Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

March 23, 2012

Adakah kita celupan Allah?

Allah swt berfirman:
"Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam yang kami telah sebati dengannya ialah) celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kamu dengan corak Islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan padaNyalah kami beribadat." 
(Al Baqarah:138)

zaman sekarang merupakan zaman yang sangat mencabar dan hanya sedikit manusia yang mengenali hakikat sebenar sebagai seorang muslim. Tidak mengenali lagi siapakah muslim sebenar kerana sikap, perangai, misi, visi dan keseluruhan cara hidup muslim tidak lagi menampakkan ciri-ciri keIslaman.

Hari ini manusia keliru di antara bangsa dan agama mana yang lebih mulia...
Manusia keliru mana yang patut diperjuangkan...
Kita tidak tahu mana satu yang menjadi kebanggaan Allah dan Rasul..



Bahkan Nabi saw telah bersabda bahawa:
"Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya."( riwayat baihaqi)

Maka, untuk mewarnakan semula kehidupan kita sebagai seorang muslim kepada Islam yang sebenar adalah dengan sibghah Allah (celupan Allah) sebagaimana yang telah difirmankan Allah swt di atas.

Pernah kita merendam pakaian putih kita menggunakan nila? bagaimana sekiranya jika nila itu tidak sebati?sekalipun sebati,jika baju tidak direndamkan sepenuhnya,apa yang akan berlaku?


Sudah pasti baju itu akan bertompok dan tidak lagi cantik untuk dipakai...mungkin perlu di 'clorox' semula...

Yang dimaksudkan dengan "celupan Allah" ialah "Celupan Islam". Agama Islam merupakan celupan secara pinjaman atau kita boleh katakan bukan yang hakiki kerana sikap, amalan, tidakan pada diri orang yang beragama sepertimana kesan celupan ke atas kain.

Seorang muslim memiliki keistimewaan dengan celupan Allah. Dengan celupan akan nampak nyata pada akidah, gambaran, matlamat dan tujuan hidupnya. Dengan itu juga kita perlu menegenepikan hawa nafsu dengan meninggalkan perkara yang bercanggah dengan tuntutan Islam. Maka Islam tidak boleh diserpihkan atau diasingkan di antara bahagiannya. Tidak harus mengambil mana yang perlu dan menolak mana yang tidak sesuai dengan kehidupan.

Allah swt berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam agama Islam keseluruhannya(dengan mematuhi) segala hukum hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata."( Al Baqarah:208)

Kita sering saja inginkan pakaian atau barangan yang original....tapi adakah kita benar-benar menjadi muslim yang original??

bersambung:bagaimana untuk memiliki celupan Allah.

0 comments:

Taujihad