Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

April 27, 2011

Aku, Isabella dan Tok Kenali

Selesai sudah aku membaca Travelog Hidayah: Aku, Isabella dan Tok Kenali. Buku yang mengisahkan seorang manusia yang hidupnya dikelilingi orang yang agama tapi memilih untuk hidup tanpa panduan. Tapi begitulah dikatakan Hidaya Milik Allah. Beberapa peristiwa telah merubah fikirannya untuk menjadi manusia yang lebih bererti disisi Allah.

Usahlah untukku bercerita panjang...silalah beli dan baca...dan HAYATILAH.....

Tajuk Buku: Travelog Hidayah: Aku, Isabella dan Tok Kenali
Penulis : Bob Lokman dan Ustaz Riduan Mohamad Nor
Terbitan : Jundi Resources
Cetakan : Mac 2011
Jumlah Halaman : 157 mukasurat
Anak remaja ini seolah-olah melepaskan rasa dendam semasa kecilnya yang dipasung oleh bapa yang sangat prihatin dengan akhlak anaknya. Ini kerana mereka adalah legasi Tok Kenali, ulama tersohor Tanah Serendah Sekebun Bunga. Dia menggelinjang keseronokan berada di wilayah baru tanpa ayah garang yang melotot pandangan mata yang tajam. Dia berlari sesuka hati dan menjadi tarikan pesona kepada bajingan tengik di asrama yang ditakluknya sebagai ‘wilayah jajahan’.
Hukum karma akhirnya menerkam dan menikam ubun-ubunnya yang hijau di dataran kehidupan yang berupa pentas opera. Bob Lokman terkucil dengan keonaran yang diciptanya sendiri. Dia terhukum kejam dengan dibuang asrama. Bagaimana akhirnya anak muda kail panjang sejengkal ini mengharungi hidup selepas SPM dan tanpa kertas maruah yang bernama ijazah, beliau menempuh carut-marut kehidupan di tengah bandaraya Kuala Lumpur yang tidak bersahabat dengan manusia malas. Dia menjadi pemandu bas dengan menyanyi riang di tengah hiruk-pikuk anak sekolah yang melemaskan, berniaga kecil-kecilan untuk menampung kehidupan, dan menjadi kuli kasar di gedung studio.
Bob Lokman akhirnya terselit di tengah-tengah fenomena rock pada dekad 1980-an. Dia menjadi pencipta lirik yang akhirnya di tengah keriuhan anak seniman, dia terus membina nama di persada seni tanah air. Bob Lokman tersungkur dengan kegemerlapan namanya. Dia tersadung dengan kesakitan. Keperitan dan kejerihan hidup bertindan-tindih menerpa, meluluh lantak jiwa seorang bapa dan suami. Ujian demi ujian yang akhirnya menyeruak dunia kegelapan kepada jalan hidup berfikir.
Dia akhirnya menyapa hidayah Tuhan yang datang, dan kini sanggup berdada dengan sebongkah ujian. Dia sanggup menjalani kehidupan yang sederhana, membuang pakaian kesombongan yang dipakainya dalam dunia seni dengan seribu sihir yang memukau. Dia telah merasai dunia ketawa, dan kini tibalah masanya untuk dunia menangis, bersama gerakan Islam untuk memanggil insan lain bagi bersama-sama merengkuh kasih-sayang Tuhan, Sang Pencipta yang penuh dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
“Aku akan mati berjuang bersama dakwah dengan panduan alim ulama. Doakan aku teman…” ujar Bob Lokman dengan lirih, juga memanggil seluruh peminatnya untuk berada di jalan hidayah ini. – TRAVELOG HIDAYAH : AKU, ISABELLA DAN TOK KENALI.

0 comments:

Taujihad