Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

September 16, 2009

BUKAN RAYA JE..TAPI KENA TAHU JUGA..

Lagi empat hari nak raya..tak sabar rasanya nak balik. Walaupun cuti seminggu je tapi berbaloi juga rasanya..nak raya sakan pun xboleh sebab puasa xcukup. Keuzuran ea..bukan sengaja.hehe..


Oklah..mungkin kita boleh berkongsi sedikit tentang hari raya.Bukan nak kongsi resepi kuih raya ataupun tips untuk mendapat duit raya.. Tapi nak kongsi..


Nabi SAW bersabda:

“Barangsiapa beribadah pada malam hari raya kerana mengharapkan redha Allah tidak akan mati hatinya pada hari di mana hati-hati semua mati.”


Perlu juga kita ketahui bahawa Iblis amat sedih apa bila tiba hari raya. Mereka berkumpul lalu berkata, “Wahai pemimpin kami, mengapa engkau marah?”Pemimpinnya berkata,”sesungguhnya Allah telah mengampuni umat Muhammad pada hari ini. Kamu semua mesti bekerja keras dengan menyibukkan mereka dengan kelazatan dan syahwat!”


AWAS semua!!Memang dasar IBLIS..MENYESATKAN manusia!


Awasi diri kita dari melakukan perkara yang mendapat kemurkaan Allah SWT pada hari raya kerana Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa membaca Subhana Allah wa bihamdihi pada hari raya,tiga ratus kali serta menghadiahkannya kepada kaum muslimin yang telah mati maka dalam setiap kubur akan memancar seribu nur dan ketika dia mati, Allah akan menjadikan untuknya seribu nur.”


Subhanallah..marilah kita sama-sama usaha kearah itu.



Ala..tahun ni aku pakai baju raya tahun lepas. Pakai selipar je..takde kasut raya.LA TAHZAN!! Jangan sedih..


Saidina Umar melihat anaknya pada hari raya mengenakan kasut. Beliau menangis .”Mengapa engkau menangis wahai ayahku?”Tanya anaknya. Umar menjawab,”Aku bimbang hatimu sedih di hari raya jika nanti anak-anak melihatmu mengenakan kasut baru.”Kemudian anaknya berkata,”Yang seharusnya sedih itu hanyalah orang yang tiada mendapatkan redha Allah atau menderhakai ibu bapa. Dan sesungguhnya aku berharap agar Allah SWT memberikan redhaNya kepadaku sebab redhamu.” Umar bertambah menangis lalu memeluknya dan mendoakannya.


Nah..cerita yang menarik bukan?Redha Allah itu yang utama..



Sambutlah Hari Raya dalam kesedrhanaan tetapi penuh tanda syukur kita ke atas nikmat pemberian Allah SWT.


SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR BATIN

0 comments:

Taujihad