Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

November 17, 2011

Minggu yang menyulitkan

Sem ni aku semester ke 7. Tahun ke-4. Lama kan? Sebab tu jumpa kawan-kawan dorang tanya aku bila nak habis?extend ke?opsss...aku masih lagi di landasan ye..kalau korang rasa lama,aku yang blaja ni faham-faham la.huhu..sem depan ada satu sem lagi. Insyallah kalau takde masalah aku akan grade bulan 7 sem depan. Doakan..amin.


Semester 7 biasanya semester paling sibuk sebab nya semester 7 ni baru dapat tajuk final project. So kena buat research banyak. Buat proposal kene reject 2,3 kali tu biasa la. Tapi sem depan (sem 8) ok la sikit sebab tinggal masuk lab dan buat eksperimen je untuk dapatkan data. Tambahan pula sem ni kena buat project lain la. roject ni fasa ke-2. Aku kene manufact boat....paddle boat.kegunaan untuk berekreasi. Kalau tenggelam boat ni,maka tenggelam la orang yang naik tu.Kalau buat yang biasa dah ada takpe..ni kena portable.boleh lipat-lipart..huhu...


Makanya, sem ini amat memenatkan. Berulang alik ke bengkel..sehingga lewat malam. Mengadap laptop dengan lamanya untuk membaca journal. Disusuli dengan assignment dan test. warghhhh...

Sehinggakan test semalam aku culas. Sedih rasanya. Entah apa aku fikirkan pun tak tahu. Dari awal lectrure bagi tahu soalan 4,jawab 2. Aku pun mmg dan mentioned perkara tu. Test sejam je. Setengah jam pertama aku dah siap satu soalan. Tapi aku pelik,biasa aku tak cukup masa nak jawab. Lalu aku pun menyemak semula jawapan aku dan sempat melakukan correction selama setengah jam keduanya. Maka tamatlah test aku dengan hanya menjawab 1soalan.

Aku tak sedar perkara ni sehinggalah balik ke rumah,roomate aku tanya jawab soalan berapa?aku jawab soalan no.3. Dia tanya soalan lagi satu apa?aku dah buat muka pelik...kan ada DUA SOALAN....dia ingatkan aku...

"TIDAKKKKKKKKKK....."huhuhuhuhu


Padahal aku la yang ingatkan dia jawab dua soalan.mmmm...redha je la...mood aku pun tak stabil malam tu.

Sem ni jugak aku terpaksa ambil suplement vitamin untuk tenaga..badan tak penat tapi otak sangatttt penat.maka akan memberi kesan kepada fizikal kita. lalu aku pun ambil la Executive B yang telah disarankan oleh doktor peribadi...huahua...

Kesimpulannya...waa...mcm buat karangan. Sem ni memerlukan kekuatan dan ketabahan untuk menyelesaikan tugas-tugas ini..Ya,zaman bekerja dan belajar sesuatu yang berbeza...tapi ni zaman aku,aku cerita la....ishhhhhh...

doakan la moga aku dipermudahkan...amin...

1 comments:

naziyatul fatihah said...

hehehe...

gudluck dude for ur final project.jangan stress sangat.nnti kuliah kemana..sakit je datang. :)
hidup mesti chill :D

Taujihad