Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

April 20, 2012

Imam muda dan dakwah

"dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." 
(Al Baqarah;186)

Aku mulakan dengan memujiMu Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Penantian Imam Muda berakhir. Secara realitinya aku gagal kerana tidak dapat ke peringkat seterusnya. Tetapi hakikatnya aku mengetahui ada sesuatu yang Allah rancang untuk hambanNya.

Aku dimaklumkan ahad ini, top 25 calon Imam Muda akan berkampung di astro selama seminggu untuk pemilihan 10 calon Imam Muda. Selamat berjuang bakal Imam Muda.

Merenung jauh dalam kehidupan ini, aku yakin dengan perencanaan Allah. Bila ditanya kepadaku, kepada aku nak masuk Imam Muda? Jawapanku sudah pasti ingin menjadikan skop dakwah aku lebih luas pada masa yang sama mengasah lagi skill seorang daie.

Pertanyaan demi pertanyaan aku cuba jelaskan..
Apa ruang yang ada sekarang tak mampu untuk aku berdakwah?
Bukan begitu,apalah sangat ruang yang aku ada sekadar lulusan mekanikal yang tidak layak berbicara tentang agama. Apa salahnya untuk aku jadikan Imam Muda sebagai batu loncatan berada di medan dakwah.

Dakwah ini tidak diiringi kesenangan. Adakah aku mengambil langkah mudah dalam berdakwah dengan menyertai Imam Muda?
Sunnatullahnya begitu. Malu dengan perjuangan Rasululullah yang padanya dihina dan difitnah segala macam. Jauh sekali aku ingin mengambil jalan mudah. Cuma keberadaan aku dalam Imam Muda itu nanti mampu membawa aku bersama dengan masyarakat. Bukankah posisi Rasululullah sebagai Ketua negara Islam memudahkan dakwah beliau menyebarkan Islam pada waktu itu. "Mudah" maksudku sebagai pembuka jalan...sekalipun Rasulullah sebagai Ketua Negara tetapi tetap juga diuji dalam perjuangan.

Lantas ditanya, masuk Imam Muda ni nak populariti ke?dan penting ke popular ni?
Sesiapa yang melakukan sesuatu dengan mengharapkan sesuatu selain Allah,maka amalannya tertolak. Sifat seorang daie seharusnya ikhlas kerana Allah dan tidak mengharapkan balasan. Populariti itu kita boleh katakan keberadaan kita di medan dakwah di angkat darjatnya dan disukai Allah dan Manusia. Namun, tidak dinafikan element popular itu menjadi kepentingan pada masa kini kerana ikon atau model seorang daie itu perlu diangkat dan dihebahkan agarnya ianya menjadi contoh kepada masyarakat. Sebagaimana, Islam itu diterjemahkan oleh Rasulullah saw di dalam kehidupan baginda. Maka masyarakat dapat melihat Islam melalui cantiknya kehidupan dan peribadi Rasulullah. Lantas kita melaung-laungkan bahawa Rasulullah adalah contoh terbaik dan perlu diwar-warkan kebaikan baginda.


Aku bersyukur kerana kehidupan aku berada di kampus menjadikan aku manusia yang kenal erit "khaira Ummat". Kampus yang didalamnya tiada fakulti Agama, bahkan silibus agama yang menjadi minoriti dalam pembelajaran menjadikan aku semakin cenderung untuk mendalami agama. Inilah nikmat terbesar yang patut aku syukuri. Menghadiri majlis ilmu, amar makruf nahi mungkar dan segalanya aku praktikalkan dalam memastikan diri menjadi khaira ummat.

Keberadaan aku berada di dalam Persatuan Mahasiswa Hadhari sebenarnya telah mengajar aku menjadi seorang daie. Persatuan inilah yang membawa aku ke dunia sebenar sebagai seorang muslim. Menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar. Bergerak sebagai agen Islam, dari seorang ke seorang, dari meja ke meja, mengedar risalah demi memastikan kesedaran tentang Islam dapat dikecapi bersama dengan masyarakat kampus.

Bukan suatu perkara yang mudah dalam nak berdakwah. Secara teorinya nampak mudah, tetapi praktikalnya sangat berat dihati dan perasaan. Takut, janggal dan malu. Semua itu aku atasi dengan keberadaan aku berada di dalam Skuad Penyayang PMH. Jarang pada kita untuk memberi peringatan atau teguran kepada teman untuk bersama-sama mengamalkan cara hidup Islam. Membesarkan Allah dan mengecilkan makhluk. Element yang sangat penting dalam berdakwah.


Berada di lapangan dakwah ini,bukanlah pekerjaan part time. Berbanggalah kerana kita sedang mewarisi kerja Rasulullah saw. Sekalipun kita berada di bidang kejuruteraan, akaun, sains dan sebagainya,ia bukanlah alasan untuk kita lari dari medan dakwah. Tanggungjawab ini berada di pundak setiap individu muslim.

Saya faham dan saya sedar,tapi saya tidak berani..
Iniliah persoalan yang sering timbul dikalangan kita ketika mana ingin memulakan langkah sebagai pendakwah...kita hendaklah......

bersambung

3 comments:

mawaddah said...

Inilah sunnah Rasulullah yg terbesar..Teruskan.. =)

mawaddah said...

Pengisian yg mantap. Syabas =)

Unknown said...

sangat baik utk dihayati ramai org... teruskan usaha dakwah...

Taujihad