Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

November 2, 2010

Praktikal...oh praktikal...

Tanpa disedari sudah 3tahun saya berada di UiTM Shah Alam. Macam baru semalam masuk. Hanya tinggal 3 baki semester sebelum saya melangkah keluar sebagai jurutera. Insyallah...

Sekarang saya berada di semester ke-5. Sem hadapan yang bakal tiba awal januari 2011 merupakan masa untuk saya menjalani latihan Industri. Saya telah pun memulakan gerak kerja dengan menghantar resume dan segala dokumen yang perlu diserahkan kepada syarikat yang dimohon.

Tapi...

Sehingga sekarang permohonan saya tidak diterima. Sebanyak enam permohonan telah saya lakukan. Keputusannya: 5 permohonan ditolak atas sebab syarikat tidak menerima pelajar praktikal dan kuota sudah dipenuhi. Manakala 1 lagi masih tergantung.

Pada awalnya saya hanya memohon satu tempat sahaja memandangkan ianya arahan daripada Fakulti. Ini disebabkan berlakunya masalah yang terjadi apabila pelajar memohon banyak tempat. Tapi apabila difikirkan,masalah itu dapat diatasi dengan baiknya tanpa mewujudkan masalah lain. Sebagai contoh,untuk menghasilkan tin minuman memerlukan 5 mesin,tetapi satu mesin telah mengalami kerosakan. Adakah perlu menghentikan pengeluaran atau hanya membaiki mesin yang rosak itu?

Itu yang saya pelajari dalam bidang saya. Its related about production. There have basic method to make production. ha...kan..hehe..

Ada orang tanya,bidang saya ni menjurus kepada apa?jawapan saya senang, kerja kat kilang.hehe.. Tapi kerja apa?cleaner pun ada kat kilang..hurmmm..bagus.soalan yang bagus.

Saya belajar dalam bidang mekanikal.major in manufacturing(pembuatan).Maksudnya,untuk menghasilkan sesuatu produk,perlu melalui prosesnya.proses itu di panggil pembuatan. Produk itu pula tidak kira apa pun samada makanan mahupun produk kejuruteraan(besi/aluminium dll). Tetapi dalam bidang saya (kejuruteraan),ia melibatkan mesin/proses untuk menghasilkan produk tersebut.ok?harap semua faham ye..


sepatutnya saya sudah boleh berada di kampung dan bercuti. tapi disebabkan tempat untuk latihan industri masih belum dapat,maka saya terpaksa meneruskan kehidupan di Shah Alam ini.

Bila ditanya,"kenapa tak nak praktikal di johor?"
Saya bukan taknak di Johor. Terlalu banyak peluang di sana memandangkan dahulunya saya belajar di sana. Tapi apa yang saya fikirkan mengenai rumah sewa dan bermacam lagi urusan yang perlu dilakukan untuk praktikal di Johor. Jadi saya membuat keputusan untuk praktikal di Shah Alam sahaja.

Esok saya akan menjadi mat despatch atau posmen untuk serahkan resume saya kepada company yang telah menjadi sasaran saya. Hopefully ada la yang tersangkut..doakan ye.

4 comments:

سوفي منصور said...

insya Allah...
teruskan usaha...

Anonymous said...

salam sahabat...
org kate nasib la tu, ble mana hantar 5/6 je, terus dpt. sy cadangkan hantar lagi 10 ke 15 permhnan...mdh2an berjaya!

Anonymous said...

kifarah atas dosa yang awk pernah lakukan pada orang..mungkin allah nak balas ngan cara ni..fikir2kanlah selamat beramal

sebaik-baik cahaya said...

terima kasih..moga Allah mengampunkan dosa yang saya lakukan samada sengaja atau pun tidak sengaja..

Taujihad