Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

June 12, 2009

INGATLAH AKAN KEMATIAN


Minggu ini saja lima mesej saya dapat mengkhabarkan kematian datuk,nenek,ibu dan abang sahabat-sahabat saya..

Firman Allah SWT:
" Setiap jiwa akan merasakan kematian"
(Surah ali Imran:185)


Ya..saya beriman bahawa adanya kematian dan hari kebangkitan. Ketika inilah segala perilaku dan amalan kita akan dihisab.Bagaimana keadaannya?wallahualam.

Kita semua tahu bahawa kematian itu pasti berlaku. Kematian tidak mengenal erti usia,pangkat,keturunan dan siapa kita sebenarnya. Bila tiba masanya pasti akan dijemput kembali oleh Empunya Alam ini,Allah SWT.Tetapi persoalannya di sini sejauh mana amalan kita menghadapi persediaan untuk mati..

Persediaan menghadapi peperiksaan menyebabkan kita tidak tidur malam,
Persediaan memberi taklimat/ceramah kepada orang menyebabkan kita mengadap laptop 24jam,
Persediaan kita berjumpa dengan buah hati tunggu 2jam pun sanggup,
Persediaan kita pergi ke jemputan kahwin tidak tahu mana satu nak pergi,
Persediaan kita berjumpa dengan Pencipta kita....masing-masing jujurlah pada diri sendiri.

Allah SWT peruntukan masa untuk kita 24jam setiap seorang..siapa yang dapat 25jam bagitau saya.mari kita sama-sama wat check up tentang ibadah khusus kita kepada Allah:

Solat without zikir dan doa : 3minit x 5kali =15minit
Reading Quran(yang bace je..) : 5minit x sekali selepas maghrib =5minit
Reading buku about mati(yang baca je..) : 5minit x sehari =5minit
Total : 25minit kita ingat mati dalam sehari

Ya Allah..25 minit sehari je kita ingat mati. Mana lagi 23jam 35minit?main bola sepak pun 90minit.ermm..saya tidak menafikan yang masing-masing punyai pekerjaan..Namun begitu,kita juga tidak boleh menafikan kehidupan sebagai seorang manusia di dunia ini bersifat sementara dan penuh dengan tipu daya. Apatah lagi memikirkan diri kita yang tidak sempurna. Agaknya bilalah kita nak mencapai kesempurnaan itu ye?selama-lamanya kita tidak akan sempurna tetapi apa yang membezakan antara orang Islam adalah taqwanya kepada Allah SWT.Semakin hari kita seharusnya memperbaiki diri kita. Macam yang selalu kita dengar..

"Pastikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini"

Firman Allah SWT:
"Dan sesungguhnya hanya pada hari kiamat sajalah akan disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang diselamatkan dari api neraka dan dimasukkan kedalam syurga sesungguhnya dialah yang benar benar beruntung. Sesungguhnya kehidupan didunia ini hanyalah kesenangan yang memperdayakan"
(Ali Imran 185
)

Sekarang ni macamane?takkan kita nak duk masjid je..pegang tasbih je..tak perlu kerja ke?bukan begitu maksud saya..

Begini..umur kita semakin hari semakin lanjut tetapi mati itu semakin hari semakin dekat..sebagai perumpaan..kita dari johor nak ke kedah.Memerlukan masa selama 12jam..lamanyeee.. tetapi semakin lama kita semakin dekat dengan Kedah.betul tak?takkan makin jauh pulak.Di dalam perjalanan apa yang kita buat,lihat dan cakap kita pun xingat dah.Begitulah dengan kematian..kalau tak faham,boleh tanya.

Justeru,kita kena didik dan latih hati kita supaya mengingati Allah SWT.Caranya,tak lain tak bukan dengan sentiasa berzikir dan membaca Al Quran..sehingga setiap jantung yang berdegup seolah-olah menyebut kalimah Toyyibah..sehingga kita merasakan setiap ibadah yang dilakukan adalah ibadah kita yang terakhir sebelum berjumpa Allah SWT.

Hilangkanlah penyakit 'wahn' yang disebut oleh Nabi SAW..iaitu Cintakan dunia Takutkan mati.




"Ya Allah,matikan kami dalam keadaan khusnul khatimah dan jangan Kau matikan kami dalam keadaan Suul Khatimah..Amin"




0 comments:

Taujihad