Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

November 13, 2009

"Betapa Aku CINTA PadaMu"

Di saat menghitung dosa-dosa aku kepada Mu Tuhan
Aku tahu Kau sedang melihat hambaMu ini
yang terlupa asal usul kejadiannya
yang selalu hanyut dengan keasyikan dunia
hingga terabai segala amanah yang Kau berikan

Tuhan..
Betapa aku rindu menghadapMu
Tapi aku malu denganMu
Malu dengan lambakan dosa aku padaMu
Malu dengan sikapku yang meminta-minta padaMu
sedang diri sering ulangi kesilapan demi kesilapan
Tidaklah layak bagiku mendapat syurga disisiMu
Tapi berilah aku secebis CINTAMU kepada ku
agar luluh diriku bila kenangkan RahmatMU

Ya Tuhanku
siapalah aku untuk berada dimuka bumiMu ini
lantas menjejakkan kaki di atasnya
Kemana untukku berlari?lari dari pandanganMU
Sungguh tidak mampu aku lari dari sifatMu yang Maha Melihat

Tuhan..
alam ciptaanMu cantik sekali
Bukit yang kau dirikan
Langit yang kau apungkan
Laut yang Kau hamparkan
Siapalah aku untuk mencipta semua itu
Besar sungguh KUASA Mu ya Allah..
Lantas memikirkan kerdilnya aku dihadapanMu
Aku takut untuk ingkar kepadaMu Tuhan
Aku takut...

Ya Tuhanku
Aku ingin mati dalam Kasih SayangMu
Mati yang pasti berjumpa denganMu
untuk aku senyum dihadapanMu
Berjumpa dengan pencipta segala Pencipta
Rabbull alamin..

Biarlah air mata ini mengalir
Mengalir semata-mata mengenangkan GhafarMu
Agar bisa semangatku pulih semula
kerana
Harapanku PadaMu Subur Kembali..

3 comments:

Anonymous said...

Bismillahirahmanirrahim,
terus bangkit,.muhasabah diri.
ALLAH S.W.T Maha Pengampun..kita sebagai hamba yg lemah hanya mampu b'taubat.taubatlh dgn sbenar2y yakni Taubat Nasuha.yakinlh dgn janji yg Maha Esa.alangkah kerdilnya kita di muka bumi ini.
sedar&segera btindak utk b'ubah adalh lonjakan iman dlm usaha bhijrah.kpd penulis..terima kasih atas pkongsian p'juangan hidup & menegur secara hikmah..
Ya ALLAH,.aku mohon kkuatn dariMU.amin

nuar empunya blog said...

terima kasih pada anonymous.

Anonymous said...

katakanlah 'wahai hamba-hambaKu yg melamapaui batas thdap diri mereka sendiri!janganlah kamu berputus asa dr rahmat allah. ssunguhnya allah mgampuni dosa2 semunya. sungguh Dialah Yg Maha Pengampun dan Maha Penyayang' (39:53)

Taujihad