Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

November 13, 2009

KULIAH MAGHRIB

Asaalamualaikum

Harap peminat setia blog 'Sebaik-baik Cahaya' sihat sejahtera di bawah Rahmat Kasih Sayang Allah.

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua apa yang saya peroleh semasa mendengar kuliah maghrib tempoh hari.

"Hari Raya Korban"

Barangkali kita menganggap terlalu awal untuk membincangkan Hari Raya Aidiladha ini. Hakikatnya kita silap..Ini kerana:

1)Hari Raya Aidiladha lebih besar dari Hari Raya Aidilfitri. Ini kerana, kita dibenarkan bertakbir pada Hari raya Aidilfitri pada raya pertama saja. Sedangkan Hari raya Aidiladha membenarkan kita bertakbir selama 4 hari(10-13 Zulhijah).

2) Kalau Hari Raya Aidilfitri,kita war-warkan sebulan awal (di bulan Ramadhan) bahkan melalui televisyen sudah mempromosi cerita-serita yang ditayangkan pada hari raya ke-28. TETAPI Mengapa tidak pada Hari Raya Aidiladha kita war-warkan sebulan awal juga. bahkan sepatutnya lebih awal dari itu.

Inilah kesilapan yang kita terlepas pandang..

Sebagaimana yang berlaku pada zaman Nabi SAW ada dua perayaan yang disambut dan menjadi kemarahan Baginda, iaitu:

1)Perayaan Nairuz- menyambut perayaan dengan hiburan semata-mata

2)Perayaan Mahrajan- menyambutnya dengan hidangan yang enak-enak hingga membazir

Saya memerhatikan inilah yang berlaku di zaman kita sekarang. Tidak kira raya apa sekalipun, hiburan melampau-lampau.Masakan tidak raya pertama sudah ada "konsert bersama.....".

Kita juga dihidangkan makanan yang enak-enak selama sebulan. Kadangkala ianya menjadi satu pembaziran..

Bukankah hari raya kita memuji Allah S.W.T dengan takbir dan tahmid. Juga menilai sejauh mana perubahan taqwa kita kepada Allah.
Sama-sama kita renungkan..

Jom kita lihat pula apa yang dikatakan KORBAN.

Peritiswa korban sinonim dengan kisah penyembelihan Nabi Isa as yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim as. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah s.w.t di dalam surah As-Saffat,ayat 100-111:

Ayat ini memberitahu kita beberapa perkara;

1) Keimanan yang tinggi kepada Allah sehinggakan Nabi Ismail sanggup disembelih dan Nabi Ibrahim sebagai penyembelih semata-mata ianya adalah perintah dari Allah.

2)Membuktikan bahawa Allah s.w.t sedia menebus apa saja sebagai ganjaran kepada kita sekiranya berkorban demi agama Allah s.w.t. Sebagaimana Allah menebus nabi Ismail dengan seekor kibas kerana Nabi Ibrahim benar-benar melakukan suruhan Allah.

Adakah ini menunjukkan Allah zalim? Bukankah Allah boleh memberitahu Nabi Ibrahim supaya menyembelih seekor kibas?Tetapi kenapa Allah tukarkan dengan seekor kibas..Sungguh Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.

Maka perlu diketahui inilah ujian para Nabi dan Rasul kita. Ujian untuk menguji keimanan kepada Allah. Sebab mereka Nabi lah mereka mampu melaksanakannya.

Bagaimana kalau kita?Tidak mungkin akan berlaku kerana:

1) Allah tahu sejauh mana keimanan umat akhir zaman

2) Tiada lagi wahyu selepas wafatnya Nabi Muhammad saw

3) barangkali kita berkata "ayahku seorang gila" dan "anakku pun gila sama"

P/S:tapi hari ni banyak kes bunuh sebab apa ek?

