah Madaniah tidak menyentuh langsung tentang soal aqidah.

Ini adalah kerana keimanan para sahabat telahpun mantap dan tidak perlu lagi kepada ayat -ayat yang menceritakan tentang pembersihan aqidah. Surah An Nisa', Surah Muhammad, Surah Al Fath dan Surah Ar Rahman adalah contoh-contoh surah Madaniah


Ayat Makiah

Kebanyakan surah - surah Makiah mengajak manusia agar mentauhidkan diri kepada Allah serta menjauhkan daripada segala bentuk penyembahan selain dariNya, menceritakan perhal Syurga dan neraka serta nikmat-nikmat Allah kurniakan yang tidak terhitung banyaknya.

Selain daripada itu, di dalam surah Makiah banyak menceritakan tentang kisah perjuangan para nabi sebelum Nabi Muhamad s.a.w. seperti yang terdapat di dalam Surah Yunus, Surah Hud, Surah Yusuf dan Surah Ibrahim.

Surah Al Fatihah, Surah Al Isra', Surah Al Kahfi , Surah Mariam dan Surah Al Anbiya' serta Surah Luqman adalah antara surah - surah makiah.


Wahai orang-orang yang beriman

Jika diperhatikan, ayat madaniah menggunakan perkataan "wahai orang-orang yang beriman" manakala ayat makiah menggunakan "wahai manusia". Ini kerana di madinah,sudah terbentuk negara Islam Madinah yang diasaskan oleh Nabi Muhamad saw. Maka segala suruhan dari Allah mestilah di tegakkan dan ianya hanya mampu dilaksanakan oleh orang-orang yang beriman.

Perlu kita fahami, kewajipan puasa bukan sekadar mengajar kita menahan diri dari lapar dan dahaga tapi juga dari sudut pentingnya kekuasaan atau pemerintahan Islam. Hanya pemerintah yang beriman mampu menegakkan hukum hakam Allah.

Maka,kewajipan memilih pemerintah yang beriman sama sepertimana kewajipan berpuasa.

Jika hukum hakam tidak dapat ditegakkan,maka kita belajar Islam hanya sebagai teori. Sedangkan Islam itu bukan sekadar teori tetapi ia bersifat praktikal. Sebagaimana ia diterjemahkan melalui qudwah hasanah, Rasulullah saw.


Diwajibkan kamu berpuasa

Kewajipan berpuasa tidak dapat dinafikan lagi.

Tetapi jangan kita sempitkan pemikiran kita dengan berpuasa sahaja sedangkan disana ada tuntutan lain..yang ianya juga wajib ditegakkan sepertimana puasa.

Bayangkan,kita ditempelak dengan seseorang yang mengatakan puasa itu tidak wajib. Sudah pasti kita akan isytihar perang.Mana mungkin,puasa itu wajib!!

Tetapi bagaimana pula dengan hukum Allah yang lain iaitu hukuman qisas dan hudud?Dimana pendirian kita?


Maka disini penilaian standard puasa kita.sedangkan ayat perintah Allah mengenai berpuasa dan hukuman qisas adalah sama. Cuba perhatikan firman Allah:

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qisas berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat suatu pemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih" (Al-Baqarah:178)


Nah...tidak ada perbezaan langsung.

Menjadi jaminan,tidak ada seorang wakil rakyat yang berani mengusulkan "kita tidak akan berpuasa pada bulan ramadhan..tetapi pada bulan lain". Jika ada nescaya menjadi tajuk berita utama dalam berita hairan.

tetapi kenapa dalam hukum qisas, ada dikalangan kita yang mengatakan hukuman qisas tidak sesuai dan tidak akan dijalankan di malaysia..wahhhhh..hebatnya mereka.

Siapa kita untuk mengubah hukuman dan suruhan Allah..

Disinilah standard puasa kita menjadi paling hina kerana kita berpuasa tapi pada masa yang sama menolak hukum Allah yang lain..Hanya mengambil sebahagian dari firman Allah..Alangkah hodohnya perangai seperti itu.

Mudahnya, sepertimana kita berpuasa dengan mengimani firman Allah maka begitulah juga kita wajib menegakkan hukum Allah yang lain. Kerana itulah menguji standard iman kita.

Moga menjadi orang yang bertaqwa

Apa bukti kita bertaqwa kepada Allah?

Jika kita berpuasa, maka kita bertaqwa..Bagaimana pula jika kita menolak hukum Allah yang lain?sekejap bertaqwa sekejap tidak...mcm chipsmore.

Orang yang bertaqwa bila mana ia menjadikan Al quran dan sunnah sebagai petunjuk. Firman Allah:

"Kitab (Al Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa"(al - Baqarah : 2)

Orang yang bertaqwa tidak ragu-ragu menjadikan Al Quran sebagai perlembagaan tertinggi dalam kehidupan. Tidak teragak-agak untuk melaksanakan perintah Allah. Sentiasa yakin dan membenarkan firman Allah dan sabda nabi saw.

Kesimpulan

Disaat kita membuka mulut untuk merasai nikmat berbuka puasa,kita terlupa mulut ini pernah menghina hukum Allah. Saat kita mendengar azan untuk berbuka, telinga ini jugalah menjadi pekak bila mana hukum Allah dipermainkan.. Semua itu menjadi sia-sia sebagaimana puasa kita sekadar merasai lapar dan dahaga.

