Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

April 29, 2011

Adakah ini profession aku?

AKu dijemput untuk menghadiri kursus imam anjuran JAIS. Imam masjid tempat aku minta aku pergi dengan dia. Kursus ini akan memberikan sijil untuk aku diiktiraf sebagai imam. Selepas ini bermulalah episod aku menjadi imam muda=)

April 27, 2011

Aku, Isabella dan Tok Kenali

Selesai sudah aku membaca Travelog Hidayah: Aku, Isabella dan Tok Kenali. Buku yang mengisahkan seorang manusia yang hidupnya dikelilingi orang yang agama tapi memilih untuk hidup tanpa panduan. Tapi begitulah dikatakan Hidaya Milik Allah. Beberapa peristiwa telah merubah fikirannya untuk menjadi manusia yang lebih bererti disisi Allah.

Usahlah untukku bercerita panjang...silalah beli dan baca...dan HAYATILAH.....

Tajuk Buku: Travelog Hidayah: Aku, Isabella dan Tok Kenali
Penulis : Bob Lokman dan Ustaz Riduan Mohamad Nor
Terbitan : Jundi Resources
Cetakan : Mac 2011
Jumlah Halaman : 157 mukasurat
Anak remaja ini seolah-olah melepaskan rasa dendam semasa kecilnya yang dipasung oleh bapa yang sangat prihatin dengan akhlak anaknya. Ini kerana mereka adalah legasi Tok Kenali, ulama tersohor Tanah Serendah Sekebun Bunga. Dia menggelinjang keseronokan berada di wilayah baru tanpa ayah garang yang melotot pandangan mata yang tajam. Dia berlari sesuka hati dan menjadi tarikan pesona kepada bajingan tengik di asrama yang ditakluknya sebagai ‘wilayah jajahan’.
Hukum karma akhirnya menerkam dan menikam ubun-ubunnya yang hijau di dataran kehidupan yang berupa pentas opera. Bob Lokman terkucil dengan keonaran yang diciptanya sendiri. Dia terhukum kejam dengan dibuang asrama. Bagaimana akhirnya anak muda kail panjang sejengkal ini mengharungi hidup selepas SPM dan tanpa kertas maruah yang bernama ijazah, beliau menempuh carut-marut kehidupan di tengah bandaraya Kuala Lumpur yang tidak bersahabat dengan manusia malas. Dia menjadi pemandu bas dengan menyanyi riang di tengah hiruk-pikuk anak sekolah yang melemaskan, berniaga kecil-kecilan untuk menampung kehidupan, dan menjadi kuli kasar di gedung studio.
Bob Lokman akhirnya terselit di tengah-tengah fenomena rock pada dekad 1980-an. Dia menjadi pencipta lirik yang akhirnya di tengah keriuhan anak seniman, dia terus membina nama di persada seni tanah air. Bob Lokman tersungkur dengan kegemerlapan namanya. Dia tersadung dengan kesakitan. Keperitan dan kejerihan hidup bertindan-tindih menerpa, meluluh lantak jiwa seorang bapa dan suami. Ujian demi ujian yang akhirnya menyeruak dunia kegelapan kepada jalan hidup berfikir.
Dia akhirnya menyapa hidayah Tuhan yang datang, dan kini sanggup berdada dengan sebongkah ujian. Dia sanggup menjalani kehidupan yang sederhana, membuang pakaian kesombongan yang dipakainya dalam dunia seni dengan seribu sihir yang memukau. Dia telah merasai dunia ketawa, dan kini tibalah masanya untuk dunia menangis, bersama gerakan Islam untuk memanggil insan lain bagi bersama-sama merengkuh kasih-sayang Tuhan, Sang Pencipta yang penuh dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
“Aku akan mati berjuang bersama dakwah dengan panduan alim ulama. Doakan aku teman…” ujar Bob Lokman dengan lirih, juga memanggil seluruh peminatnya untuk berada di jalan hidayah ini. – TRAVELOG HIDAYAH : AKU, ISABELLA DAN TOK KENALI.

April 6, 2011

sekali memancing tak dapat. Kalau hari-hari memancing?

Kelihatan Ali sugul apabila matakailnya tidak disambar ikan. Pulangnya ke rumah dengan hampa. Tetapi keazamannya yang tinggi, setiap hari Ali pergi memancing. Walaupun seketika cuma. Dalam dia berusaha bersungguh-sungguh memancing.....

April 1, 2011

Spirulina

spirulina

Merupakan sejenis rumpai laut berwarna biru kehijauan dan telah digunakan sejak berkurun lamanya sebagai sumber pemakanan kesihatan dan perawatan di semua peringkat umur. 
 
Sumber anti toksik yang tinggi sesuai dijadikan amalan harian untuk masyarakat hari ini yang terdedah kepada makanan dan minuman yang mengandungi toksid, yang menurunkan imunisasi dan menyebabkan perbagai penyakit. Spirulina mudah diserap ke dalam tubuh badan yang amat sesuai setiap peringkat umur.

Kelebihan spirulina adalah seperti berikut :
  1. Bertindak sebagai anti virus
  2. Menurunkan kadar kolesterol.
  3. Menaikkan imunisasi badan.
  4. Mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam.
  5. Beta karotin untuk menguatkan penglihatan.
  6. Vitamin B12 membantu membentuk sel darah merah dan sum-sum.
  7. Zat besi membantu menguatkan sel darah merah dan menguatkan pertahanan badan.
  8. Mengatasi kelemahan tubuh badan.
  9. Bahan pengganti khusus kepada kanak-kanak yang tidak suka makan sayur 
Keistimewaan Spirulina HPA:

Ia berbentuk kapsul yang mudah ditelan dan kurang bau, sesuai bagi yang tidak menyenangi bau asli spirulina. Bagi kanak-kanak, kapsulnya boleh dibuka dan dicampur dengan makanan atau minuman mereka.

No. pendaftaran Kementerian Kesihatan Malaysia MAL 20000887T
Harga=RM25

Untuk tempahan:nuar 0193486296

Taujihad