Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA
Showing posts with label kisahku. Show all posts
Showing posts with label kisahku. Show all posts

June 11, 2009

NILAI..BERJUMPA KAWAN LAMA


Faliq..kawan sekolahku.Rasanya dah 4tahun tak jumpa. Faliq ni kawan semasa di SMKA Segamat dulu. Sekarang ni study di Kolej Universiti Islam Antarabangsa(KUIS) dalam bidang Law.Semua kawanku hebat belaka..saya je..huhu.Kebetulan saya berada di Nilai,saya pun contact dia..Dia memang nak jumpa sangat.So..jumpa la di tempat adik saya kawad, Nilai 3.

Satu cerita yang saya ingat tentang dia,saya selalu pinjam baju melayu merah dia sebab dulu saya join nasyid. Biasanye grup nasyid sekolah pakai baju merah. so,pinjam la baju dia sebab dia bersaiz besar macam saya.hehe..

Jumpa kawan lama ni best..lagi la kalau 4tahun tak jumpa.memang 4tahun punye cerita keluar.hehe..

May 22, 2009

TERINGAT KISAH DULU


"Nuar..amek adik."jerit ibuku yang mematikan lamunan mimpiku.
"Ha..kul 4ptg dah."kataku ringkas. dengan kadar segera saya mengambil adik bongsu saya,nurul balik dari sekolah agama.

Setibanya saya di sekolah, dia tak keluar lagi.tunggu sekejap sambil memerhatikan sekolah yang juga meninggalkan seribu kenangan buat saya..

Teringat masa sekolah dulu,saya dan abg saya,arif satu kelas. Pergi sekolah naik basikal.hehe..Pernah satu hari tu,abg saya tinggalkan saya.dia dah kat depan tp masih dapat dilihat.boleh kejar ni..hehe.Tiba-tiba...

"Arip!arip!!"jerit saya.
"gong..gong.."bunyi anjing menyalak.

Abg saya kene gigit anjing.huhu..seluar sekolah dia koyak.saya dari jauh bawak laju-laju..sayang abg ni.ahakss...lepas tu tuan anjing datang bagi duit RM50..dan anjing tu berlalu begitu saja..nasib baik kau anjing!hehe...

Itulah salah satu kenangan yang saya ingat sampai bila-bila.hehe..saya ingat sebab bila amek adik saya mesti lalu jalan tu..

Taujihad