Wallahualam.

July 14, 2012

Kerjaya sebagai hakim nasyid

hehe...aku dijemput untuk jadi hakim bagi kategori nasyid untuk pertandingan pelajar PASTI..bukan kerjaya tetap...seronok tengok budak2 ni bernasyid..menghiburkan hatiku..









video



July 10, 2012

Aku maksudkan rezeki itu...

"wahhh...dia kerja engineer..."
"ohh..keje salesman..."

Anda impikan pekerjaan yang bagaimana?sudah tentu yang baik dan gajinya besar...tipu la kalau xnak gaji besar...kan?kan?hehe

Pekerjaan yang baik

Tahukah kita barangkali pekerjaan salesman itu menjadikan dia manusia yang paling bersyukur kepada Allah...
Tahukan kita barangkali pekerjaan itu paling diberkati Allah berbanding kerja kita yang disangkakan sangat bertuah ini...

Kita menilai dari sudut kesenangan...tetapi tidak pada keberkatan dan keredhaan...

Tidak aku katakan yang kaya itu tidak ada keberkatan...tidak ada kesenangan...jika ia digunakan sebaiknya nikmat Allah dan tahu erti bersyukur...Alhamdulillah...

Cuma aku nak mengajak kita semua memandang dari sudut nikmat @ rezeki Allah ini hanya pinjaman. Kita dilahirkan dalam keadaan kosong. Allah mencatatkan pada kita rezeki,jodoh dan kematian kita..Jika kita mati bermakna sudah tiada rezeki lagi yang tercatat untuk kita.

Jika hari ini kita kaya,barangkali esok kita miskin kerana Allah mencatatkannya begitu...sebab itu jangan sombong dengan apa yang kita ada...

Rezeki itu dari Allah

Memang rezeki itu dari Allah..tapi....

ada saja tapinya...tapi apa?orang yang beriman percaya kepada pemberian Allah sehingga kemuncaknya, dia akan mendapat kemenangan jiwa. seorang yang kaya jiwanya senang dalam kehidupannya dan boleh menunaikan perintah Allah dengan cara sebaiknya...

Apa guna harta banyak tapi jahil agama
Apa guna harta banyak tapi amat sedikit melakukan amal jariah

Biar miskin tapi dia tahu erti sedekah jariah
Biar miskin asal dia tahu membaca ayat suci Al quran

Maka tidak pelik jika kita melihat para sahabat menginfakkan seluruh harta mereka pada jalan Allah..Abu Bakar, Umar dan Uthman merupakan sahabat yang banyak hartanya...

Lihat saja Menteri Besar Kelantan, Terengganu dan Kedah yang rumah mereka seperti rakyat biasa...apa agaknya pandangan mereka terhadap rezeki Allah...

Kita yang merasakan kaya dan senang, berapa banyak kita laburkan duit kita untuk Islam...

Yakin tanpa usaha itu dusta

Keyakinan kepada rezeki itu datangnya dari Allah bukanlah bermakna kita menafikan usaha...siapa yang usaha Allah akan ganjarinya sekalipun ia bukan islam..kerana Allah Maha adil..

tapi jika sudah diusaha,masih lagi begitu,bukan bermakna kita gagal..tetapi Allah sedang tarbiyah kita..

Bahayanya manusia tidak biasa dengan tarbiyah Allah..seringkali gagal dan akhirnya menyalahkan takdir.

Kesimpulannya

Orang yang beriman akan memandang apa yang berlaku disekelilingnya punya hikmah yang tersendiri. Bahkan diri sendiri menjadi hikmah terbesar kejadian Tuhan. Kita hanya pinjaman...mati kita nanti dipanggil mayat,kerana roh kita sudah berjumpa Allah...pandanglah rezeki dan nikmat tuhan itu sebagai anugerah dari Allah..Usah kita memperkecilkan rezeki dan nikmat yang Allah berikan kepada orang lain. Mungkin esok kita menjadi manusia yang fakir di akhirat kelak...

Jadilah Engineer yang beriman

Wallahualam.

July 4, 2012

aku akan rindu saat itu..

Ohh tidak....dalam sekelip mata 4tahun dah berlalu. sedih pun ada jugak..mesti akan rindu saat itu. tamat sudah pengajian aku di UiTM Shah Alam..Dulu xsabar nak habis,tapi sekarang mcm xnak habis pulak.hehe...

Bagi aku xde istilah habis belajar sebab proses menuntut ilmu ni sampai kita mati. sentiasa dan selamanya dalam menuntut ilmu...

Sekarang hanya tinggal presentation final year project aku pada 16hb July nanti...Lepas tu hanya menunggu result sebelum digelar graduan yang sah.hehe...

Kerja ooo kerja...alhamdulillah aku dapat kerja di shah alam sebagai project engineer....insyallah kalau tiada masalah bulan 8 nt aku akan mula kerja....bermula episod mencari duit utk kahwin...hehe...

Doakan perjalananku dipermudahkan dan diberkati Allah..

Taujihad