Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

July 21, 2009

MAAF PUAN..

"Maaf puan saya lambat. 'Alarm' tak berbunyi.."kata seorang pelajar yang lewat 90minit.
Pelajar di dalam kelas terkejut dengan kehadiran pelajar tersebut yang terus melulu masuk ke dalam kelas seperti dikejar hantu.

Peristiwa ini berlaku semasa saya menghadiri kelas Hubungan Etnik tadi. Kelas bermula jam 8.30am. Tetapi pelajar yang lewat itu hadir jam 10.00am...Lambat yang amat sangat..

Tertanya dalam hati saya,kalau alarm tak bunyi,azan subuh tak dengar ke?confirm subuh hai-hai bye-bye...Lantas Pn Zaleha terus bertanya.."Subuh pun terlepas la ye?".Pelajar terbabit tidak menjawab tapi hanya memberikan senyum kambingnya saja..

Inilah yang membimbangkan hari ini..dalam kita menuntut ilmu pada masa kita mengundang kemurkaan Allah..di mana keberkatannya?

Dalam belajar kita sering sibuk menekankan...
"bila nak stady ni..."
"ishh...kau je la pergi kuliah.aku nak stadi"
mak kita pun sering tanya,"stady macamane?"

Tapi kita sering lupa menekankan..
"ish..mana la masa aku dengan Allah.asik stady je.."
"macamane ibadah kau..solat x?"

Barangkali ada yang tidak menyokong kenyataan saya. Tetapi dalam kehidupan kita punyai hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia..Apa-apa saja yang kita lakukan kerana Allah adalah ibadah. Apatah lagi dalam menuntut ilmu,sekiranya kita mati dalam menuntut ilmu,mati kita adalah mati syahid. Tapi kalau xsolat mati syahid x?

Inilah silap kita bila beranggapan kejayaan adalah milik manusia semata-mata tanpa urusan Allah SWT. Hanya perlu belajar bersungguh-sungguh tanpa memikirkan soal ibadah dan pengharapan kepada Allah. Sedangkan semuanya adalah milik Allah.

Mana satu yang kita inginkan?Keberkatan atau kemurkaan?

Dalam mengejar kejayaan hidup kita sering terlupa kejayaan di akhirat yang memerlukan kerja lebih..Maka kita terlupa ada tanggungjawab yang perlu kita tunaikan. Bukan sahaja tanggungjawab sebagai orang yang menuntut ilmu tetapi sebagai hambanya yang sentiasa mencari keredhaan hidup di muka bumi ini.

Justeru..dalam menjadi seorang pelajar muslim. Seharusnya pengharapan kita kepada Allah mestilah diletakkan di atas sekali. disamping usaha-usaha yang perlu dikerjakan.barulah betul..Usaha,doa dan tawakal...

Renung-renungkan..
Selamat beramal..

2 comments:

Atriza said...

Bagus entri yang ini.

Sering kita bertanyakan khabar zahiriyyah teman, TAPI kita terlalai dari bertanyakan khabar iman dan tingkatan amalnya hari ini.

Pertinya selayaknya manusia digauli seperti seorang manusia, namun sayangnya manusia itu sering mengalpakan diri selayaknya dia berurusan dengan Maha Penciptanya. Sedangkan dia adalah hamba kepada Pencipta.

Allahu Akbar.. perlunya setiap kita sering mengingatkan antara satu dengan lain. Masya`allah..

namun benyaknya kelompok masyarakat kini, pabila disapa tentang ke mana urusan Agamanya, tentunya dia akan mengatakan "Untuk apa kamu ambil tahu" atau mungkin selalunya ini yang didengar "Aku aku, Kau kau." Na`udzubillah..

Betapa sedihnya jawpan yang demikian..

Teruskanlah kita yang diterdayakan Maha Esa untuk terus menebarkan kebenaran dan yang haq itu tanpa ada rasa segan silu mahupun mengetepikan ancaman manusia yang bersifat mentara.

Subhanallah Wal Hamdulillah Wala Ilaha Illallah.

Salam Perjuangan

samiihah said...

salam..btol2..sy sokong entry nih 100o%..huhu..
ilmu tanpa amal..cm pokok x bbuah.
blaja tanpa doa....xdpt kredhaan Allah..

truskan usaha sbg daie..chayok2..

Taujihad