Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

December 7, 2011

Berceramah di Masjid Negeri Shah Alam

Selepas je kelas aku jam 10.30 pg aku berdesup ke masjid negeri yang hanya mengambil masa 5minit. Memenuhi jemputan berceramah..

Program daurah ini setiap kali cuti sekolah mesti ada. Yang pastinya kehadiran memang ramai. Seawal umur 7thn sehinggalah 17thn. Cuma kali ini aku diminta untuk bawa slot mengenai ibu bapa di hadapan adik-adik berumur 7thn-9thn. huhu...sungguh menguji jiwaku...



Aku lebih ke arah muhasabah sebab biasanya nak berceramah di hadapan kanak-kanak ribena ini seumpama aku berceramah dengan tiang,kerusi dan segala apa yang 'mati'. Aku lebih banyak berinteraksi dengan adik-adik.

Sehingga la kemuncaknya bila mana aku memanggil adik-adik yang ibu atau bapanya sudah tiada. Aku tanya satu persatu. Sampai kepada seorang adik ini,aku terdiam...Ayah dan ibunya sudah tiada ketika dia berumur 4thn akibat kemalangan jalan raya. Hati kecil ku mengucap syukur pada Allah kerana masih lagi mempunyai ayah dan ibu.
adik-adik yang ayah atau ibu sudah tiada

Cuma aku kadang kala terkilan dengan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke program ini. Rata ingin melepaskan tanggungjawab untuk mendidik anak mereka. Mana taknya,keluar rumah waktu anak masih tidur,balik rumah anak dah tidur. Interaksi dengan anak melalui peti sejuk. Hanya note yang ditinggalkan untuk memberi pesanan.

Aku pernah didatangi seorang adik yang berumur 10thn. Dia kata,saya tak rasa ada ayah dan ibu. Saya lebih rapat dengan bibik saya. Saya dibesarkan dengan duit. Ayahnya bekerja sebagai jurutera, ibunya sebagai pegawai eksekutif. Banyak lagi masalah yang dilaburkan kepada aku. Aku hanya mampu mendiamkan diri.

Hidup di Shah Alam memang mencabar. Apatah lagi dalam mendidik anak yang keadaan sekeliling kadangkala lebih pantas membangun dari tumbesaran anak-anak. Kebanyakan mereka dibesarkan dengan wang ringgit. Agama.....terlalu jauh. Ada yang berkata," Macamana saya nak solat kalau ayah saya sendiri tak solat."

Begitulah dalam mendidik anak. Sekalipun aku belum berkahwin dan tidak punya anak. Tapi Islam telah mengajar kita. Nabi saw telah menunjukkan kepada kita cara mendidik anak. Mereka perlu dididik dengan agama. Anak akan melihat dan memerhati apa yang dibuat oleh ibu dan bapa. Kalau bapa pakai seluar pendek,anak juga akan bersleuar pendek. Kalau ibu bapa solat jemaah,anak juga akan ikut. Didik dengan agama, insyallah teratur hidupnya.

adik-adik comel


bersiap sedia

adik-adik laki yang nakal





tengah main game

gosok tangan laju-laju...

senyap

senyap




fasilitator






adik izad berbaju kuning yang sudah tiada ayah dan ibu








wallahualam

3 comments:

mak said...

tahniah dan bersyukur mak dapat anak yang ada talent menjadi seorang motivator.semuga apa yang dilalui menjadi pengalaman dan teladan kamu.mak doakan gar dipermudahkan segala apa yang kamu lalui dan agar kamu menjadi seorang motivator seperti dato'Fadillah Kamsah ke pada masa akan datang!aminn.........

SEBAIK-BAIK CAHAYA said...

aminnn... terima kasih mak.terharu aku membacanya.. doa dari emak dan ayah yang bisa menjadikan anaknya berjaya dan diberkati.

"Redha Allah bergantung kepada redha ibu bapa,murka Allah juga bergantung kepada murka ibu bapa" -Hadith riwayat Al Hakim

MemaLI said...

bravo bro..terbaikk

Taujihad