Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

February 12, 2012

Harapan padaMu subur kembali

Allah ciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian. Manusia ini lebih mulia dari malaikat dan binatang. Mulianya kita dari malaikat kerana kita dipilih oleh Allah sebagai khalifah di dunia. Sekalipun kita mengetahui kehebatan para malaikat, tetapi kehebatan para malaikat tidak mampu untuk mentadbir bumi. Sebab itu, Nabi dan Rasul adalah di kalangan manusia. Bukan malaikat.

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah"(Ali Imran: 110)

Bayangkan sekiranya malaikat mentadbir bumi ini, secara mudahnya kita tidak akan faham apa yang mereka ucapkan. Kehidupan para malaikat juga berbeza dengan kita. Manusia ada nafsu tapi tidak pada malaikat. Mana mungkin malaikat memahami cara hidup manusia. Maka hikmah pelantikan Nabi dan Rasul dari kalangan manusia adalah kerana mereka lebih memahami cara hidup sebagai manusia.




Namun tidak boleh dinafikan kehebatan yang ada oleh para malaikat. Allah SWT jadikan segala apa yang ada punyai hikmah tersendiri. Hatta semut yang kecil, menjadi iktibar pada manusia dalam semangat bekerjasama. Anjing yang hina menjadi teman ashabul kahfi. Dari sekecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara. Allahuakbar.

Walaubagaimanapun, 'sebaik-baik' kejadian manusia ini tidak bermakna manusia ini mampu melakukan semua perkara tanpa mengharap pertolongan dari sesiapa. Kehebatan saintis mampu mengkaji air terjadi dari gabungan atom hidrogen dan oksigen,tapi manusia tidak mampu menggabungkannya. Saintis tahu akan peredaran planet pada orbitnya, tapi saintis tidak mampu melakukannya.

Langit yang 'berdiri' tanpa tiang menjadikan manusia gila memikirnya...

Itulah manusia, hebat macamanapun  sebenarnya masih mengharapkan pertolongan Allah.

Kehidupan tidak akan ada serinya tanpa ujian dari Allah. Waktu itulah manusia akan kembali pada Allah untuk mengadu dan mengharap. Ujian tanda kasih sayang Allah pada hambaNya. Beruntunglah mereka yang diuji kerana Allah sedang perhatikan kita!

Aku percaya dan yakin, usai solat kita berdoa dan memohon pada Allah. Tapi 'bersungguh-sungguh' itu tidak disertakan sekali. Bagaimana kesungguhan kita bila nak mintak kerja? APa yang kita lakukan sebelum, semasa dan selepas?persediaan dokumen, mental dan fizikal. Hafalan fakta yang membantu sesi temuduga. Tidak lupa solat hajat dan doa yang bersungguh.

Adakah pengharapan kita kepada Allah begitu? Usaha itu penting. Tapi jangan dilupakan Allah yang 'menjadikannya'..

0 comments:

Taujihad