Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

December 31, 2009

ketika itu..

Ketika itu...
Jam menunjukkan pukul 11.00 pagi
kehadirannya juga tidak muncul tiba
katanya 10.oo pagi
aku tetap sabar menanti

ketika itu..
terbayang difikiranku
wajah mak dan ayah
riak wajah yang sedang menunggu kehadiran anaknya
berbuka puasa bersama
suatu kenangan terindah

ketika itu..
kepalaku berpinar
dadaku sakit
badanku kurang selesa
barangkali kesannya tidur lewat

ketika itu..
hadir juga kakakku,uda
bersama suaminya dengan saga BKF****
sepakat pulang ke kampung halaman
tunggu kehadiranku,Yong Peng

ketika itu..
perjalanan yang jauh
sunyi tapi dihiburkan dengan halwa telinga yang
kadangkala mengasyikkan
adkalanya memboringkan
sambil memerhatikan lukisan alam

ketika itu..
keresahan mula melanda diriku
gelisah tidak menentu
kakiku sejuk..panas..serba tak kena
mula merasakan aku ditimpa musibah
demam..

ketika itu..
bangun dan tidur silih berganti
arghhh...kondisiku tidak stabil
bila agaknya boleh sampai ke rumah

ketika itu..
menunggu saat berbuka bersama
mak masak bubur lambuk
sedapnye

ketika itu..
aku tidak selera untuk menelan apa yang terhidang
hanya memerhati
nafsu seleraku mati
hanya meneguk air masak
mereka asyik menjamu selera
aku terlantar baring
terawikh pun tak pergi

ketika itu..
keadaan seperti separuh gila
seperti putus cinta
ada juga seperti orang yang tidak kenal identiti sendiri
tidur malamku terganggu
terasa tidur lama tapi hakikatnya hanya 1jam aku tidur

ketika itu..
mak membawaku ke klinik
suhu mencecah 39 darjah celcisus
gile...
doktor hanya suruh makan ubat

ketika itu..
keadaanku semakin kusut
akhirnya aku dibawa ke hospital

ketika itu..
"awak makan ubat ni..lepas dua hari datang balik.kita tengok platlet awak"
seperti biasa..ambil ubat dan balik.

ketika itu..
takde kesan!!
ayah bawaku ke hospital putra
jalani saringan H1N1
"ubat yang doktor bagi awak sebelum ni ubat H1N1..tapi awak takde simptom H1N1"
barangkali denggi

ketika itu..
aku terbaring di katil
gelisah dan terus gelisah
darahku di ambil
aku di tahan di wad
hanya aku seorng di wad itu ditemani tv
"kita tak dapat kesan lagi sakit awak apa.kene tunggu ujian H1N1. kemungkinan ada..sebagai langkah berjaga-jaga kena asingkan awak"
terasa diri ini menyusahkan ayah
mewahhh...berapa agaknya

ketika itu..
aku hanya tidur
ayah dan emak silih berganti datang
makanan yang kumakan ku muntahkan semula

ketika itu..
harian doktor check aku
like always..platlet xturun
demam tak stabil..38.5..37 darjah celcius..
3kali sehari jarum menusuk tubuhku
darahku diambil

ketika itu..
"cuba awak gerakkan tangan awak..susah la nak ambil darah"
jam menunujkkan jam 5.00pagi
"susahnya..awak tahan ea.."
jarum menyucuk ke kakiku..pertama kali dalam sejarah.
aku hanya memerhati.tidak mampu melawan..

ketika itu..
tanpa disedari sudah 4hari aku berada di wad
hanya ditemani tv..
demamku sudah kebah tapi..platlet belum juga naik
mak datang bawa sup ketam
terima kasih mak..

ketika itu..


bersambung..

p/s:kesedihan melanda diriku tatkala mengarang cerita ini..hanya Allah lebih mengetahui

4 comments:

Jururawat said...

Sakit itu ada himahnya..

bondamu said...

sedih mak baca cerita awak.itu Allah beri ujian yang menguji keimanan kita.beruntung emak dan ayah masih ada,kalau tiada lagi sedih.Jagalah kesihatan awak selalu dan mak sentiasa mendoakan kesejahteraan awak.

princess said...

allah xkan bagi ujian pada kita jika kita tak mampu tuk hadapinya..hadapinya dengan redha pasti ada hikmah di sebalik sesuatu itu. Rahsia itu hanya Dia yang tahu

HudaBanny said...

kak ngah pon sedih.....
sbb kak ngah x dapat jaga awak mcm awak jaga kak ngah demam dulu...
kak ngah sentiasa doakan kesejahteraan semua..insyAllah....

Taujihad