Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

April 6, 2011

sekali memancing tak dapat. Kalau hari-hari memancing?

Kelihatan Ali sugul apabila matakailnya tidak disambar ikan. Pulangnya ke rumah dengan hampa. Tetapi keazamannya yang tinggi, setiap hari Ali pergi memancing. Walaupun seketika cuma. Dalam dia berusaha bersungguh-sungguh memancing.....



Wahhhh!!! aku dapat ikan besar. Besar punya!!!!

Begitulah yang ingin aku gambarkan kepada semua. Perjalanan hidup manusia yang mengharapkan hidayah Allah SWT. Di awalnya diuji dengan kesedihan, tetapi diakhirnya penuh dengan kemanisan.

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” 
[al-Ankabut, ayat 69]

Allah SWT menjadikan segala yang ada disekeliling kita supaya kita memerhati dengan iman. Memerhati dan kesimpulannya dikembalikan kepada Allah. Kejadian semut yang kecil,mampu membina mahligai. Bahkan gigitannya mampu membuatkan kita menjerit. Bukankah di situ ada sesuatu yang perlu kita fikirkan? Pastinya bukan bentuk fizikal yang dilihat Allah,tetapi amalan dan taqwa kita disisi Allah.

Dalam perkongsian ini, Aku nak kita kenal siapa Tuhan kita. Siapa yang kita sembah siang dan malam.Itulah Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.  

Walaupun diri kita penuh dosa dan noda, Nabi ajar jangan tinggalkan majlis ilmu. Walaupun dibelakangnya kita buat maksiat. Sebab kita tak tahu hidayah tu milik Allah. Nak g majlis ilmu tu kira gagah la jugak. Sebab kalau diri ni buat maksiat sokmo,hati gelap. Orang pesan mana pun tak nak dengar. Duduk dalam majlis ilmu. walaupun tak suke...

Rasulullah saw. bersabda: Menuntut ilmu wajib atas setiap Muslim (HR Ibnu Majah).

Dalam hadis lain dikatakan, “Jadilah kamu orang berilmu, atau pencari ilmu, atau pendengar (ilmu), atau pecinta (ilmu) jangan menjadi yang kelima (orang bodoh) nanti kamu binasa.” (Lihat: Al-Fathul Kabir, I/204).
 
Haaa....tengok tu. Jangan jadi orang ke-lima. Binasa beb!! Ilmu agama kena cari.belajar...cari..belajar..

Lepas tu,kita kena bergaul dengan ulama atau orang soleh sebab kita ni tak macam dorang. takkan nak cari kawan yang 2x5 dengan kita juga. sebab golongan ni yang akan betulkan kita kalau kita silap.

Rasulullah pernah mengingatkan, maksudnya:

“Sesungguhnya perumpamaan teman yang shalih dan teman yang buruk hanyalah seumpama pembawa minyak wangi dan peniup tungku api seorang tukang besi. Bagi pembawa minyak wangi, boleh jadi sama ada dia memberinya kepada kamu (minyak wangi) atau kamu membeli daripadanya (minyak wangi) atau kamu mendapat bau harum daripadanya. Bagi peniup tungku api seorang tukang besi, boleh jadi sama ada ia akan membakar pakaian kamu (kerana kesan tiupan api) atau kamu mendapat bau yang tidak sedap daripadanya (bau besi).” 
[Diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2628].


So, kita kene berubah. nak berubah kene usaha. kalau kita nak gaji kita naik,nak bos suka.mesti kita kerja rajin-rajin.betul x?nak rumah besar,kete besar mesti perlukan duit.betul x?

Macam tu la kita dengan Allah. Nak jadi insan yang Allah sayang dan suka,mestilah kita buat apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang. Kalau kat dunia perlukan duit,tapi akhirat perlukan pahala!barulah dapat syurga Allah...lebih hebat dari rumah besar kita! best x?

wallahualam 

1 comments:

✿manis cili✿ said...

Best!! tak guna pakai duit pun nak wat umah.

suka entry nih ^^

Taujihad