Inilah sunnatullah..Ujian yang Allah berikan kepada kita bergantung dengan kesanggupan kita untuk menguji keimanan kita kepada Allah. Maka Allah telah menjelaskan di dalam surah Al Ankabut ayat 2-3:

"Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta."

(Al Ankabut:2-3)


Dimaklumkan akan berlaku nanti semasa Hari Raya Aidiladha demonstrasi orang kafir di seluruh dunia sebagai protes terhadap orang Islam kerana membunuh binatang. Mereka mengatakan Islam itu zalim. Adakah Ianya zalim? Sekiranya persoalan ini diajukan kepada anda,apa yang anda akan jawab? Barangkali kita hanya mengatakan "Inilah agama kami" atau "nanti saya tanya ustaz ye.."

Maka Muhammad Zakir yang merupakan anak didik kepada Ahmed Deedat (seorang pendebat Islam yang cukup hebat) juga merupakan seorang doktor di India telah melakukan kajian mengenai penyembelihan cara Islam. Adakah ianya menyakitkan?

Dan ini jawapan yang perlu kita sampaikan kepada orang kafir itu:

1) Penyembelihan Islam itu yang terbaik dan menyucikan

2) Menyucikan dari segala kekotoran dan sifat binatang itu ke dalam diri kita apabila kita memakannya.

3)kerana, kuman itu akan bergerak dalam darah kita. dan penyembelihan Islam itu adalah memotong saraf tunjangnya untuk mengeluarkan darah pada binatang itu.(secara sains)
p/s: kalau kita sakit,puncanya makanan sebab sembelih tak betul atau xsembelih langsung sebab punca penyakit dari binatang itu (ayam/lembu)

4) Sebab itu kita disarankan supaya memastikan pisau yang digunakan benar-benar tajam. supaya binatang itu tidak terasa dengan hirisan pada lehernya.

Maka juga akan dipersoalkan, kenapa bila sembelih binatang itu meronta-ronta?adakah itu tanda kesakitan?

1)TIDAK sama sekali. binatang itu meronta-ronta kerana berlaku proses pengecutan otot kerana pengurangan darah dalam badan. Bukan sebab sakit...
p/s: barangkali boleh menanyakan pada doktor haiwan lebih terperinci
SUBHANALLAH......MAHA SUCI ALLAH...

Terlalu cetek ilmu ku terhadapMu ya Allah..

Sedikit mengenai ujian..

Adakah kita menganggap ujian dari Allah ini satu bebanan pada kita?ada dua perkara mengenai ujian ini:

1) sebagai tanda Allah meninggikan darjat kita

2) Sebagai istidraj untuk menyesatkan kita..nauzubillah..

Allah menurunkan ujian ada sebabnya. Kita lihat contoh ACHEH..sebelum tsunami itulah tempat segala maksiat dan tiada perbezaan agama walaupun banyak golongan alim ulama' di sana. TETAPI bagaimana selepas tsunami? ACHEH kini melaksanakan undang-undang Islam( sebat kepada penzina). Tidak membenarkan golongan wanita memakai jeans...

SUBHANALLAH..sekali lagi ENGKAU buktikan kekuasaanMu..

Bagaimana Malaysia?

Sama-sama kita renungkan...

Mudah-mudahan apa yang sampaikan mudah difahami dan meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT. Maaf dalam keterbasan ILMU. segalanya adalah milik Allah SWT

"BERKORBAN UNTUK AGAMA BUKAN KORBANKAN AGAMA"
Wallaualam.

4 comments:

Anonymous said...

SALAM AIDILADHA..
ingatilh semua Ummat Islam yg sama2 bjuang mdapatkn keredhaan ALLAH

Anonymous said...

'berkorban untuk agama bukan korbankan agama'--nice quote

✿manis cili✿ said...

suka entry nih..bgus2..
tahniah..5 star..huhu..
sgt brmanfaat

SEBAIK-BAIK CAHAYA said...

time kasih cik mia..rajin dia..nape xupdate blog kamu tu..

Taujihad