Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

January 4, 2010

ketika itu 2..

ketika itu..
"nuar tertekan la mak.."
Ya Allah..seolah-olah diri ini tidak boleh menerima ujianMu
"kau juga selalu cakap,ujian Allah ini kan tanda sayang Allah pada kita"
aku tersentak
kata emak menenangkan hatiku
betul-betul membuatkan aku kembali sedar
terima kasih emak

ketika itu..
aku teruskan berdoa kepada Allah
moga diteruskan hidup ini dan diberi kekuatan
solatku dalam keadaan duduk
air tidak putus-putus masuk ke dalam tubuhku
terasa payah
apa yang aku hadapi kini??

ketika itu..
kitabullah menjadi temanku
satu persatu ku alunkan
cuba merasai ke seluruh tubuhku
hanya yang aku harapakan
Ya Allah...berilah ketenangan padaku..
tenangkan aku dengan ujianMu

ketika itu..
Allah juga memberitahu aku
mengenali erti sahabat sebenar
aku bukan minta simpati
hanya mencari sahabat sejati
langsung tiada kabar
mungkin ini juga untuk aku yang selama ini tidak menghargai
erti sebuah persahabatan

ketika itu..
doktor kata"awak nak tukar bilik ea.."
aku mengangguk
kerisauan memikirkan kos bayaran yang pastinya tinggi
aku dipindah di dorm
bersamaku dua orang cina
katilku di sebelah tingkap
dapat juga aku memerhati keadaan di luar

ketika itu..
hari ke 5 aku berada di hospital putra
"doktor..bila saya boleh balik?"
"platlet awak tak naik..kita tengok macamane nanti ye.."
menjangkakan aku akan lebih lama di sini

ketika itu..
emak datang meminta untuk aku ditukarkan ke hospital kerajaan
doktor membenarkan
segala urusan di uruskan pihak hospital
bila akan berakhir semua ini??

ketika itu..
aku hanya menunggu masa untuk dipindahkan
dalam kepala ku memikirkan berapa agaknya bayaran
emak dan ayah menguruskan pembayaran di bawah

ketika itu..
"mak dah bayar nanti pindah hospital.."
"berapa mak?"
"RM 10 ribu.."
aku terdiam
bersalahnya aku rasakan
tak sudah-sudah menyusahkan emak dan ayah
aku menangis
sekali lagi ya Allah...besar ujianMU

ketika itu..
tiada apa yang aku fikirkan
mana nak dapat duit tu..
aku malu nak tanya
malu...sebab aku menyusahkan mereka
emak..ayah..
tidak terdaya aku membalasnya
doaku sentiasa buatmu
maafkan diriku ini

ketika itu..
aku..

bersambung lagi..

9 comments:

HudaBanny said...

pagi2 kak ngah bace dah sedih...huhuhu...
duit boleh dicari...blajar rajin-rajin...boleh tolong adik2 pula..

Ayah said...

Ayah tak sedih pun.
Yang ayah sedih kalau anak-anak tidak menjadi orang yang berguna kepada keluarga, agama, masyarakat, bangsa dan negara.

Dalam dunia sekarang...DUIT adalah segala-galanya. Nak makan - duit. Nak berjalan - duit, kalau sakit - duit. Hatta nak buang air pun perlukan duit! Bagaimana nak dapatkan DUIT? Kena kerja yang boleh dapat banyak DUIT. Bagaimana nak dapatkan kerja yang boleh dapat banyak DUIT? Secara logik.....ilmu mesti banyak. Ilmu itu boleh disemakan dengan kelulusan kita.

Secara ringkas:
BELAJAR RAJIN-RAJIN - LULUS YANG BAIK - DAPAT KERJA YANG BAIK - TERIMA UPAH (GAJI) YANG BAIK! Tiada orang akan membantu kita, kecuali ilmu yang kita ada.

Bila ayah dah berusia begini, barulah ayah tahu erti sebenar pantun Melayu:
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.....

HudaBanny said...

apa maksudnye ayah?

srikandi said...

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.....
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian....

tak mengapa rasa susah sekarang..insyaAllah kita bakal mendapat sesuatu yang lebih baik pada masa hadapan..

Anonymous said...

saya kurang bersetuju bila dikatakan duit adalah segala-galanya..yang paling nak capai redha Allah.

seseorang yang lemah,miskin dan bodoh tidak akan merasa terhina dengan kelemahan,kemiskinan dan kebodohannya kerana hidup bukan dinilai dari benda itu tetapi dari apa yang akan diperolehi dari Allah.

begitu juga yang senang,berkuasa,dan berilmu tidak akn berbangga dengan semua itu kerana dia tahu semua itu tidak bererti jika ia diletakkan bertentangan dengan perintah Allah.

begitu juga yang berlaku kepada para sahabat yang membahagikan semua hartanya di jalan Allah.tiada apa pada mereka selain Allah dan rasul.

Tidak dinafikan kepentingan harta tetapi ia bukanlah SEGALA-GALANYA.

sekadar renungan diri

Ayah said...

ALLAH ADALAH SEGALA-GALANYA. Usah dipertikai. Memang tidak ada orang yang pertikaikan. Saya juga tida pertikaikan. Ilmu pun berbagai-bagai. Ada ilmu baik dan ada ilmu yang tidak baik. Kita sebut ilmu yang baik. Mencari ilmu yang baik BERMAKSUD ilmu yang diredai Allah, termasuk ilmu untuk bagaimana mendapatkan kebahagian di dunia dan di akhirat.
Ada orang yang mencari kebahagian akhirat sahaja. Mereka meninggalkan anak dan isteri berhari-hari, berminggu-minggu malah ada yang berbulan-bulan dan bertahun. Dengan alasan berdakwah. Sedangkan anak dan isterinya di rumah diabaikan (Banyak terdapat di negara kita). Kata mereka ulat dalam batu pun boleh hidup...
Saya tidak menentang pendapat anda. Tetapi mungkin anda terpesong sedikit dalam memahami ayat-ayat saya.

HudaBanny said...

kata-kata ayah hanya yg faham akan memahami..untuk Anonymous, jgn salah erti..sbb kami faham maksud ayah.... :)

Anonymous said...

mereka keluar berdakwah bukan tidak meninggalkan apa2..kita tak kaji sepenuhnya.mereka juga beri nafkah.ada juga dikalangan kita yang kerja hebat gaji banyak,g kursus sana sini,tapi untuk family tak bagi jugak.asik takde duit saja.duit untuk dia dan kawan-kwan saja.

ermm..masing-masing punya pendapat sendiri.untuk encik ateh maaf la ye.
tahniah ada anak macam anuar ni.

Banafsaji said...

Nuar2x.. itu baru ujian kecik nuar. nta x pernah rasa bagaimana Allah uji keimanan hambaNYa. Allah bolak balikkan hati, Allah goncangkan iman & aqidah. Hanya Allah sahaja yang tahu rahsia setiap ujianNya itu. Semoga kita sentiasa bersyukur dgn nikmat Iman & Islam, dan juga bersyukur dgn setiap rezeki yg kita kecapi setiap hari. wang ringgit boleh dicari tapi kasih ibu & ayah samapi mati, mereka menberi kasih tanpa syarat.. lihat! betapa tulusnya kasih ayah & ibu untuk anak2. semoga kita menjadi anak yang tahu bersyukur & tdk sekali2 mengabaikan ayah & ibu.. "ayah & ibu.. ayah & ibu.. itulah permulaan kami..."

Taujihad