Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

August 20, 2011

Ramadhan dan deria kita

Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya..bagaimana amalan aku dalam bulan ramadhan ini..

Kali ini aku nak berkongsi dengan semua beberapa perkara.

Allah swt menciptakan manusia dengan sebaik-baik ciptaan. Yang dilihat di depan mata, ada yang pekak,bisu, kodong dan sebagainya. Lalu kita gelarkan mereka OKU atau cacat. Sedangkan ciptaan Allah itu sempurna tiada cacat celanya.

Allah ciptakan mata untuk melihat,
Allah ciptakan telinga untuk mendengar,
Allah ciptakan lidah untuk merasa,
Allah ciptakan hidung untuk menghidu,
Segalanya Allah cipta ada fungsi tersendiri

Tetapi sedar atau tidak, dengan pancaindera kita ini adakalanya memberi ketenangan pada kita dan adakalanye memberi keresahan dan stress pada kita.

Dengan mata kita boleh melihat keindahan alam,wajah ibu dan ayah dan segala yang menenangkan,
Tapi dengan mata juga kita boleh jadi stress bila lihat rumah yang bersepah,maksiat berleluasa dan sebagainya.

Dengan telinga kita boleh mendengar lagu yang mendamaikan dan segala yang mengasyikkan,
Tapi dengan telinga juga boleh merungsingkan kita bila dengar orang mengumpat tentang kita atau segalanya yang bersifat negatif...panasssss je telinga kita.

Dengan lidah kita boleh merasa manis,masam,masin yang menyelerakan kita untuk makan dan minum,
Tapi adakalanya dengan lidah buat kita stress dan marah bila masakan kita terlalu masin dan bila tergigit cengkih!!

Dengan hidung kita dapat menghidu aroma wangian dan mendamaikan fikiran,
Tapi dengan hidung juga boleh buat kita pening dengan bau busuk dari lori sampah atau lubang najis!!

Maknanya deria kita ada masanya boleh menenangkan kita dan ada masanya membuatkan kita stress.


Allah swt ciptakan dikalangan kita punya deria yang mempunyai sensitivinya sendiri.

Orang Melayu@Malaysian punyai lidah yang boleh merasa pelbagai jenis masakan dan pelbagai jenis rasa.
Orang arab tidak seperti kita,masak ayam pun tawar..

Orang arab pulak punya hidung yang sangat kuat sensitivitinya.sebab itu minyak wangi @ tar banyak datangya dari arab..tak banyak minyak wangi yang dihasilkan oleh orang malaysia.

Orang eropah plak kuat derianya pada mata. Mereka boleh tengok fesyen yang pelbagai di negara mereka. bahkan berbogel di anggap biasa. sanggup berjam menghadap lukisan yang punya seni tersendiri.
Orang kita banyak tiru fesyen dari barat,apatah lagi untuk menghadap seni lukisan..boring!!!!

Makanya,deria kita punya senstiviti yang tersendiri....


0 comments:

Taujihad